jump to navigation

Dailog Bersama Penduduk di Dewan Masyarakat Kg Selayang Lama June 2, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aduan Rakyat, Aktiviti Ahli Parlimen, Aktiviti UPU, Cawangan PKR, Pakatan Rakyat, Parlimen Batu.
add a comment

perjumpaan-penduduk-selayang-lama-130/05/2009 – Penduduk Kg Selayang Lama telah diberi penerangan beberapa perkara mengenai isu DraF KL2020 yang mana Kg Selayang Lama juga tergolong dalam projek pembangunan dan pembinaan beberapa penempatan yang padat. Tian telah berpendirian tegas dimana pembangunan sesebuah kampung mestilah mengambil kiria kepentingan penduduk/peneroka. Dalam memorendum bantahan kepada DBKL sebelum tarikh tutup Draft KL2020, Tian ada mengutarakan cadangan untuk beberapa Kampung Wilayah Persekutuan/Parlimen Batu digazetkan sebagai Kampung Tradisi/Warisan.

Pihak berkuasa harus merancang bagaimana sesebuah kampung tradisi di angunkan dan mengindah kawasan persekitaran kampung tradisi bagi memikat pelancung asing ataupun tempatan. Ini juga menjana ekomomi setempat khususnya Penduduk Parlimen Batu yang berhampiran dengan kawasan Tiga Segi Emas Kuala Lumpur. (more…)

Advertisements

Kaunter Pasar Bandar Baru Sentul June 2, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aduan Rakyat, Aktiviti UPU, Cawangan PKR, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Pakatan Rakyat, Parlimen Batu, PKR Bahagian Batu.
add a comment

kaunter-pasar-bbs-2 kaunter-pasar-bbs-1Pejabat Parlimen Batu Diketua Oleh Ketua JDM Bandar Baru Sentul En Wan Shamsudin bersama beberapa Sukarelawan Pejabat Parlimen Batu telah membuka Kaunter Khidmat Bergerak Parlimen Batu pada 30/06/2009 bermula jam9 pagi hingga 12 tengahari.

Tujuan pembukaan kaunter bergerak bagi memudah segala aduan penduduk setempat mengadu dan mempromosikan Pendaftaran Keahlian Kebajikan Mesra Usia Emas serta lain lain. Sambutan amat menggalakkan walaupun terdapat rintangan pembukaan kaunter ini. Atas permintaan kaunter ‘One Stop Center’ dibuka di Hentian Teksi berhampiran tapak pasar taman tersebut.

Program Kaunter Bergerak Tambah Aktif June 1, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aduan Rakyat, Aktiviti Ahli Parlimen, Aktiviti UPU, Cawangan PKR, Pakatan Rakyat, Parlimen Batu, Parti Keadilan Rakyat, PKR Bahagian Batu, Rakyat.
add a comment

Kaunter-bergerak-parlimen-batu-1 Kaunter-bergerak-parlimen-batu-2 Kaunter Bergerak Parlimen Batu di bawah kelolaan Sdr Ramli Taha terus mendapat sambutan hangat setiap kali kunjungan di setiap UPU. Selain menerima aduan langsung dari warga Batu, pendaftaran Ahli Baru PKR turut mengisi slot di samping pendaftaran pengundi baru. Ahli Parlimen turut memberi sokongan moral dengan mengunjungi kaunter dan bertanya sendiri apa juga masalah yang dihadapi penduduk Batu. Pusat Khidmat ini juga amat mengalu-alukan penyertaan sukarelawan bagi membantu menjayakan Kaunter Bergerak di seluruh Batu.

Rungutan Peniaga Pasar Sentul June 1, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aduan Rakyat, Aktiviti Ahli Parlimen, Aktiviti UPU, Cawangan PKR, Isu Tempatan, Pakatan Rakyat, Parlimen Batu, Parti Keadilan Rakyat, PKR Bahagian Batu, Rakyat.
add a comment

Keluhan-peniaga-pasar-sentul-1 Keluhan-peniaga-pasar-sentul-2 Keluhan-peniaga-pasar-sentul-3 Keluhan-peniaga-pasar-sentul-4Dalam lawatan mengejut Ahli Parlimen ke Pasar Sentul, pelbagai keluhan dan rungutan para peniaga di situ turut mendapat perhatian. Antaranya, keadaan pasar yang rata-rata peniaga mengatakan perlunya pembersihan secara bergotong royong dilakukan. Aliran udara yang kurang selesa disebabkan langsung ketiadaan kipas juga menjadi rungutan utama.

Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Masjid Syadina Ali – Nota Bantahan Pembabitan UMNO May 31, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aduan Rakyat, Aktiviti Ahli Parlimen, Aktiviti UPU, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Isu Tempatan, Pakatan Rakyat, Parlimen Batu, Parti Keadilan Rakyat, PKR Bahagian Batu, Protes, Rakyat.
add a comment

Ahli PAS dan penyokong Pakatan Rakyat di kawasan Batu diminta tidak memberikan kerjasama kepada Penganjur Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Masjid Syadina Ali, Kg. Padang Balang selagi Ketua Umno Bahagian Batu, Dato’ Yahya Mat Ghani masih diizinkan mengambil bahagian berucap pada hari perasmian sambutan.

Sepucuk nota bantahan telah diserahkan kepada pengerusi masjid berkenaan, Haji Zainal Abidin Maas selepas solat Maghrib, 28 Mei lalu oleh Setiausaha PAS Kawasan Batu, Haji Ismail Yahya.

Menurut beliau ketika ditemui, PAS memandang serius ucapan Ketua Umno Bahagian Batu pada acara perasmian Jubli Perak, 7 Jun depan sebelum perasmian dilakukan oleh YB Dato’ Raja Nong Chik Raja Zainal, Menteri Wilayah Persekutuan.

Tegasnya, PAS menyifatkan slot tersebut sengaja diwujudkan dengan niat Umno mahu mengambil keuntungan politik mencari publisiti murahan dan mempolitikkan masjid pada program tersebut. (more…)

Jadual Program & Aktiviti Sepanjang Minggu May 29, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aduan Rakyat, Aktiviti Ahli Parlimen, Aktiviti UPU, Cawangan PKR, Isu Tempatan, Pakatan Rakyat, Parlimen Batu, Parti Keadilan Rakyat, PKR Bahagian Batu, Rakyat, sukarelawan.
add a comment

30 / 5 /2009 –  Pasar Bandar Baru Sentul – Wan Samsudin 012 – 965 7779

  • Pendaftaran Mesra Usia Emas
  • Pendaftaran Suruhanjaya Pilihanraya
  • Pendaftaran Keahlian PKR
  • 9 hingga 11 pagi

Melawat pesakit barah rahim kronik di Flet Sri Kelantan

30 / 5 / 2009 – Badio – 019 – 287 8543

  • Liputan wartawan ke Majlis Penerangan Mesra Usia Emas & Isu-Isu Semasa Bersama Ahli Parlimen Batu
  • 5 Petang hingga 7 petang
  • Serahan Cek kepada waris Ahli Mesra Usia Emas
  • Dewan Masyarakat Kg Selayang Lama

Aktiviti UPU Sentul Pasar May 28, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aktiviti Ahli Parlimen, Aktiviti UPU, Cawangan PKR, Pakatan Rakyat, Parlimen Batu, Parti Keadilan Rakyat, PKR Bahagian Batu, Rakyat, sukarelawan.
add a comment

naguUnit Peti Undi Sentul Pasar telah mengadakan Pendaftaran Usia Mesra Emas pada 17/5/2009 di Gerai Makan bersebelahan Pasar Sentul. Menurut Sdr Nagu (gambar) – Ketua UPU Sentul Pasar, sambutan menggalakkan dari warga Sentul mengakibatkan pendaftaran akan dibuka lagi sekali pada minggu hadapan. Sebagai ingatan kepada para pendaftar baru, sila sediakan salinan kad pengenalan serta waris sebanyak dua salinan.

pendaftaran-usia-mesra-emas-sentul-pasar-1 pendaftaran-usia-mesra-emas-sentul-pasar-2

12/5/2009 – Program Di Taman Wilayah May 12, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aktiviti Ahli Parlimen, Aktiviti UPU, Pakatan Rakyat, Parlimen Batu, Parti Keadilan Rakyat, PKR Bahagian Batu, Rakyat.
add a comment

