jump to navigation

October 21, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aduan Rakyat.
9 comments

aduan copy

Penduduk di Parlimen Batu boleh menyalurkan aduan berkaitan masalah di tempat masing-masing ke Dewan Bandaraya Kuala Lumpur:

Pusat Khidmat ini akan cuba memanjangkannya ke pihak DBKL untuk diteliti.

Sila kemukankan senarai berikut dengan lengkap:

1). Nama Penuh

2). Nomber telefon untuk dihubungi ataupun e-mail

3). Lokasi aduan

4). Gambar-gambar berkaitan aduan (amat digalakkan)

Anda juga boleh terus ke lamanweb DBKL di sini.

Advertisements

3/6/2009 – Pasar Bt 5 Jalan Ipoh June 4, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aduan Rakyat, Aktiviti Ahli Parlimen, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Isu Tempatan, Pakatan Rakyat, Parlimen Batu, PKR Bahagian Batu.
add a comment

pasar-batu-lima-jalan-ipoh-3Kunjungan Ahli Parlimen Batu bagi mendengar sendiri masalah penduduk dan peniaga. Dalam Lawatan tersebut orang ramai menyambut baik kehadiran Tian kerana sebelum ini jarang Ahli Parlimen membuat kunjungan ke Pasar Jalan Ipoh.

Seperti kebiasaan apabila Ahli Parlimen membuat kunjungan terdapat keluhan dan rungutan yang dibangkitkan di kawasan persekitaran. Ada beberapa Isu setempat yang diutarakan antaranya:

  • 1) Kesukaran kawasan meletak kereta dan Tian menerangkan oleh kerana kawasan Pasar Jalan Ipoh wujud telah lama dan semasa pembangunan dijalankan Pihak Berkuasa Tempatan tiada merancangan khususnya apabila Pasar kini dikelilingi oleh pembangunan.
  • 2) Ini termasuk sistem Perancagan Saliran Peparitan/Longkang yang lemah. Bahkan perancangan seperti mengambil tindakan ‘Janji Ada’. Longkang dibesarkan/di upgrade besar dari hulu (menuruni lurah) sampai ke pintu pasar dan selepas itu ia mengalir ke saluran longkang yang kecil. Ini menyebabkan apabila hujan lebat arus air yang menuruni dengan banyak akan tersekat/melimpah keluar ke jalanraya berhadapan pasar. Ini kadang kala menyebabkan banjir kilat kerana air memasuki ke dalam kedai-kedai berhampiran. Para peniaga juga terasa takut tiap kali hujan kerana mereka akan mengemas barangan perniagaan mereka bagi mengelak terkena air disebabkan banjir kilat.
  • 3) Rungutan juga diterima masaalah lalu lintas untuk menyeberangi jalan. Oleh kerana ini berhampiran dengan kawasan perumahan awam (PPR) Pekan Batu Jalan Ipoh. Kadang kala kesukaran dihadapi melintas kerana kenderaan yang banyak waktu pagi.

pasar-batu-lima-jalan-ipoh-1 pasar-batu-lima-jalan-ipoh-2 pasar-batu-lima-jalan-ipoh-4 pasar-batu-lima-jalan-ipoh-5

Dailog Bersama Penduduk di Dewan Masyarakat Kg Selayang Lama June 2, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aduan Rakyat, Aktiviti Ahli Parlimen, Aktiviti UPU, Cawangan PKR, Pakatan Rakyat, Parlimen Batu.
add a comment

perjumpaan-penduduk-selayang-lama-130/05/2009 – Penduduk Kg Selayang Lama telah diberi penerangan beberapa perkara mengenai isu DraF KL2020 yang mana Kg Selayang Lama juga tergolong dalam projek pembangunan dan pembinaan beberapa penempatan yang padat. Tian telah berpendirian tegas dimana pembangunan sesebuah kampung mestilah mengambil kiria kepentingan penduduk/peneroka. Dalam memorendum bantahan kepada DBKL sebelum tarikh tutup Draft KL2020, Tian ada mengutarakan cadangan untuk beberapa Kampung Wilayah Persekutuan/Parlimen Batu digazetkan sebagai Kampung Tradisi/Warisan.

