jump to navigation

Polis tembak gas pemedih mata lerai ceramah Anwar March 23, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Badan Kehakiman, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Kezaliman, Pakatan Rakyat, Parti Keadilan Rakyat, Polis DiRaja Malaysia, Protes, Rally.
add a comment

Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah orang ramai yang berhimpun untuk mendengar ceramah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini.

Menurut laporan Harakahdaily, polis juga menggunakan meriam air untuk menyurai orang ramai yang berkumpul sejak awal lagi untuk mendengar amanat Anwar bersempena pilihanraya kecil Bukit Selambau pada 7 April depan.

Kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira 10 minit selepas Anwar memperkenalkan calon Keadilan Bukit Selambau kepada hadirin.

Berikutan itu, lapor Harakahdaily, keadaan menjadi kelam-kabut dan ceramah beliau yang diadakan di padang awam Cinta Sayang Sungai Petani, terpaksa dibatalkan.

Difahamkan empat orang ditangkap dan terdapat pelbagai sekatan jalan raya menju ke tempat ceramah.

Advertisements

KDN gantung permit Suara Keadilan, Harakah 3 bulan March 23, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Badan Kehakiman, Kezaliman, Pakatan Rakyat, Parti Keadilan Rakyat, Protes.
add a comment

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) hari ini menggantung permit akhbar pembangkang berpengaruh Harakah dan Suara Keadilan masing-masing selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta.

suara keadilan perak cabar spr ke mahkamah perak state challenge ec in court 110209Tindakan mengejut ini menghalang keberkesanan kempen kedua-dua parti bagi menghadapi tiga pilihanraya kecil kawasan parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak antara 29 Mac hingga 7 April ini.

Malaysiakini difahamkan surat KDN kepada kedua-dua organisasi itu dikirim melalui faksimili selang beberapa minit menjelang jam 5 petang tadi.

Surat penggantungan Harakah ditujukan kepada Setiausaha Agung PAS Datuk Kamaruddin Jaffar, manakala surat untuk Suara Keadilan dialamatkan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. (more…)

Penyelewengan Dan Kronisme Dalam Kementerian Pertahanan March 20, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aktiviti Ahli Parlimen, Badan Kehakiman, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Isu Nasional, Krisis, Pakatan Rakyat, Parlimen Batu, Parti Keadilan Rakyat, PKR Bahagian Batu, Protes, Rakyat, Sidang Dewan Rakyat.
1 comment so far

ahli-parlimen-batu-tian-chuaEKORAN daripada pendedahan oleh Ketua Pembangkang Dewan Rakyat mengenai isu pembelian Eurocopter dengan harga begitu tinggi dan memberi keuntungan kepada pihak-pihak tertentu. Akhirnya, Perdana Menteri mengumumkan keputusan kerajaan menangguhkan pembelian tersebut.

Hari ini, sekali lagi pendedahan isu penyelewengan dalam Kementerian Pertahanan mengenai proses perolehan dan mempunyai unsur kronisme bagi pemimpin negara. Orang yang bernama Syed Abu Hussin Bin Hafiz Syed Abdul Fasal tidak asing lagi bagi kakitangan dan kontraktor-kontraktor Kementerian Pertahanan. Pada masa yang sama, beliau juga merupakan ahli UMNO (No ahli: 00924477) dari Bahagian Bukit Gantang, Perak.

Beliau mempunyai lebih 30 syarikat di mana beliau merupakan ahli lembaga pengarah ataupun pemegang syer. Melalui syarikat-syarikat ini, beliau berjaya menguasai hampir 90% projek-projek pembekalan pelbagai rangsum bagi Kementerian Pertahanan yang mencecah ratusan juta ringgit. Contoh syarikat yang dimiliki oleh beliau seperti berikut:-

  • Komantra Sajian Sdn Bhd memperolehi secara rundingan terus projek penswataan perkhidmatan katering Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi Zon Utara dan Timur Semenanjung Malaysia yang mencecah lebih daripada RM 600 juta.
  • GPB Coporation Sdn Bhd memperoleh projek perkhidmatan pengangkutan bas untuk kem-kem Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang mencecah lebih daripada RM 300 juta. (more…)

