jump to navigation

13/9-Majlis Sumbangan Raya Dan Berbuka Puasa September 18, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Pakatan Rakyat.
add a comment

P9130020 P9130022 P9130024

P9130040Ahad 13 Sept. 2009. Ahli Parlimen Batu bersama Badan NGO Batu yang prihatin keatas masyarakat telah membuat program sumbangan Hari Raya dengan kerjasama penduduk Taman PPR Wahyu Kuala Lumpur. Yb. Tian Chua juga menjejaki dari rumah ke rumah (blok ke blok) P9130043bersama penduduk untuk memberi sumbangan dan sambil mendengar kemasaalahan yang keluarga hadapi.

bdr sentul keltan 013 Sejerus menziarah dan memberi sumbangan rumah ke rumah di PPR Wahyu, Ahli Parlimen Batu memenuhi jemputan persatuan penduduk dalam program sumbangan Hari Raya dan Majlis Berbuka Puasa di perumahan Flat Sri Kelantan Jalan Sentul. Dalam ucapan ringkas, beliau mengucapkan Taniah kepada ahli Jawatan Kuasa penduduk dapat berkumpul berbagai kaum dalam satu khemah dan bersama-sama kaum Islam berbuka puasa. Ini menunjuk bahawa semua antara kita dapat menjalinkan bdr sentul keltan 016selaturahim diantara pelbagai agama dan bangsa khususnya penduduk yang tinggal di kawasan perumahan Flat jika dibandingkan yang tinggal di kawasan perumahan Teres.

Advertisements

5/9-Bubur Lambuk PKR Cabang Batu September 15, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Pakatan Rakyat.
add a comment

P9050201 P9050205 P9050216

Sabtu 5 September 2009. Cabang PKR Batu serta Pejabat Ahli Parlimen Batu telah bergotong-royong memasak bubur lambuk sebanyak 2 periuk. Acara memasak bubur lambuk telah bermula jam 10 pagi disertai dari Cabang Batu,AMK dan Wanita Batu. Turut serta bersama juga Ahli Parlimen Batu Yb. Tian Chua.

P9050210Matlamat Memasak bubur lambuk adalah memupuk kerjasama diantara ahli cabang dan penduduk dari kariah surau yang sudi menerima ajakkan kami.  Yb. Tian Chua mengambil kesempatan mengacau bubur sementara diperhatikan oleh penduduk disitu.

Selepas solat Asar sekitar 445 petang. Ahli Parlimen Batu serta Ahli Cabang mengedar bubur lambuk di persekitaran kawasan perumahan termasuk di bazar Ramadhan. Terimaksih kepada Chef surau yang menunjuk ajar cara membuat Bubur Lambuk kerana ia amat enak dan sedap dimakan.

Sumbangan Masjid&Surau Kawasan Parlimen Batu 2009 September 15, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Pakatan Rakyat.
add a comment

IMG_2316 P8290072 P8290077

P8290091 P8290108 P8290121

Ramadhan 1430 Hijrah, Ahli Parlimen Batu Yb. Tian Chua sekali lagi tahun kedua semenjak menjadi wakil rakyat  Ahli Parlimen Batu menjejaki dan menghulurkan sumbangan  sambil meninjau kawasan dan mendengar kemasaalah penduduk. Siri lawatan ini masuk tahun Kedua(2) dimana yang lepas hanya 40 buah Masjid/Surau dapat di jejaki, namun bagi tahun 2009. Ahli parlimen Batu serta AJK Cabang/sukarelawan dapat menjejaki Masjid & Surau melebihi 50 buah.

IMG_2307Pada tahun ini juga cara yang sama diguna,dimana tanpa mengira protokal wakil rakyat, Yb Batu akan berhenti berbuka puasa dihentian akhir bersama-sama penduduk tempatan serata pasukan yang mengiringi beliau di ketuai Syeikh Ahmad. Kebanyakkan jemaah/kariah Masjid & Surau terkejut kehadiran YB yang ingin berbuka puasa dengan penduduk.

