jump to navigation

Penguasaan PKR di Bukit Selambau meningkat April 7, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Dato' Seri Anwar Ibrahim, Isu Nasional, Krisis, Pakatan Rakyat, Parti Keadilan Rakyat.
add a comment

azmin-ali-dan-calon-pkr-bukit-selambau-rai-kemenanganPARTI Keadilan Rakyat (PKR) mengekalkan pengusaan mereka di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau apabila calonya, S. Manikumar memenangi pilihan raya kecil kawasan itu dengan memperoleh 12,632 undi.

Beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk S. Ganesan yang memperoleh 10,229 undi dan 13 calon Bebas yang lain dengan majoriti 2,403 undi.

Keputusan tersebut diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil DUN Bukit Selambau, Datuk Abdullah Mat Akhir di Dewan Sekolah Menengah Teknik 1 kira-kira pukul 10.50 malam ini. (more…)

Advertisements

Referendum berpihak kepada Pakatan Rakyat April 7, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Isu Nasional, Krisis, Pakatan Rakyat, Protes, Rakyat.
add a comment

pakatan-rakyat-kekalkan-kerusi-bukit-gantangDATUK Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang hari ini dengan memperoleh sebanyak 21,860 undi.

Beliau mencatatkan majoriti 2,789 undi – berbanding 1,566 undi yang direkodkan oleh calon PAS pada Mac 2008.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang ini menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Ismail Saffian yang mendapat 19,071 undi manakala calon Bebas, Kamarul Ramizu mendapat 62 undi.

Kamarul hilang wang deposit.

Undi rosak adalah sebanyak 456.

Nizar dalam ucapan penerimaan keputusan itu, yang diumumkan secara rasmi kira-kira pukul 9.45 malam tadi, menyifatkan ia sebagai satu petanda rakyat mahukan kerajaan demokrasi, urus tadbir baik dan adil. (more…)

Nizar dibenar cabar Zambry sebagai MB April 3, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Badan Kehakiman, Isu Nasional, Krisis, Pakatan Rakyat.
add a comment

bendera-negeri-perakDatuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini diberi “lampu hijau” oleh Mahkamah Tinggi di sini untuk mencabar kesahihan pelantikan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak.

Ini berikutan keputusan Hakim Abdul Aziz Abdul Rahim bahawa permohonan yang difailkan oleh Mohammad Nizar pada Ferubari lepas adalah tidak remeh, tidak menyusahkan dan mempunyai kes prima facie untuk dihujah di mahkamah. (more…)

Najib bakal berdepan undi tidak percaya April 3, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Anti-ISA, Badan Kehakiman, Kezaliman, Krisis, Pakatan Rakyat, Penyelewengan, Polis DiRaja Malaysia, Protes.
add a comment

pakatan-rakyatnajib1-pm-malaysia-ke-6

DATO’ Seri Najib Razak yang diwarwarkan bakal dinobatkan sebagai Perdana Menteri ke 6 hari Jumaat ini berkemungkinan akan berdepan dengan undi tidak percaya di Dewan Rakyat ekoran dakwaan beliau mempunyai kaitan dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu – yang menjadi bahan berita media asing akhir-akhir ini. (more…)

Agensi k’jaan S’gor biayai lawatan Khir ke Disney April 1, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aduan Rakyat, Badan Kehakiman, Kezaliman, Krisis, Pakatan Rakyat, Penyelewengan, Polis DiRaja Malaysia, Sidang Dewan Rakyat.
add a comment

khir toyo and disney land disneylandBEKAS Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan keluarganya serta pegawai kerajaan negeri yang lain, membelanjakan hampir RM1.6 juta untuk membiayai dua lawatan ke luar negara, termasuk lawatan ke Paris dan Orlando Disneyland.

Senarai perbelanjaan itu termasuk lawatan pada tahun 2004 ke Disneyland Paris dan persinggahan transit selama empat hari di Dubai.

Perkara ini didedahkan dalam siasatan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) hari ini.

Antara pendedahan mengenai lawatan keluar negeri itu, dalam tempoh antara 17 hingga 24 Disember 2004 ialah:

bullet button Turut menyertai lawatan tersebut ialah isteri Dr Mohd Khir – Datin Seri Zaharah Kechik dan tiga anak mereka serta seorang orang gaji.

bullet button Delegasi rasmi membelanja sejumlah RM416,000 bagi lawatan tersebut.

bullet button Kumpulan yang pergi mengendalikan urusan bagi lawatan tersebut membelanjakan RM366,000.

bullet button Persinggahan transit di Dubai membabitkan perbelanjaan RM10,000.