Bunyi Bising Ganggu Penduduk Jalan Khalsa March 15, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aduan Rakyat, Aktiviti Ahli Parlimen, Aktiviti UPU, AMK Batu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Isu Tempatan, Pakatan Rakyat, Parlimen Batu, PKR Bahagian Batu, Protes, Rakyat.
add a comment

image013 image017 image019 image020 image021 Penduduk di sepanjang Jalan Khalsa telah membuat satu kenyataan akhbar berhubung masalah banjir dan gangguan yang dialami oleh mereka. Pada 13 Mac lalu, kawasan perumahan mereka telah dinaiki air akibat masalah saliran yang tidak dikawal oleh pihak kontrantor yang menjalan kerja-kerja pembinaan. Selain itu, bunyi bising dari kerja-kerja pembinaan sepanjang malam turut menjejaskan kehidupan mereka. Ahli Parlimen Batu mengambil langkah segera dengan melawat tapak pembinaan sekitar jam 11.45 malam bagi mendengar dan mengalami sendiri rintihan penduduk. Banyak aduan juga telah diadukan kepada pihak DBKL, DUKE Highway serta pihak KTMB sebagai pihak berwajib yang diharap dapat menangani masalah mereka. Untuk gambaran lebih lanjut boleh melayari blog salah seorang penduduk yang turut membuat aduan.

Taktik Kotor Jatuhkan Negeri-Negeri Pakatan Rakyat March 13, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aduan Rakyat, Badan Kehakiman, Isu Nasional, Kezaliman, Krisis, Pakatan Rakyat, Penyelewengan, Protes.
1 comment so far

pakatan-rakyat-eratDEWAN Undangan Negeri Selangor pada hari ini didedahkan dengan satu usul tergempar yang telah dibentangkan berhubung usaha dan tindakan Kerajaan Persekutuan cuba menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor.

Usul tergempar berkenaan dibentangkan oleh Adun Kg Tunku, Lau Weng San yang mendakwa beliau mempunyai dokumen berhubung satu mesyuarat yang diadakan oleh Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (PPNS) yang memperincikan program- program membabitkan agensi kerajaan.

Pakatan slams BN’s efforts to subvert Selangor administration

(more…)

Senarai Anggota Lembaga dan Panel SPRM February 24, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aduan Rakyat, Badan Kehakiman, Isu Nasional, Krisis, Pakatan Rakyat, Polis DiRaja Malaysia, Protes, Rakyat, Rasuah.
1 comment so far

suruhanjaya-pencegahan-rasuah-malaysiaSPRM wujud mulai 1 Januari tahun ini bagi menggantikan Badan Pencegah Rasuah(BPR). Tujuan utamanya adalah untuk membasmi semua bentuk rasuah, salah guna kuasa dan dan penyelewengan.

Berikut ialah senarai penuh pelantikan yang telah diumumkan:

Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah

1. Tun Abdul Hamid Mohamad (Bekas Ketua Hakim Negara)
2. Tan Sri Hamid Bugo (Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak)
3. Prof Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan (UIAM)
4. Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan (Pengerusi ISIS Malaysia)
5. Tan Sri Simon Sipaun (Pesuruhjaya Suhakam)
6. Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas (Presiden, Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia)
7. Puan Sri Zaiton Zawiyah Puteh (Bekas Peguam Cara, Pejabat Peguam Negara)
8. Datuk Rashpal Singh
9. Tan Sri Yong Poh Kon (Pengarah Urusan Royal Selangor International Sdn Bhd)
10. Datuk Anwar Fazal (Pengarah, Right Livelihood College, USM)
11. Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim (UM)
12. R Chelvarajah (Peguam dengan Sault & Co, Melaka) (more…)