Ahli Parlimen Batu inging mengucapkan Ribuan Terimakasih kepada Semua Masjid & Surau kawasan Parlimen Batu kerana memberi ruang dan kerjasama semasa kunjungan beliau.

Terutama Ucapan Ribuan Terimaksih kepada Penyumbang (Sponsor) yang sudi membantu Pejabat Parlimen Batu P8300178membuat kerja amal di dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak. Pihak Cabang Batu mendoakan kepada Penyumbang Sdr. Raja di murah Rezeki dan Dimajukan Perniagaan beliau.Amin.

Insyaalah jika diizinkan Tuhan, Pada Tahun Hadapan. Program tersebut akan tetap diteruskan lagi(insyaalah). Jika ada pihak Korporat atau Individu yang ingin Penyumbang/Menzakat melalui kami ‘Komited Membela Rakyat’ bolehlah  hubungi Pejabat Parlimen Batu.

P8310221 IMG_2321 IMG_2309

Agihan Bendera Bulan Merdeka 2009 September 14, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Pakatan Rakyat.
add a comment

28082009(003) 28082009(007) 28082009(014) P8290128 P8300152 P8300171

29082009(003)Sambutan Kemerdekaan Malaysia ke-52. Pejabat Ahli Parlimen telah menerima sumbangan Bendera Malaysia untuk diagihkan kepada warga penduduk Parlimen Batu. Sambutan amat meriah dan bendera dapat dihabiskan dalam beberapa minit sahaja.

Agihan bendera juga dibuat ke Masjid dan Surau semasa kunjungan YB mengedar barangan keperluan berbuka puasa.

P8310204 P8300153 P8290130

Ucapan Takziah YB Tian Kepada Keluarga Yang Telah Pergi September 14, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Pakatan Rakyat.
add a comment

27082009(005)Khamis 27 Ogos bersamaan 6 Ramadhan 1430, Ketika umat Islam berpuasa hari ke  6. Pejabat Parlimen Batu menerima panggilan mengenai kseorang warga emas dan juga anak kelahiran Selangor telah kembali Ramatullah lewat malam Rabu di Sentul Utama. Jesteru 27082009(007)dimaklumkan kepada pejabat Parlimen Batu mengenai Allahyarham telah mendaftar menjadi ahli MUE. Yb. Tian telah sanggup turun padang bergegas ke Tanah Perkeburan Tmn Batu Muda untuk membuat bayaran pertama kepada pewaris untuk mengurangkan bebanan keluarga bagi pengurusan jenazah emak kepada pewaris.

P8290080Sabtu 29 Ogos bersamaan 8 Ramadhan. Dalam kesibukan jadual menziarah dan memberi sumbangan barangan keperluan dapur sempena bulan Ramadhan kepada Masjid dan Surau kawasan Parlimen Batu. Yb. Tian Chua menerima panggilan mengenai seorang anak muda telah meninggal dunia kerana kemalangan jalanraya di L/raya Seremban-KL berhampiran Plaza tol Bangi dalam perjalanan pulang ke Tmn Koperasi Polis Fasa 2 untuk bersama keluarga berbuka puasa.

Ketika berada Masjid Pdg. Balang, Yb Tian telah bergegas ke Tanah Perkuburan bagi mengucapkan Takziah kepada Ibu bapa . Ramai rakan-rakan sekolah&Kolej Allayarham menziarah mengakibatkan kesesakan di kawasan tanah perkuburan tersebut.Sejerus berjumpa keluarga dan bersalaman. Ahli Parlimen Batu meneruskan misi sumbangan dan lawatan Masjid/Surau kawasan Parlimen Batu.