Pihak berkuasa harus merancang bagaimana sesebuah kampung tradisi di angunkan dan mengindah kawasan persekitaran kampung tradisi bagi memikat pelancung asing ataupun tempatan. Ini juga menjana ekomomi setempat khususnya Penduduk Parlimen Batu yang berhampiran dengan kawasan Tiga Segi Emas Kuala Lumpur. (more…)

Kaunter Pasar Bandar Baru Sentul June 2, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aduan Rakyat, Aktiviti UPU, Cawangan PKR, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Pakatan Rakyat, Parlimen Batu, PKR Bahagian Batu.
add a comment

kaunter-pasar-bbs-2 kaunter-pasar-bbs-1Pejabat Parlimen Batu Diketua Oleh Ketua JDM Bandar Baru Sentul En Wan Shamsudin bersama beberapa Sukarelawan Pejabat Parlimen Batu telah membuka Kaunter Khidmat Bergerak Parlimen Batu pada 30/06/2009 bermula jam9 pagi hingga 12 tengahari.

Tujuan pembukaan kaunter bergerak bagi memudah segala aduan penduduk setempat mengadu dan mempromosikan Pendaftaran Keahlian Kebajikan Mesra Usia Emas serta lain lain. Sambutan amat menggalakkan walaupun terdapat rintangan pembukaan kaunter ini. Atas permintaan kaunter ‘One Stop Center’ dibuka di Hentian Teksi berhampiran tapak pasar taman tersebut.

Program Kaunter Bergerak Tambah Aktif June 1, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aduan Rakyat, Aktiviti Ahli Parlimen, Aktiviti UPU, Cawangan PKR, Pakatan Rakyat, Parlimen Batu, Parti Keadilan Rakyat, PKR Bahagian Batu, Rakyat.
add a comment

Kaunter-bergerak-parlimen-batu-1 Kaunter-bergerak-parlimen-batu-2 Kaunter Bergerak Parlimen Batu di bawah kelolaan Sdr Ramli Taha terus mendapat sambutan hangat setiap kali kunjungan di setiap UPU. Selain menerima aduan langsung dari warga Batu, pendaftaran Ahli Baru PKR turut mengisi slot di samping pendaftaran pengundi baru. Ahli Parlimen turut memberi sokongan moral dengan mengunjungi kaunter dan bertanya sendiri apa juga masalah yang dihadapi penduduk Batu. Pusat Khidmat ini juga amat mengalu-alukan penyertaan sukarelawan bagi membantu menjayakan Kaunter Bergerak di seluruh Batu.

Rungutan Peniaga Pasar Sentul June 1, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aduan Rakyat, Aktiviti Ahli Parlimen, Aktiviti UPU, Cawangan PKR, Isu Tempatan, Pakatan Rakyat, Parlimen Batu, Parti Keadilan Rakyat, PKR Bahagian Batu, Rakyat.
add a comment

Keluhan-peniaga-pasar-sentul-1 Keluhan-peniaga-pasar-sentul-2 Keluhan-peniaga-pasar-sentul-3 Keluhan-peniaga-pasar-sentul-4Dalam lawatan mengejut Ahli Parlimen ke Pasar Sentul, pelbagai keluhan dan rungutan para peniaga di situ turut mendapat perhatian. Antaranya, keadaan pasar yang rata-rata peniaga mengatakan perlunya pembersihan secara bergotong royong dilakukan. Aliran udara yang kurang selesa disebabkan langsung ketiadaan kipas juga menjadi rungutan utama.

Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Masjid Syadina Ali – Nota Bantahan Pembabitan UMNO May 31, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aduan Rakyat, Aktiviti Ahli Parlimen, Aktiviti UPU, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Isu Tempatan, Pakatan Rakyat, Parlimen Batu, Parti Keadilan Rakyat, PKR Bahagian Batu, Protes, Rakyat.
add a comment

Ahli PAS dan penyokong Pakatan Rakyat di kawasan Batu diminta tidak memberikan kerjasama kepada Penganjur Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Masjid Syadina Ali, Kg. Padang Balang selagi Ketua Umno Bahagian Batu, Dato’ Yahya Mat Ghani masih diizinkan mengambil bahagian berucap pada hari perasmian sambutan.

