jump to navigation

October 22, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Anti-ISA, Badan Kehakiman, Isu Nasional, Isu Tempatan, Kezaliman, Pakatan Rakyat, PKR Bahagian Batu, Polis DiRaja Malaysia, Protes, Rakyat, Rally, Video.
add a comment

This video by Chitoo shows the entire sequence of event, where was the bite?

3/6/2009 – Pasar Bt 5 Jalan Ipoh June 4, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aduan Rakyat, Aktiviti Ahli Parlimen, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Isu Tempatan, Pakatan Rakyat, Parlimen Batu, PKR Bahagian Batu.
add a comment

pasar-batu-lima-jalan-ipoh-3Kunjungan Ahli Parlimen Batu bagi mendengar sendiri masalah penduduk dan peniaga. Dalam Lawatan tersebut orang ramai menyambut baik kehadiran Tian kerana sebelum ini jarang Ahli Parlimen membuat kunjungan ke Pasar Jalan Ipoh.

Seperti kebiasaan apabila Ahli Parlimen membuat kunjungan terdapat keluhan dan rungutan yang dibangkitkan di kawasan persekitaran. Ada beberapa Isu setempat yang diutarakan antaranya:

  • 1) Kesukaran kawasan meletak kereta dan Tian menerangkan oleh kerana kawasan Pasar Jalan Ipoh wujud telah lama dan semasa pembangunan dijalankan Pihak Berkuasa Tempatan tiada merancangan khususnya apabila Pasar kini dikelilingi oleh pembangunan.
  • 2) Ini termasuk sistem Perancagan Saliran Peparitan/Longkang yang lemah. Bahkan perancangan seperti mengambil tindakan ‘Janji Ada’. Longkang dibesarkan/di upgrade besar dari hulu (menuruni lurah) sampai ke pintu pasar dan selepas itu ia mengalir ke saluran longkang yang kecil. Ini menyebabkan apabila hujan lebat arus air yang menuruni dengan banyak akan tersekat/melimpah keluar ke jalanraya berhadapan pasar. Ini kadang kala menyebabkan banjir kilat kerana air memasuki ke dalam kedai-kedai berhampiran. Para peniaga juga terasa takut tiap kali hujan kerana mereka akan mengemas barangan perniagaan mereka bagi mengelak terkena air disebabkan banjir kilat.
  • 3) Rungutan juga diterima masaalah lalu lintas untuk menyeberangi jalan. Oleh kerana ini berhampiran dengan kawasan perumahan awam (PPR) Pekan Batu Jalan Ipoh. Kadang kala kesukaran dihadapi melintas kerana kenderaan yang banyak waktu pagi.

pasar-batu-lima-jalan-ipoh-1 pasar-batu-lima-jalan-ipoh-2 pasar-batu-lima-jalan-ipoh-4 pasar-batu-lima-jalan-ipoh-5

Kaunter Pasar Bandar Baru Sentul June 2, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aduan Rakyat, Aktiviti UPU, Cawangan PKR, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Pakatan Rakyat, Parlimen Batu, PKR Bahagian Batu.
add a comment

kaunter-pasar-bbs-2 kaunter-pasar-bbs-1Pejabat Parlimen Batu Diketua Oleh Ketua JDM Bandar Baru Sentul En Wan Shamsudin bersama beberapa Sukarelawan Pejabat Parlimen Batu telah membuka Kaunter Khidmat Bergerak Parlimen Batu pada 30/06/2009 bermula jam9 pagi hingga 12 tengahari.

Tujuan pembukaan kaunter bergerak bagi memudah segala aduan penduduk setempat mengadu dan mempromosikan Pendaftaran Keahlian Kebajikan Mesra Usia Emas serta lain lain. Sambutan amat menggalakkan walaupun terdapat rintangan pembukaan kaunter ini. Atas permintaan kaunter ‘One Stop Center’ dibuka di Hentian Teksi berhampiran tapak pasar taman tersebut.