P8300170Ahad 30 Ogos 2009 bersamaan 9 Ramadhan. Program Ahli Parlimen Batu telah bermula seawal pagi dengan agenda yang padat bermula mengagihkan Bendera Malaysia kepada  pengunjung Pasar Sentul.Ketika agihan dibuat sekali lagi Talipon Yang Berhormat menerima panggilan dari  Ahli yang tinggal di Kg. Padang Balang dimana seorang penduduk telah kembali Keramahtullah awal subuh. Allahyarham yang berumur dalam 40an meninggal dunia disebabkan penyakit ketumbuhan yang dihadapinya hampir 3 tahun dan menghembus nafas terakhir disisi Isteri dan 3 orang anak lelaki. Yang sulung baru berusia 11 tahun dan yang bongsu berumur 5 tahun. Yb Tian Chua meluangkan masa hampir setengah jam bersama-sama penduduk dan sanak saudara Allahyarham di Masjid Kg. Padang P8300169Balang. Sebelum berangkat meneruskan agenda, beliau telah menemui  Isteri Allayarham serta anak-anak bagi mengucapkan Takziah keatas pemergian Allahyarham.

Kepada Pengunjung Blok Keadilan Batu, mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatiha kepada Allahyarham dan Allahyarhamah yang telah Kembali Ke Rahmatullah didalam Bulan Ramadhan Al Mubarak 1430 hijrah supaya mereka ini tempatkan dalam golongan orang Mukmin dan Soleh dan diampunkan dosa-dosanya. Amin

25/8-Pagi Di Prmtng Pasir Berbuka Puasa Di Kg. Pdng Balang September 12, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Pakatan Rakyat.
add a comment

P8250066Selasa 25 Ogos, Ahli Parlimen Batu penuhi jemputan penduduk Kampung Padang Balang untuk bersama-sama masyarakat Islam untuk majlis berbuka Puasa dimana umat Islam berpuasa hari yang ketiga (3). Sebagai Ahli Parlimen yang berkhidmat dan dipilih oleh rakyat penduduk kawasan Parlimen Batu. Walaupun di jemput di saat akhir kerana penduduk memahami tugas Yb. yang sedang berkempen di Pilihanraya Permatang Pasir Pulau Pinang.

P8250067Yb. Tian Chua tidak menghampakan penduduk untuk hadir bersama berbuka puasa bersama. Semasa jemputan diterima di dalam jam 1 tengahari. Waktu itu beliau sibuk bertugas dikawasan pengundi Cina di Prmtng Pasir. Dalam kesibukan sebagai memikul tugasan penting dalam Parti. Namun atas jemputan beliau terpaksa meninggalkan Prmtng Pasir dan kembali ke Kuala Lumpur dalam jam 330 pm untuk bersama pengundi beliau. Di dalam perjalan pulang beliau dan Timbalan Ketua cabang berkomunikasi untuk mengetahui kedudukan beliau berada dimana.

P8250070Dalam jam 720 petang, Kereta yang di pandu oleh en Khairul(panjang) selamat tiba di perkarangan Masjid Kg. Pdng Balang dan disambut mesra oleh masyarakat yang terkejut kehadiran beliau. Ada sesetengah penduduk berjumpa dan bertanya terus keadaan apa yang berlaku di kawasan pilihanraya kecil Adun Permatang Pasir. Dengan senyum berkata Kemenangan berada di ‘Pakatan Rakyat’. Selesai majlis berbuka dan hadirin tetamu menunaikan solat Maghrib. Ahli Parlimen beredar untuk ke majlis di Bandar Baru Sentul.

23/8-Program Keagamaan Di Kepong Dan Hadir Pembakaran Mayat Mangsa Mati Tahanan Lokap September 12, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Pakatan Rakyat.
add a comment

P8230052 P8230063 P8230085

P8230078Sabtu 23/8- Yb Tian Chua Ahli Parlimen Batu menghadiri upacara keagamaan di sebuah Tokong Cina yang terletak Jinjang bersempadanan Kepong& Segambut yang berada Kawasan Parlimen Batu. Sambutan yang meriah meraikan Ahli Parlimen Batu disambut dengan Tarian Naga disamping diringi Pengerusi Program tersebut. Walaupun Yb. Batu baru sahaja pulang dari Prmtng Pasir berkempen, namum keletihan tidak dirasai dengan sambutan orang ramai yang hadir,P8230079