Bar slams police for questioning Perak Speaker February 24, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Anti-ISA, Badan Kehakiman, Isu Nasional, Kezaliman, Pakatan Rakyat, Polis DiRaja Malaysia, Protes.
add a comment

datuk-ambiga-sreenevasan-barThe Malaysian Bar Council has denounced the interrogation of the Perak state assembly speaker by the police. Its president Datuk Ambiga Sreenevasan said yesterday’s police questioning was “ill-advised” and “violates the doctrine of the separation of powers in the legislative assemblies”. “It’s setting a dangerous precedent because the Speaker cannot be interfered with,” she told The Malaysian Insider today. “He enjoys certain privileges and immunities under the Federal Constitution and certain enactments in Perak,” she added. Ambiga explained that the implications of the police’s action is very dire, even if the questioning appears to be a routine procedure. “Once it starts, no legislative assembly is safe anymore. No speaker will have the freedom to carry out his functions and duties as speaker if he is subjected to questioning by outside forces,” she said, noting that V. Sivakumar was called in for questioning in his official capacity. “Unless respect is given for certain basic, core principles, if anything goes, it will not promote the rule of law,” Ambiga concluded.

Harga Minyak Petrol Bakal Naik Mulai Julai 2009! February 21, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aduan Rakyat, ekonomi, global, Isu Nasional, Krisis, Minyak, Pakatan Rakyat, Parti Keadilan Rakyat, pasaran, Protes.
6 comments

harga-minyak-bakal-naik-julai-2009KERAJAAN terpaksa bersandiwara dengan penukaran RON92 kepada RON95 pada pertengahan tahun 2009 ini. Sekian lama rakyat Malaysia menggunakan ‘minyak baru’ atau RON97, kini golongan ini disuruh menggunakan minyak petrol RON95 itu. Apa jadi dengan RON97? Hah! Naik hargalah! Rujuk petikan di bawah:-

PUTRAJAYA: The price of RON97 petrol will be increased, when the Government introduces RON95 to replace RON92 in July, said Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Shahrir Samad. (more…)

February 19, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Badan Kehakiman, ISA, Isu Nasional, Kezaliman, Krisis, Pakatan Rakyat, Penyelewengan, Polis DiRaja Malaysia, Protes, Rakyat, Rally.
1 comment so far

kenapa-umno-bodoh-sangat

KDN rampas lebih 10,000 akhbar Suara Keadilan! February 11, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aduan Rakyat, Badan Kehakiman, Isu Nasional, Kezaliman, Krisis, Pakatan Rakyat, Parlimen Batu, Parti Keadilan Rakyat, pasaran, PKR Bahagian Batu, Polis DiRaja Malaysia, Protes, Rakyat.
2 comments

pkr suara keadilan confiscate by internal ministry 110209 01Akhbar PKR Suara Keadilan edisi krisis menggelegak politik Perak  menjadi sasaran rampasan Kementerian Dalam Negeri (KDN) minggu lepas, kata ketua penerangannya.

Tian Chua berkata, kira-kira 10,000 hingga 20,000 naskhah edisi 4-11 Februari dengan laporan “Perak cabar SPR ke mahkamah” dirampas di seluruh negara.

Beliau menambah, rampasan terbaru itu paling tinggi sejak organ parti itu mula mendapat sokongan meluas pembaca susulan kemenangan besar-besaran PKR dan pembangkang dalam pilihanraya umum, Mac tahun lalu. (more…)

New electricity tariff before March 1 February 7, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aduan Rakyat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, ekonomi, global, Isu Nasional, Kezaliman, Krisis, Minyak, Pakatan Rakyat, Parti Keadilan Rakyat, pasaran, Penyelewengan, PKR Bahagian Batu, Protes, Rakyat, Video.
add a comment

tenaga-nasional-logoThe Energy, Water and Communications Ministry will announced the new electricity tariff before March 1, Minister Datuk Shaziman Abu Mansor said today. He said as it would involve reductions of between seven and 10 per cent for several industries besides residential units. “We have discussed it with the Economic Planning Unit and it will be discussed by the Cabinet on Wednesday but I cannot disclose the amount,” he told reporters. He said the ministry would also give rebates to industries using big amounts of electricity such iron manufacturing and water. For this purpose, he said, the ministry would cooperate with the International Trade and Industry Ministry to identify several strategic industries. Priority would also be given to several critical industries including food which were labour intensive besides those using industrial equipment, he said. “We have asked Petronas to cut gas prices to help reduce the cost of electricity, and the Cabinet also asked the ministry to look into this matter two weeks ago,” he said.