Suasana PRK DUN Bukit Selambau March 29, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aduan Rakyat, Aktiviti Ahli Parlimen, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Isu Nasional, Krisis, Pakatan Rakyat, Parti Keadilan Rakyat, Rakyat.
add a comment

penamaan-calon-prk-bukit-selambau12:20 TENGAH HARI: Senarai calon mengikut kedudukan dalam kertas undi, R. Loganathan (menggunakan simbol Kelapa Sawit), Tan Hock Huat (Kunci),Radzi Md Lazim (Kerusi), S. Manikumar (PKR), Mohd Fazil Abdul Wahab (Kepala Harimau), Abdul Rahim Abdul (Jam loceng), L.Sarala (Basikal),S. Ganesan (BN), A. Jayagopal (Payung), S. Moganakumar (Nuku), Khamis Awang (Ayam Jantan), Husaini Yaacob (Bas), M.Vaneson (Ikan), Anuar Abdul Hamid (Telefon) dan T. Chandrarajah (Kapal Terbang).

12 TENGAH HARI: Seramai 15 calon sah bertanding di DUN Bukit Selambau.

SPR menerima sembilan bantahan untuk semua pencalonan tetapi kesemuanya ditolak.

11:25 PAGI : Pengumuman bagi mengesahkan jumlah calon yang bertanding masih belum dilakukan. Hal ini dipercayai kerana SPR kini sedang menentukan simbol untuk calon-calon Bebas dan kedudukan kertas undi bagi semua calon yang bertanding.

(more…)

Suasana PRK Parlimen Bukit Gantang March 29, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Dato' Seri Anwar Ibrahim, Isu Nasional, Krisis, Pakatan Rakyat, Parti Keadilan Rakyat, Protes, Rakyat, Rally.
add a comment

11.25 PAGI : SPR sahkan Nizar Jamaluddin (PAS), Ismail Saffian (BN) dan Kamarul Ramizu (Bebas) calon kerusi Parlimen Bukit Gantang.

11.05 PAGI : Sesi bantahan penamaan calon berakhir, status calon dijangka akan diumum dalam masa setengah jam.

10.50 PAGI : Sekumpulan penyokong di percayai daripada BN membaling botol kearah kereta Pengerusi DAP, Karpal Singh ketika tiba Dewan Majlis Perbandaran Taiping. (more…)

Perhimpunan Bantah Pengharaman SK & Harakah – 25 Mac March 24, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aduan Rakyat, AMK Batu, Badan Kehakiman, ISA, Kezaliman, Krisis, Pakatan Rakyat, Parlimen Batu, Parti Keadilan Rakyat, PKR Bahagian Batu, Polis DiRaja Malaysia, Protes, Rakyat.
add a comment

Pimpinan KEADILAN dan PAS akan menghantar memorandum bantahan terhadap pengharaman Suara Keadilan dan Harakah kepada Suhakam pada jam 2 petang esok (25 Mac).

Delegasi tersebut akan diketuai oleh Ketua Penerangan KEADILAN Tian Chua, Ketua Angkatan Muda KEADILAN Shamsul Iskandar, Ketua Penerangan PAS Mahfuz Omar dan Ketua Pemuda PAS Salehuddin Ayub.

Kita akan teruskan walaupun tanpa permit – Tian March 24, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aktiviti Ahli Parlimen, Anti-ISA, Badan Kehakiman, Dato' Seri Anwar Ibrahim, ISA, Kezaliman, Krisis, Pakatan Rakyat, Parlimen Batu, Parti Keadilan Rakyat, Penyelewengan, PKR Bahagian Batu, Polis DiRaja Malaysia, Protes, Rakyat.
add a comment

PKR dan PAS akan menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) jam 2 petang esok.

Selain Tian, ketua penerangan PAS Mahfuz Omar bersama ketua pemuda masing-masing akan menyertai perhimpunan di kaki bangunan suruhanjaya itu di Menara Tun Razak, Kuala Lumpur.

tian-chua-bantah-kdn gantung permit suara keadilan“Kita tidak nampak tindakan yang lebih keras daripada menggantung kita.” “Kita akan teruskan walaupun tanpa permit,” kata Ketua Penerangan PKR, Tian Chua.