Di akhir majlis, satu acara melepaskan belon keudara berlansung sebagai penutup majlis dan penghormatan kepada semua tetamu yang hadir.  Sebelum meninggalkan majlis tersebut Ahli Parlimen Batu dan bersama-sama tetamu jemputan menjamu selera

P8230098 Selesai acara di Kepong, Yb menghadiri majlis pembakaran mayat seorang tahanan yang mati di sebuah balai Polis sekitar Kuala Lumpur. Yb. Tian Chua ditemani beberapa AJK Cabang Batu dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) bersama-sama memberi penghormatan terakhir dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa mendiang.

Sejerus selesai pembakaran,Ahli Parlimen berangkat mengadakan beberapa perjumpaan di Ibu Pejabat Parti sebelum meneruskan program jemputan di kawasan Parlimen Batu di sebelah petang dan menghadiri Ceramah di Tanjung Malim. Selesai Ceramah/Perjumpaan di Tanjung Malim, beliau akan kembali semula ke Prmtng Pasir untuk meneruskan Kempen dan Ceramah P/raya kecil buat hari terakhir sebelum jam 12 malam 24/8 supaya Kerusi Adun dapat di pertahankan oleh Pas.

Yb Batu Bantu Kempen Calon PAS September 10, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Pakatan Rakyat.
add a comment

IMG_2165 IMG_2203 IMG_2213

Ahli Parlimen Batu bersama beberap ahli cabang batu telah bersama -sama berkempen untuk calon Pas bagi mempertahankan kerusi PR setelah ADUNnya meninggal dunia akibat serangan jantung.

Dengan jadual Ceramah dan berkempen bagi membantu orang beragama Islam yang berpuasa. YB juga kadangakala terpaksa balik ke Kuala Lumpur kerana memenuhi jemputan program di Kawasan beliau dan kembali ke Permatang Pasir untuk Berkempen.

16/8-Jadual Padat Sebelun Ke Prmtng Pasir September 10, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Pakatan Rakyat.
add a comment

Ahad 16/8- Jaudal ynag padat Ahli Parlimen telah bermula dari pagi dimana Jam 12 tengahari mengadiri upacara di sebuah Kuil Hindu yang terletak di Jalan Snetul (bersebelahan Todi Shop) sebelum menghadiri dan mengetuai muasyarat Cabang Batu jam 2 petang. Muasyarat yang dihadiri melebihi kuarum berlarutan sehingga lewat Petang jam 6 pm. Pada sebelah Malam sebelum ke Permatang Pasir, Beliau menghadiri jemputan di Taman Mastiara sebelum bertolak ke Penang untuk bersama-sama Pemimpin PR di penamaan calon yang diadakan pada Isnin 17/8/2009.

15/8-Satu Hari Penuhi Jemputan Kawasan Parlimen Batu August 31, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Pakatan Rakyat.
1 comment so far

P8150061Sabtu 15/8- Ahli Parlimen Batu Yb. Tian Chua jadual padat dari pagi, dimana disebelah pagi telah  menghadiri jemputan serahan MUE bayaran RM1500 di kawasan Adun Rawang. Seramai 20 keluarga dari Parlimen Batu menerima. Selepas program di Rawang Yb. Tian berkejar ke Sentul Utama untuk Program Gotong Royong bagi membersihkan kawasan surau untuk persediaan bulan Ramadhan dan habis majlis gotong royong memenuhi jemputan perkahwinan penduduk di Kg. Padang Balang. Sungguh meriah majlis tersebut dan doakan pasangan berbahagia hingga anak cucu.

P8150067Dari Kampung Padang Balang Yb. Tian Chua ke Taman Melewar penuhi jemputan penduduk untuk majlis perkahwinan anak beliau. Ia disambut oleh Tuan rumah dan suasana majlis di Taman Melewar meriah dan ramai sanak saudara Tn. Haji hadir ke majlis tersebut.