Sepucuk nota bantahan telah diserahkan kepada pengerusi masjid berkenaan, Haji Zainal Abidin Maas selepas solat Maghrib, 28 Mei lalu oleh Setiausaha PAS Kawasan Batu, Haji Ismail Yahya.

Menurut beliau ketika ditemui, PAS memandang serius ucapan Ketua Umno Bahagian Batu pada acara perasmian Jubli Perak, 7 Jun depan sebelum perasmian dilakukan oleh YB Dato’ Raja Nong Chik Raja Zainal, Menteri Wilayah Persekutuan.

Tegasnya, PAS menyifatkan slot tersebut sengaja diwujudkan dengan niat Umno mahu mengambil keuntungan politik mencari publisiti murahan dan mempolitikkan masjid pada program tersebut. (more…)

Jadual Program & Aktiviti Sepanjang Minggu May 29, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aduan Rakyat, Aktiviti Ahli Parlimen, Aktiviti UPU, Cawangan PKR, Isu Tempatan, Pakatan Rakyat, Parlimen Batu, Parti Keadilan Rakyat, PKR Bahagian Batu, Rakyat, sukarelawan.
add a comment

30 / 5 /2009 –  Pasar Bandar Baru Sentul – Wan Samsudin 012 – 965 7779

  • Pendaftaran Mesra Usia Emas
  • Pendaftaran Suruhanjaya Pilihanraya
  • Pendaftaran Keahlian PKR
  • 9 hingga 11 pagi

Melawat pesakit barah rahim kronik di Flet Sri Kelantan

30 / 5 / 2009 – Badio – 019 – 287 8543

  • Liputan wartawan ke Majlis Penerangan Mesra Usia Emas & Isu-Isu Semasa Bersama Ahli Parlimen Batu
  • 5 Petang hingga 7 petang
  • Serahan Cek kepada waris Ahli Mesra Usia Emas
  • Dewan Masyarakat Kg Selayang Lama

Penubuhan Badan NGO Tmn Dato Senu May 11, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aduan Rakyat, Aktiviti Ahli Parlimen, Aktiviti UPU, Cawangan PKR, Isu Tempatan, Pakatan Rakyat, Parlimen Batu, Rakyat.
5 comments

penubuhan ngo dato senu-1 penubuhan ngo dato senu-2 Kaunter Usia Mesra Emas Tmn Dato SenuPenduduk di Taman Dato Senu telah sepakat untuk menubuhkan Badan Kebajikan & Perpaduan Taman Dato Senu dengan tujuan menjaga hal-ehwal kebajikan seluruh penduduk taman. Mesyuarat penubuhan turut dihadiri Ahli Parlimen Batu berlangsung pada 9hb Mei lalu bertempat di Dewan Orang Ramai Taman Dato Senu. Selain itu itu, tidak ketinggalan Kaunter Pendaftaran Usia Mesra Emas Dan TAWAS turut dibuka.

Suara Keadilan terus dirampas; Pengedar persoal janji Najib April 19, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aduan Rakyat, Kezaliman, Polis DiRaja Malaysia, Protes.
add a comment

suarakeadilanonlineKEMENTERIAN Dalam Negeri hari ini dilaporkan merampas akhbar Suara Keadilan dan Harakah di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman.

Menurut seorang pengedar Suara Keadilan, Geogie Ganesan pihaknya telah menerima aduan daripada penjual mengenai rampasan yang telah berlaku di tiga buah kedai kawasan tersebut. (more…)

Agensi k’jaan S’gor biayai lawatan Khir ke Disney April 1, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aduan Rakyat, Badan Kehakiman, Kezaliman, Krisis, Pakatan Rakyat, Penyelewengan, Polis DiRaja Malaysia, Sidang Dewan Rakyat.
add a comment

khir toyo and disney land disneylandBEKAS Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan keluarganya serta pegawai kerajaan negeri yang lain, membelanjakan hampir RM1.6 juta untuk membiayai dua lawatan ke luar negara, termasuk lawatan ke Paris dan Orlando Disneyland.