Program Kaunter Bergerak Tambah Aktif June 1, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aduan Rakyat, Aktiviti Ahli Parlimen, Aktiviti UPU, Cawangan PKR, Pakatan Rakyat, Parlimen Batu, Parti Keadilan Rakyat, PKR Bahagian Batu, Rakyat.
add a comment

Kaunter-bergerak-parlimen-batu-1 Kaunter-bergerak-parlimen-batu-2 Kaunter Bergerak Parlimen Batu di bawah kelolaan Sdr Ramli Taha terus mendapat sambutan hangat setiap kali kunjungan di setiap UPU. Selain menerima aduan langsung dari warga Batu, pendaftaran Ahli Baru PKR turut mengisi slot di samping pendaftaran pengundi baru. Ahli Parlimen turut memberi sokongan moral dengan mengunjungi kaunter dan bertanya sendiri apa juga masalah yang dihadapi penduduk Batu. Pusat Khidmat ini juga amat mengalu-alukan penyertaan sukarelawan bagi membantu menjayakan Kaunter Bergerak di seluruh Batu.

Rungutan Peniaga Pasar Sentul June 1, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aduan Rakyat, Aktiviti Ahli Parlimen, Aktiviti UPU, Cawangan PKR, Isu Tempatan, Pakatan Rakyat, Parlimen Batu, Parti Keadilan Rakyat, PKR Bahagian Batu, Rakyat.
add a comment

Keluhan-peniaga-pasar-sentul-1 Keluhan-peniaga-pasar-sentul-2 Keluhan-peniaga-pasar-sentul-3 Keluhan-peniaga-pasar-sentul-4Dalam lawatan mengejut Ahli Parlimen ke Pasar Sentul, pelbagai keluhan dan rungutan para peniaga di situ turut mendapat perhatian. Antaranya, keadaan pasar yang rata-rata peniaga mengatakan perlunya pembersihan secara bergotong royong dilakukan. Aliran udara yang kurang selesa disebabkan langsung ketiadaan kipas juga menjadi rungutan utama.

Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Masjid Syadina Ali – Nota Bantahan Pembabitan UMNO May 31, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aduan Rakyat, Aktiviti Ahli Parlimen, Aktiviti UPU, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Isu Tempatan, Pakatan Rakyat, Parlimen Batu, Parti Keadilan Rakyat, PKR Bahagian Batu, Protes, Rakyat.
add a comment

Ahli PAS dan penyokong Pakatan Rakyat di kawasan Batu diminta tidak memberikan kerjasama kepada Penganjur Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Masjid Syadina Ali, Kg. Padang Balang selagi Ketua Umno Bahagian Batu, Dato’ Yahya Mat Ghani masih diizinkan mengambil bahagian berucap pada hari perasmian sambutan.

Sepucuk nota bantahan telah diserahkan kepada pengerusi masjid berkenaan, Haji Zainal Abidin Maas selepas solat Maghrib, 28 Mei lalu oleh Setiausaha PAS Kawasan Batu, Haji Ismail Yahya.

Menurut beliau ketika ditemui, PAS memandang serius ucapan Ketua Umno Bahagian Batu pada acara perasmian Jubli Perak, 7 Jun depan sebelum perasmian dilakukan oleh YB Dato’ Raja Nong Chik Raja Zainal, Menteri Wilayah Persekutuan.

Tegasnya, PAS menyifatkan slot tersebut sengaja diwujudkan dengan niat Umno mahu mengambil keuntungan politik mencari publisiti murahan dan mempolitikkan masjid pada program tersebut. (more…)

Jadual Program & Aktiviti Sepanjang Minggu May 29, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aduan Rakyat, Aktiviti Ahli Parlimen, Aktiviti UPU, Cawangan PKR, Isu Tempatan, Pakatan Rakyat, Parlimen Batu, Parti Keadilan Rakyat, PKR Bahagian Batu, Rakyat, sukarelawan.
add a comment