P8150075Selesai aturmajlis perkahwinan. Ahli Parlimen Batu bergegas ke kawasan Perumahan Rakyat Beringing kerana menghadiri Program Sumbangan MUE dan majlis penerangan Skim Usia Emas. Sesampai Yb dikawasan tersebut. Puluhan penduduk telah memenuhi meja pendaftaran. Berbagai golongan danP8150073 bangsa hadir untuk mendaftar menjadi ahli Skim yang ditawarkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor.

Selain sessi penerangan MUE. Ahli Parlimen Batu juga menerima aduan kemasaalah penduduk. Yb  berharap penduduk dapat berkunjung ke Pejabat Parlimen untuk berbincang lebih mendalam masaalah yang dihadapi penduduk PPR Beringin.

P8150103 P8150080 P8150100

12/8-Mendengar Keluhan Penduduk Kg. Chubadak ‘Tengah’ August 31, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Pakatan Rakyat.
1 comment so far

12082009(002)Rabu 12 Ogos, Ahli Parlimen Batu telah berkunjung ke kawasan perkampungan Parlimen Batu bagi mendengar keluhan penduduk yang telah menerima ‘Notis’ mengosongkan kawasan. Salah seorang penduduk ‘peneroka bandar’ yang mewarisi dari ibubapa telah meluahkan perasaannya kepada Yb untuk membantu mereka.

Kunjungan Yb ke rumah Tuan Haji, amat meredakan hati mereka atas kepekaan Yang Berhormat 12082009untuk membantu mencari jalan penyelesaian kedudukan beberapa keluarga yang telah menerima ‘Notis’ mengosongkan kawasan yang dimiliki oleh individu.

Ahad 9/8- Perjumpaan Dengan NGO Kawasan August 31, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Pakatan Rakyat.
add a comment

P80901199 Ogos, Membuat kunjugan Badan NGO untuk sessi berkenalan bagi membuat Jambatan Siratulrahim untuk bersama-sama menyelesaikan kemasaalahan setempat bagi kesejahteraan penduduk kawasan Batu dan berhampiran. Sessi perbincangan berlansung dengan harmoni dengan masing-masing membuat pengenalan diri yang turut hadir bersama-sama. Pejumpaan yang sengkat dapat diadakan kerana Yb. Tian akan perjumpaan di tempat lain. Pejabat Yb. amat berterimakasih layanan mesra diberikan.

8/8-Kejohanan Futsal Merdeka Parlimen Batu August 31, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Pakatan Rakyat.
add a comment

Sessi Penerangan Di Pejabat P8080072 Yb Menyampaikan Sijil Perhargaan kepada Pasukan

P8080071 IMG_1945 IMG_1992

IMG_2035 Sabtu 8 Ogos Bertempat pusat Futsal XL indoor Segambut. Kejohanan Futsal (Terbuka)

Peringkat Ahli Parlimen Batu telah diadakan dengan jayanya. Penyertaan yang daftar datang dari kawasan Parlimen Batu dan Sekitar termasuk dari Pejabat Adun Hulu Klang,Petaling Jaya Utara,Shah Alam dan lain-lain pasukan.

IMG_2037Kejohanan yang Pertama Kali dianjurkan oleh Pejabat Parlimen ini berjalan dengan lancar walaupun terdapat beberapa masaalah beberapa perkara namun atas semangat Kesukanan yang ditunjuk setiap pasukan amat dihargai tinggi oleh pihak Penganjur. Kejohanan Futsal Merdeka Parlimen Batu di Dimenangi oleh Pasukan Surau At-Taqwa F.C dari Sentul Utama. Mereka membawa pulang hadiah Seribu Ringgit(RM1,000) tunai,Piala Iringan serta medal. Tempat Kedua oleh pasukan TUT F.C dari Sentul yang membawa pulang Enam Ratus Ringgit serta medal dan tempat KeTiga pasukan TDK F.C dari Hulu Klang membawa balik hadiah wang Tunai Empat Ratus Ringgit berserta Medal.