Image034 Image033Lagi Sesi Penerangan Mesra Usia Emas/OKU dan TAWAS bersama Penduduk Taman Wahyu Fasa 4 berlangsung di Dewan Orang Ramai Taman Wahyu Fasa 4 pada jam 9.30 malam. Pengerusi Persatuan, Haji Mohd Noor yang mengalu-alukan program seumpamanya ini menghubungi Pusat Khidmat Masyarakat agar ianya diadakan segera. Sdr. Kamil telah memberikan penerangan secara ringkas serta sesi soal jawab bersama penduduk.

Penubuhan Badan NGO Tmn Dato Senu May 11, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aduan Rakyat, Aktiviti Ahli Parlimen, Aktiviti UPU, Cawangan PKR, Isu Tempatan, Pakatan Rakyat, Parlimen Batu, Rakyat.
5 comments

penubuhan ngo dato senu-1 penubuhan ngo dato senu-2 Kaunter Usia Mesra Emas Tmn Dato SenuPenduduk di Taman Dato Senu telah sepakat untuk menubuhkan Badan Kebajikan & Perpaduan Taman Dato Senu dengan tujuan menjaga hal-ehwal kebajikan seluruh penduduk taman. Mesyuarat penubuhan turut dihadiri Ahli Parlimen Batu berlangsung pada 9hb Mei lalu bertempat di Dewan Orang Ramai Taman Dato Senu. Selain itu itu, tidak ketinggalan Kaunter Pendaftaran Usia Mesra Emas Dan TAWAS turut dibuka.

Sesi Penerangan Usia Emas dan TAWAS May 10, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aktiviti Ahli Parlimen, Aktiviti UPU, AMK Batu, Cawangan PKR, Pakatan Rakyat, Parlimen Batu, Parti Keadilan Rakyat, PKR Bahagian Batu, Rakyat, sukarelawan.
add a comment

album tawas copy DSC_0263 DSC_0247SATU Sesi Penerangan Mesra Usia Emas dan Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) serta penyerahan cek kepada waris Peringkat Parlimen Batu telah berlangsung di Dataran Sentul Utama pada 26.04.09. Ahli Parlimen Batu telah menyerahkan cek wang tunai berjumlah RM1,ooo. Sesi Penerangan dan soal jawab turut diadakan selain kaunter Pendaftaran Ahli Baru dan Sukarelawan Parlimen Batu.

April 21, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aktiviti Ahli Parlimen, Aktiviti UPU, Cawangan PKR, ekonomi, Pakatan Rakyat, Parlimen Batu, Parti Keadilan Rakyat, PKR Bahagian Batu, Rakyat, sukarelawan.
add a comment

tiket-dana-latest-kecilPUSAT Khidmat Masyarakat Parlimen Batu akan mengadakan majlis kutipan dana dengan tema ‘MAJLIS MAKAN MALAM KEBAJIKAN & PERPADUAN BATU’ bagi tahun 2009. YAB Dato’ Seri Mohd Nizar Jamaluddin selaku Pengucaptama serta beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah menyatakan persetujuan untuk hadir pada tarikh dan masa seperti berikut:
Tarikh    :    25 April 2009 (Sabtu)
Masa    :    07.30 Malam
Tempat    :    Pusat Komuniti Sentul Perdana, Bandar Baru Sentul,  Kuala Lumpur.

Tempahan tiket berharga RM35 setiap satu boleh dibuat melalui Ahli Jawatankuasa PKR Batu atau Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Batu. Untuk meja khas VVIP dan VIP berharga RM800 dan RM600 boleh dilakukan dengan menghubungi Naib Ketua Bahagian – Sdr Azli Husin (019-341 4000) / Bendahari – Sdr Raja Mohamad  (016 – 287 5859). Keuntungan hasil majlis ini akan disalurkan untuk program-program kemasyarakatan warga Batu.