30 / 5 /2009 –  Pasar Bandar Baru Sentul – Wan Samsudin 012 – 965 7779

  • Pendaftaran Mesra Usia Emas
  • Pendaftaran Suruhanjaya Pilihanraya
  • Pendaftaran Keahlian PKR
  • 9 hingga 11 pagi

Melawat pesakit barah rahim kronik di Flet Sri Kelantan

30 / 5 / 2009 – Badio – 019 – 287 8543

  • Liputan wartawan ke Majlis Penerangan Mesra Usia Emas & Isu-Isu Semasa Bersama Ahli Parlimen Batu
  • 5 Petang hingga 7 petang
  • Serahan Cek kepada waris Ahli Mesra Usia Emas
  • Dewan Masyarakat Kg Selayang Lama

Sesi bertemu ahli kariah surau Taman Desa Bakti May 28, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aktiviti Ahli Parlimen, Cawangan PKR, Isu Tempatan, Pakatan Rakyat, Parlimen Batu, Parti Keadilan Rakyat, PKR Bahagian Batu, Rakyat, sukarelawan.
add a comment

penerangan-usia-mesra-emas-taman-wilayah-1 penerangan-usia-mesra-emas-taman-wilayah-2 24/5/2009 – Timbalan Ketua Bahagian PKR Batu telah mengadakan sesi perjumpaan dengan kariah surau Taman Desa Bakti. Perjumpaan dengan kariah berkenaan berkisar masalah penduduk, saluran aduan serta serba ringkas sesi Pendaftaran Usia Mesra Emas yang bakal diadakan di sini. Program diakhiri dengan serahan borang MUE dan poster.

Aktiviti UPU Sentul Pasar May 28, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aktiviti Ahli Parlimen, Aktiviti UPU, Cawangan PKR, Pakatan Rakyat, Parlimen Batu, Parti Keadilan Rakyat, PKR Bahagian Batu, Rakyat, sukarelawan.
add a comment

naguUnit Peti Undi Sentul Pasar telah mengadakan Pendaftaran Usia Mesra Emas pada 17/5/2009 di Gerai Makan bersebelahan Pasar Sentul. Menurut Sdr Nagu (gambar) – Ketua UPU Sentul Pasar, sambutan menggalakkan dari warga Sentul mengakibatkan pendaftaran akan dibuka lagi sekali pada minggu hadapan. Sebagai ingatan kepada para pendaftar baru, sila sediakan salinan kad pengenalan serta waris sebanyak dua salinan.

pendaftaran-usia-mesra-emas-sentul-pasar-1 pendaftaran-usia-mesra-emas-sentul-pasar-2

3/5/2009 – Walimatul Urus May 13, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aktiviti Ahli Parlimen, Cawangan PKR, Pakatan Rakyat, Parlimen Batu, PKR Bahagian Batu, Rakyat, sukarelawan.
add a comment

kenduri-1 kenduri-4 kenduri-5 kenduri-3Sebagai memenuhi undangan masyarakat, Ahli Parlimen meluangkan masa menghadiri Majlis Perkahwinan Saifullhairizal bersama pasangannya Norfadilah di Masjid Al-Zakirin, Taman Wilayah, Selayang. Pasangan pengantin ini merupakan anak lelaki dan menantu kepada Ust Haji Mohamad Bin Abdul Majid. Diucapkan semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.

12/5/2009 – Program Di Taman Wilayah May 12, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aktiviti Ahli Parlimen, Aktiviti UPU, Pakatan Rakyat, Parlimen Batu, Parti Keadilan Rakyat, PKR Bahagian Batu, Rakyat.
add a comment

Image034 Image033Lagi Sesi Penerangan Mesra Usia Emas/OKU dan TAWAS bersama Penduduk Taman Wahyu Fasa 4 berlangsung di Dewan Orang Ramai Taman Wahyu Fasa 4 pada jam 9.30 malam. Pengerusi Persatuan, Haji Mohd Noor yang mengalu-alukan program seumpamanya ini menghubungi Pusat Khidmat Masyarakat agar ianya diadakan segera. Sdr. Kamil telah memberikan penerangan secara ringkas serta sesi soal jawab bersama penduduk.