Suara Keadilan akan terus menemui pembaca walaupun Kementerian Dalam Negeri menggantung permitnya serta-merta semalam selama tiga bulan.

Ditanya sebab KDN bertindak sedemikian terhadap akhbar parti itu dan organ PAS Harakah serentak dan secara mengejut, beliau berkata:

“Saya tidak boleh pastikan alasan  yang munasabah.

“Tetapi dalam konteks sekarang, ada pemilihan Umno, pilihanraya kecil, peralihan kuasa (perdana menteri kepada Datuk Seri Najib Razak), pihak berkuasa cuba menutup ruang penyebaran maklumat.”

Tian berkata tindakan kerajaan terhadap dua akhbar pembangkang berpengaruh ini “hanya permulaan” untuk kawalan yang ketat terhadap media. (more…)

Kenyataan Media – Insiden Serangan FRU di Sungai Petani March 24, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Anti-ISA, Badan Kehakiman, Dato' Seri Anwar Ibrahim, ISA, Isu Nasional, Kezaliman, Krisis, Pakatan Rakyat, Parti Keadilan Rakyat, Polis DiRaja Malaysia, Protes, Rakyat, Rally, Rasuah.
3 comments

fru-gempur-ceramah-anwar-di-sungai-petani-1 fru-gempur-ceramah-anwar-di-sungai-petani-4MALAYSIA menyaksikan satu lagi kitaran kekerasan dan penindasan di bawah penguasaan Najib Razak. Belumpun secara rasmi dilantik sebagai Perdana Menteri, beliau sudah pun sanggup bertindak keras dan zalim ke atas rakyat.

Semalam, perhimpunan yang dihadiri 10,000 rakyat terdiri daripada pelbagai bangsa, telah dihujani dengan tembakan gas pemedih mata serta semburan air kimia oleh pihak polis. Kejadian tercetus hanya selepas beberapa minit saya memulakan ucapan diBukit Selambau. Dalam suasana gawat tersebut beberapa orang telah ditahan termasuk ketua staf pejabat saya dan beberapa Ahli Parlimen serta seorang pegawai kanan Menteri Besar Kedah.

Bagi menghalalkan tindakan zalim serta pencabulan hak rakyat malam tadi, pihak berkuasa telah mengistiharkan perhimpunan tersebut sebagai haram. Jelas ianya satu pencabulan undang-undang dimana perhimpunan tersebut telah diadakan di dalam kawasan milik persendirian. (more…)

Penyelewengan Dan Kronisme Dalam Kementerian Pertahanan March 20, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aktiviti Ahli Parlimen, Badan Kehakiman, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Isu Nasional, Krisis, Pakatan Rakyat, Parlimen Batu, Parti Keadilan Rakyat, PKR Bahagian Batu, Protes, Rakyat, Sidang Dewan Rakyat.
1 comment so far

ahli-parlimen-batu-tian-chuaEKORAN daripada pendedahan oleh Ketua Pembangkang Dewan Rakyat mengenai isu pembelian Eurocopter dengan harga begitu tinggi dan memberi keuntungan kepada pihak-pihak tertentu. Akhirnya, Perdana Menteri mengumumkan keputusan kerajaan menangguhkan pembelian tersebut.

Hari ini, sekali lagi pendedahan isu penyelewengan dalam Kementerian Pertahanan mengenai proses perolehan dan mempunyai unsur kronisme bagi pemimpin negara. Orang yang bernama Syed Abu Hussin Bin Hafiz Syed Abdul Fasal tidak asing lagi bagi kakitangan dan kontraktor-kontraktor Kementerian Pertahanan. Pada masa yang sama, beliau juga merupakan ahli UMNO (No ahli: 00924477) dari Bahagian Bukit Gantang, Perak.