Longkang tersumbat bimbangkan penduduk Taman Eastern March 16, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aduan Rakyat, Aktiviti Ahli Parlimen, Aktiviti UPU, Cawangan PKR, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Isu Tempatan, Pakatan Rakyat, Parlimen Batu, Parti Keadilan Rakyat, PKR Bahagian Batu, Rakyat.
3 comments

taman-eastern-complaints-1 taman-eastern-complaints-2 taman-eastern-complaints-3 taman-eastern-complaints-5MUSIM hujan yang melanda Kuala Lumpur masa ini telah menimbulkan kebimbangan yang amat sangat kepada penduduk Taman Eastern di Jalan Ipoh dalam Parlimen Batu. Hal ini terjadi memandangkan sistem saliran seperti longkang di sekitar taman perumahan mereka tersumbat teruk yang mana bakal mengakibatkan banjir kilat. Aduan penduduk kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Alam Flora belum menunjukkan tanda-tanda kerja penyelenggaraan akan dilakukan dalam masa terdekat. Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Batu telah memanjangkan masalah berkenaan kepada pihak berwajib, malangnya penantian penduduk masih belum berhasil.

Bunyi Bising Ganggu Penduduk Jalan Khalsa March 15, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aduan Rakyat, Aktiviti Ahli Parlimen, Aktiviti UPU, AMK Batu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Isu Tempatan, Pakatan Rakyat, Parlimen Batu, PKR Bahagian Batu, Protes, Rakyat.
add a comment

image013 image017 image019 image020 image021 Penduduk di sepanjang Jalan Khalsa telah membuat satu kenyataan akhbar berhubung masalah banjir dan gangguan yang dialami oleh mereka. Pada 13 Mac lalu, kawasan perumahan mereka telah dinaiki air akibat masalah saliran yang tidak dikawal oleh pihak kontrantor yang menjalan kerja-kerja pembinaan. Selain itu, bunyi bising dari kerja-kerja pembinaan sepanjang malam turut menjejaskan kehidupan mereka. Ahli Parlimen Batu mengambil langkah segera dengan melawat tapak pembinaan sekitar jam 11.45 malam bagi mendengar dan mengalami sendiri rintihan penduduk. Banyak aduan juga telah diadukan kepada pihak DBKL, DUKE Highway serta pihak KTMB sebagai pihak berwajib yang diharap dapat menangani masalah mereka. Untuk gambaran lebih lanjut boleh melayari blog salah seorang penduduk yang turut membuat aduan.

BSC Anjur Bengkel Asas Bina Blog – SEBARKAN! March 10, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aktiviti UPU, Cawangan PKR, Isu Tempatan, Pakatan Rakyat, Parlimen Batu, Parti Keadilan Rakyat, PKR Bahagian Batu, Rakyat, sukarelawan.
4 comments

wordpressblogPUSAT Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Batu dulunya dikenali  Batu Service Centre (BSC) kini bercadang untuk mengadakan Bengkel Asas Bina Blog bagi setiap Unit Peti Undi. Bengkel yang bakal diadakan dengan sasaran golongan muda agar dapat sama-sama berganding bahu menyebarkan maklumat dan aktiviti serta program di UPU masing-masing. Asas pembinaan blog ini juga akan mengambil masa selama lebih kurang 1 hingga dua jam. Peserta bengkel hendaklah mempunyai kemudahan notebook sebagai syarat utama. Sesiapa yang berminat boleh berhubung terus dengan Pusat Khidmat Masyarakat atau berjumpa dengan Ketua UPU di tempat masing-masing.

Sertai Kami Sebagai Sukarelawan Batu! February 17, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aduan Rakyat, Aktiviti Ahli Parlimen, Aktiviti UPU, Cawangan PKR, Isu Tempatan, Pakatan Rakyat, Parlimen Batu, Parti Keadilan Rakyat, PKR Bahagian Batu, Rakyat, sukarelawan.
add a comment

kaunter-bergerak-a3PARTI Keadilan Rakyat Bahagian Batu mengalu-alukan terutamanya golongan muda untuk menyumbang tenaga sebagai sukarelawan. Sukarelawan tersebut akan ditugaskan di Kaunter Pendaftaran Ahli Baru / Aduan Rakyat / Pendaftaran Mesra Usia Emas pada mana-mana program yang melibatkan orang ramai. Sila hubungi Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Batu bagi mendaftarkan diri.