Sesi Penerangan Usia Emas dan TAWAS May 10, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aktiviti Ahli Parlimen, Aktiviti UPU, AMK Batu, Cawangan PKR, Pakatan Rakyat, Parlimen Batu, Parti Keadilan Rakyat, PKR Bahagian Batu, Rakyat, sukarelawan.
add a comment

album tawas copy DSC_0263 DSC_0247SATU Sesi Penerangan Mesra Usia Emas dan Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) serta penyerahan cek kepada waris Peringkat Parlimen Batu telah berlangsung di Dataran Sentul Utama pada 26.04.09. Ahli Parlimen Batu telah menyerahkan cek wang tunai berjumlah RM1,ooo. Sesi Penerangan dan soal jawab turut diadakan selain kaunter Pendaftaran Ahli Baru dan Sukarelawan Parlimen Batu.

April 21, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aktiviti Ahli Parlimen, Aktiviti UPU, Cawangan PKR, ekonomi, Pakatan Rakyat, Parlimen Batu, Parti Keadilan Rakyat, PKR Bahagian Batu, Rakyat, sukarelawan.
add a comment

tiket-dana-latest-kecilPUSAT Khidmat Masyarakat Parlimen Batu akan mengadakan majlis kutipan dana dengan tema ‘MAJLIS MAKAN MALAM KEBAJIKAN & PERPADUAN BATU’ bagi tahun 2009. YAB Dato’ Seri Mohd Nizar Jamaluddin selaku Pengucaptama serta beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah menyatakan persetujuan untuk hadir pada tarikh dan masa seperti berikut:
Tarikh    :    25 April 2009 (Sabtu)
Masa    :    07.30 Malam
Tempat    :    Pusat Komuniti Sentul Perdana, Bandar Baru Sentul,  Kuala Lumpur.

Tempahan tiket berharga RM35 setiap satu boleh dibuat melalui Ahli Jawatankuasa PKR Batu atau Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Batu. Untuk meja khas VVIP dan VIP berharga RM800 dan RM600 boleh dilakukan dengan menghubungi Naib Ketua Bahagian – Sdr Azli Husin (019-341 4000) / Bendahari – Sdr Raja Mohamad  (016 – 287 5859). Keuntungan hasil majlis ini akan disalurkan untuk program-program kemasyarakatan warga Batu.

No Chance For Independent In Bukit Selambau – PKR April 3, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aktiviti Ahli Parlimen, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat, Parti Keadilan Rakyat, PKR Bahagian Batu, Rakyat.
add a comment

Parti Keadilan Rakyat (PKR) said Thursday (2 April) it is impossible for any of the 13 independent candidates to win the Bukit Selambau state by-election.

PKR information chief Tian Chua said their presence would only split PKR’s votes and confuse the voters.

“It is unlikely that any of them can win. They don’t stand a chance, not even a mathematical chance, of winning the seat,” he told reporters here. He claimed that the presence of too many independents were tactics employed by the Barisan Nasional to split PKR’s votes.

Tian Chua also said that PKR’s position among the top in the list of candidates in the ballot papers would give it an advantage.

Perhimpunan Bantah Pengharaman SK & Harakah – 25 Mac March 24, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aduan Rakyat, AMK Batu, Badan Kehakiman, ISA, Kezaliman, Krisis, Pakatan Rakyat, Parlimen Batu, Parti Keadilan Rakyat, PKR Bahagian Batu, Polis DiRaja Malaysia, Protes, Rakyat.
add a comment

Pimpinan KEADILAN dan PAS akan menghantar memorandum bantahan terhadap pengharaman Suara Keadilan dan Harakah kepada Suhakam pada jam 2 petang esok (25 Mac).

Delegasi tersebut akan diketuai oleh Ketua Penerangan KEADILAN Tian Chua, Ketua Angkatan Muda KEADILAN Shamsul Iskandar, Ketua Penerangan PAS Mahfuz Omar dan Ketua Pemuda PAS Salehuddin Ayub.