IMG_2038Ahli Parlimen Batu mengambil kesepatan ingin mengucapkan Ribuan Terimakasih kepada semua Pasukan yang menyertai kejohanan ini dan juga pihak Pengerusi dan Urusetia Program yang bertungkus lumus untuk menganjurkan kejohanan dalam masa yang singkat. Tak lupa juga kepada para penyumbang yang turut serta untuk menjayakan Kejohanan Futsal ini. Diharap pada tahun hadapan kejohanan ini dapat diteruskan Atas Semangat Perpaduan Rakyat Malaysia melalui Sukan Untuk Semua Bangsa.

IMG_2011 IMG_1979 IMG_2040

7/8-Al-Fatiha Kepada Penjuang ‘Kebenaran’ Hj Buang B Awang August 11, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Pakatan Rakyat.
add a comment

16032008(006)07 Ogos 2009,  Parti Keadilan Rakyat Cabang Batu serta JDM/UPU Kampung Batu Muda KL kehilangan seorang Petugas/Pejuang Penegak ‘KEADILAN’ yang telah kembali ke Ramahtullah pada Jumaat 07 Ogos  disyaki serangan Jantung selepas bersarapan dengan Isteri beliau di PPR Pekan Batu. Beliau yang dimaksudkan Allahyarham Tn. Hj. Buang B. Awang (52 tahun) dan nama timangan ‘Awang Buncit’. Seperti gambar dimana beliau adalah Chef masakan sambutan menyambut kemenangan Yb. Tian pada P/raya ke 12. P2010028

Allahyarham meninggalkan seorang balu beberapa orang anak dan cucu. Beliau juga seorang Pejuang ‘MASA PERUBAHAN’ tanpa mengenal penat dan waktu apabila membuat persiapan jentera P/raya, Allahyarham seorang pencinta ‘Kebenaran dan Keadilan’

Allahyarham juga bergerak Aktif membantu menyelesaikan beberapa masaalah setempat dan mengemukkan kepada Yb. Tian. Yb. Tian Chua juga terharu pemergiannya dan teramat sedih kerana tidak dapat menziarah Jenazah dan mengiringi Jenazah ke Tanah Perkuburan TKP-2 kerana dimaklumkan lewat .

Timbalan Cabang Batu Sdr. Kamil Samad, amat merasai kehilangan “Pejuang’ dimana Sdr Kamil kerap berhubung dengan Allahyarham bertanya khabar. Kali terakhir berjumpa Allahyarham semasa menghadiri Kenduri Khawin rakan Pejuang di Dewan Perdana Bandar Baru Sentul.

16012009(003)Kepada yang melayari Blog ‘KEADILAN BATU’. Sama-sama kita membaca Al-Fatiha untuk disedekahkan kepada  Allahyarham Tn. Hj. Buang B. Awang yang kembali ke Rahmatullah  semoga beliau di Tempatkan bersama orang-orang mukmin dan soleha. Amin.

02/8-Bantuan Baju Sekolah Mangsa Kebakaran Kg. Hentian August 10, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Pakatan Rakyat.
add a comment

P8020050 P8020057 P8020064

P80200592 Ogos, Dermawan Individu prihatin keluarga mangsa kebakaran Kampung Hentian yang berlaku pada 7Julai masih mendapat simpati.

Melalui Pejabat Parlimen Batu yang dimaklumkan oleh salah seorang bapa mangsa mengadu anaknya tidak dapat kesekolah kerana tiada baju sekolah. Atas aduan tersebut, Pejabat Parlimen Batu telah mengambil usaha yang terdaya bagi membantu keluarga ini walaupun TIADA PERUNTUKAN sebagai wakil Rakyat yang disekat haknya bagi membantu RAKYAT.

Pejabat Ahli Parlimen mengucapkan Ribuan Terimakasih kepada SEMUA Penderma yang sudi membantu keluarga ini.