Beliau mempunyai lebih 30 syarikat di mana beliau merupakan ahli lembaga pengarah ataupun pemegang syer. Melalui syarikat-syarikat ini, beliau berjaya menguasai hampir 90% projek-projek pembekalan pelbagai rangsum bagi Kementerian Pertahanan yang mencecah ratusan juta ringgit. Contoh syarikat yang dimiliki oleh beliau seperti berikut:-

  • Komantra Sajian Sdn Bhd memperolehi secara rundingan terus projek penswataan perkhidmatan katering Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi Zon Utara dan Timur Semenanjung Malaysia yang mencecah lebih daripada RM 600 juta.
  • GPB Coporation Sdn Bhd memperoleh projek perkhidmatan pengangkutan bas untuk kem-kem Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang mencecah lebih daripada RM 300 juta. (more…)

Budaya UMNO menafikan khabar benar! March 16, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Badan Kehakiman, Krisis, Penyelewengan, Rasuah, Sidang Dewan Rakyat.
3 comments

calon-timbalan-presiden-umno-ali-rustamSAH! UMNO masih kolot. Tatkala segala maklumat  mudah diperolehi melalui broadband di hujung jari – 24 jam sehari – 7 hari seminggu – 360 hari setahun, ahli UMNO masih ditahap 1515. Contohnya, lihat artikel petikan dari Malaysiakini.

MESYUARAT Lembaga Disiplin Umno esok menjadi tumpuan ekoran tersebarnya khabar angin sejak seminggu lalu yang menyatakan seorang pemimpin kanan Umno akan digantung daripada bertanding dalam pemilihan Umno berhubung kesalahan politik wang.

Malah sebuah akhbar berbahasa Cina telah menghantar ‘SMS alert‘ hari ini yang mengatakan bahawa Lembaga Disiplin akan mencadangkan  penggantungan keahlian seorang calon jawatan timbalan presiden Umno.

Menurut SMS tersebut, lembaga itu dijangka mencadangkan pemimpin tersebut digantung keahlian selama tiga tahun. (more…)

Malaysian MP suspended for linking next PM to murder March 16, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Antarabangsa, Badan Kehakiman, Isu Nasional, Kezaliman, Krisis, Polis DiRaja Malaysia, Sidang Dewan Rakyat.
add a comment

kes-altantuya-gantung-gobind-dari-parlimenMalaysia’s parliament on Monday barred an opposition lawmaker for one year after he accused incoming premier Najib Razak of involvement in a sensational murder case.

A government motion calling for the suspension of Gobind Singh Deo, from the Democratic Action Party (DAP), was passed after lawmakers from the opposition alliance staged a walkout in protest.

House suspends Gobin for one year – from MalaysiaInsider

(more…)

Taktik Kotor Jatuhkan Negeri-Negeri Pakatan Rakyat March 13, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aduan Rakyat, Badan Kehakiman, Isu Nasional, Kezaliman, Krisis, Pakatan Rakyat, Penyelewengan, Protes.
1 comment so far

pakatan-rakyat-eratDEWAN Undangan Negeri Selangor pada hari ini didedahkan dengan satu usul tergempar yang telah dibentangkan berhubung usaha dan tindakan Kerajaan Persekutuan cuba menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor.

Usul tergempar berkenaan dibentangkan oleh Adun Kg Tunku, Lau Weng San yang mendakwa beliau mempunyai dokumen berhubung satu mesyuarat yang diadakan oleh Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (PPNS) yang memperincikan program- program membabitkan agensi kerajaan.

Pakatan slams BN’s efforts to subvert Selangor administration

(more…)

Selangor Beri Dua Syarat Jika Mahu Ambil Alih Konsesi Air February 24, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aduan Rakyat, ekonomi, Isu Nasional, Krisis, Pakatan Rakyat, Parti Keadilan Rakyat, Penyelewengan, Rakyat, Rasuah.
add a comment

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata dua syarat ditetapkan kerajaan negeri Selangor sekiranya Kerajaan Persekutuan ingin mengambil alih pengurusan konsesi air di negeri ini.

Menurutnya, dua syarat itu ialah Kerajaan Persekutuan tidak boleh menaikkan harga air pada 31 Mac ini serta  mengekalkan  pemberian percuma 20 meter padu kepada pengguna meter individu di negeri ini.

Abdul Khalid berkata pihak kerajaan negeri  sedia mengadakan  rundingan semula dengan Suruhanjaya Perkhidmatan  Air Negara (Span) bagi menyelesaikan  proses pembelian itu.

Namun katanya, kerajaan negeri tidak akan mengubah harga tawaran  yang telah ditetapkan  sebelum ini iaitu sebanyak RM5.9 bilion  untuk mengambil alih syarikat konsesi itu. (more…)