Bersalahkah Anwar bin Ibrahim? February 7, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Badan Kehakiman, Datin Seri Dr Wan Azizah, Dato' Seri Anwar Ibrahim, ISA, Isu Nasional, Kezaliman, Krisis, Pakatan Rakyat, Parti Keadilan Rakyat, Penyelewengan, Polis DiRaja Malaysia, Protes, Rakyat, Rally, Rasuah.
4 comments

harapan-baru-malaysia-anwar-bannerKETIKA keputusan pilihanraya pada 8 Mac 2008 diumumkan, semua rakyat bersorak kegembiraan. BN hilang 2/3 majoriti, BN hilang 5 negeri, Samy Vellu kalah, Sharizat kalah, KJ pada kiraan awal kalah lepas itu menang dengan penurunan majoriti dengan begitu mendadak. Semuanya disambut dengan penuh rasa kegembiraan, tangisan, dan sambutan terhadap kemenangan tersebut diraikan dengan penuh rasa syukur.

Reformasi kedua di Kuala Kangsar

(more…)

Kenyataan Akhbar Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat February 6, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aktiviti Ahli Parlimen, Badan Kehakiman, Datin Seri Dr Wan Azizah, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Isu Nasional, Kezaliman, Krisis, Pakatan Rakyat, Parti Keadilan Rakyat, Penyelewengan, Perutusan, Polis DiRaja Malaysia, Protes, Rakyat, Rally, Rasuah.
2 comments

–KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA–
6 Februari 2009

Pimpinan Pakatan Rakyat menyatakan rasa kesal terhadap tindakan biadap rampasan kuasa di Perak termasuk layanan terhadap YAB Dato’ Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak di mana semua barangan telah dirampas dari pejabat beliau. Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut.

Kami akan memfailkan satu saman bagi mencabar keabsahan perlantikan Menteri Besar yang baru dari Barisan Nasional. Panel peguam sedang mengkaji tindakan ini. Kami masih berpendirian bahawa YAB Dato’ Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi Menteri Besar Perak yang sah. (more…)

Pertahan Kerajaan Pakatan Rakyat – Blog E Contrario February 5, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aduan Rakyat, Aktiviti Ahli Parlimen, Badan Kehakiman, Datin Seri Dr Wan Azizah, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Isu Nasional, Kezaliman, Krisis, Pakatan Rakyat, Parti Keadilan Rakyat, Penyelewengan, Protes, Rakyat, Rally, Rasuah.
add a comment

anwar-on-peraki-issuesLast night (4 Feb) after the Biro Politik meeting, Anwar Ibrahim gave me a hand-written note to be mass circulated to the people. The message has been sent out as sms to appeal to activists and supporters to participate in the rally at MB official residence at 19:30hr tonight (5 Feb).

Anwar calls on the masses to stand up for their right and to defend democracy:

Pertahankan kuasa rakyat. Saya bersama MB Perak dan Pakatan Rakyat esok (Khamis) (5 Feb) 7:30mlm di Ipoh. Saya yakin insya Allah rakyat yang menentukan.

Dari Ketua Umum, Anwar Ibrahim

Defend the people’s power – I will join Perak Chief Minister and other Pakatan Rakyat members to attend tomorrow (Thursday, 5 Feb) gathering at 7:30pm in Ipoh. I am confident, God willing, the people will decide!

Sokongan Rakyat Untuk Pakatan Rakyat dari Malaysiakini February 5, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aduan Rakyat, Anti-ISA, Datin Seri Dr Wan Azizah, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Isu Nasional, Kezaliman, Krisis, Parti Keadilan Rakyat, Penyelewengan, PKR Bahagian Batu, Protes, Rakyat, Rally, Rasuah.
add a comment

Satu perhimpunan penyokong dan ahli Pakatan Rakyat akan diadakan di kediaman menteri besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin malam ini untuk menyatakan sokongan penuh kepadanya dalam menghadapi situasi tidak menentu politik negeri itu.

anwar ibrahimKetua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perhimpunan itu juga bertujuan untuk memberi penjelasan secara terus kepada rakyat berhubung isu-isu yang sedang berlaku.

“Kamu (BN) bercakap tentang demokrasi, tetapi kamu tidak berani untuk berhadapan dengan rakyat. (more…)