Senarai perbelanjaan itu termasuk lawatan pada tahun 2004 ke Disneyland Paris dan persinggahan transit selama empat hari di Dubai.

Perkara ini didedahkan dalam siasatan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) hari ini.

Antara pendedahan mengenai lawatan keluar negeri itu, dalam tempoh antara 17 hingga 24 Disember 2004 ialah:

bullet button Turut menyertai lawatan tersebut ialah isteri Dr Mohd Khir – Datin Seri Zaharah Kechik dan tiga anak mereka serta seorang orang gaji.

bullet button Delegasi rasmi membelanja sejumlah RM416,000 bagi lawatan tersebut.

bullet button Kumpulan yang pergi mengendalikan urusan bagi lawatan tersebut membelanjakan RM366,000.

bullet button Persinggahan transit di Dubai membabitkan perbelanjaan RM10,000.

Suasana PRK DUN Bukit Selambau March 29, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aduan Rakyat, Aktiviti Ahli Parlimen, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Isu Nasional, Krisis, Pakatan Rakyat, Parti Keadilan Rakyat, Rakyat.
add a comment

penamaan-calon-prk-bukit-selambau12:20 TENGAH HARI: Senarai calon mengikut kedudukan dalam kertas undi, R. Loganathan (menggunakan simbol Kelapa Sawit), Tan Hock Huat (Kunci),Radzi Md Lazim (Kerusi), S. Manikumar (PKR), Mohd Fazil Abdul Wahab (Kepala Harimau), Abdul Rahim Abdul (Jam loceng), L.Sarala (Basikal),S. Ganesan (BN), A. Jayagopal (Payung), S. Moganakumar (Nuku), Khamis Awang (Ayam Jantan), Husaini Yaacob (Bas), M.Vaneson (Ikan), Anuar Abdul Hamid (Telefon) dan T. Chandrarajah (Kapal Terbang).

12 TENGAH HARI: Seramai 15 calon sah bertanding di DUN Bukit Selambau.

SPR menerima sembilan bantahan untuk semua pencalonan tetapi kesemuanya ditolak.

11:25 PAGI : Pengumuman bagi mengesahkan jumlah calon yang bertanding masih belum dilakukan. Hal ini dipercayai kerana SPR kini sedang menentukan simbol untuk calon-calon Bebas dan kedudukan kertas undi bagi semua calon yang bertanding.

(more…)

Khir Toyo akan digantung tugas sebagai Adun March 28, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aduan Rakyat, Badan Kehakiman, Penyelewengan, Rasuah, Video.
add a comment

siaran-pendengaran-awam-selcatBEKAS Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Mohd Khir Toyo akan digantung tugas sebagai Adun Sungai Panjang dan ditarik elaun kerana engkar arahan Dun untuk menghadiri sesi siasatan terbuka Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan Kebertanggungjawab dan Ketelusan (Selcat).

Pengerusi Selcat, Teng Chang Khim, berkata berhubung keengkaran Khir menghadiri sesi siasatan berkenaan Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat (Balkis), laporan polis akan dibuat melalui Setiausaha Dun. (more…)

Azmin, Khir Toyo, Balkis & Mickey Mouse March 26, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aduan Rakyat, Badan Kehakiman, Pakatan Rakyat, Parti Keadilan Rakyat, Polis DiRaja Malaysia, Rasuah, Video.
add a comment

Perhimpunan Bantah Pengharaman SK & Harakah – 25 Mac March 24, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aduan Rakyat, AMK Batu, Badan Kehakiman, ISA, Kezaliman, Krisis, Pakatan Rakyat, Parlimen Batu, Parti Keadilan Rakyat, PKR Bahagian Batu, Polis DiRaja Malaysia, Protes, Rakyat.
add a comment

Pimpinan KEADILAN dan PAS akan menghantar memorandum bantahan terhadap pengharaman Suara Keadilan dan Harakah kepada Suhakam pada jam 2 petang esok (25 Mac).

Delegasi tersebut akan diketuai oleh Ketua Penerangan KEADILAN Tian Chua, Ketua Angkatan Muda KEADILAN Shamsul Iskandar, Ketua Penerangan PAS Mahfuz Omar dan Ketua Pemuda PAS Salehuddin Ayub.