jump to navigation

October 21, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aduan Rakyat.
trackback

aduan copy

Penduduk di Parlimen Batu boleh menyalurkan aduan berkaitan masalah di tempat masing-masing ke Dewan Bandaraya Kuala Lumpur:

Pusat Khidmat ini akan cuba memanjangkannya ke pihak DBKL untuk diteliti.

Sila kemukankan senarai berikut dengan lengkap:

1). Nama Penuh

2). Nomber telefon untuk dihubungi ataupun e-mail

3). Lokasi aduan

4). Gambar-gambar berkaitan aduan (amat digalakkan)

Anda juga boleh terus ke lamanweb DBKL di sini.

Comments»

1. Zaharuddin Ayob - October 21, 2009

Saya adalah penduduk di PPR Batu Muda. Diharap agar YB Batu memohon kepada DBKL supaya membina pondok hentian bas di kawasan kami.

Terima kasih

Pejabat Parlimen Batu - October 30, 2009

Terimakasih Sdr melayari Blog kami, jawapan kpd perseolan tuan mengenai Bas Stop. Perkara ini pejabat Parlimen telah membawa kepada pihak DBKL Batu dan HQ.Namun jawapan yang diberikan negatif ia kerana tiada peruntukan untuk pembinaan dan kami dimaklumkan semua hentian bus buat masa ini telah diserahkan keapda sebauh syarikat kontraktar yang menaja (sponsor) kebanyakkan hentian bus di sekitar kuala Lumpur. Namun pihak YB tetap berusaha membantu penduduk PPR Batu.
Yb juga bersuara kepada DBKL semasa pertemuan membangkitkan kepincangan DBKL untuk merancang pembagnunan di sesebuah kawasan komuniti seperti PPR Bt Muda yang mempunyai kepadatan penduduk tapi Sebuah Hentian Bus untuk penduduk tidak disediakan.
Yb berharap Penduduk dapat bersamanya untuk menuntut ‘Sebauh Hentian Bus’ bagi keselesaan warga emas dan anak-anak untuk kesekolah.

2. Zaharuddin Ayob - October 21, 2009

Kawan saya yang tinggal di Flet Sri Perak, Bandar Baru Sentul sering merungut mengenai kesesakan di pasar Bandar Baru Sentul.

Mereka semua tertanya-tanya bilakah pasar yang serba moden dan kelihatan gah di persimpangan Masjid Bandar Baru Sentul akan mula beroperasi?

Jawab - October 22, 2009

Banyak pihak terutama penduduk sekitar Bandar Baru Sentul dan Taman Dato’ Senu bertanyakan soalan seperti Saudara.

Berikut adalah pertanyaan dari salah seorang aktivis masyarakat dari Taman Dato Senu kepada Menteri Wilayah Persekutuan.

Cheong Cheemun

pls ask DBKL when wil d MARKET COMPLEX ever going to be commissioned in BANDAR BARU SENTUL/SENTUL PERDANA diagonally across from the masjid. it has been rotting 4 a while now.

Ini pula adalah jawapan balas dari Dato’ Nong Chik:

Cheong Cheemun, untuk makluman anda, Projek Pusat Komersil Bandar Baru Sentul telah siap dan diserahkan kepada DBKL pada 2 Julai 2009. Penjaja dijangka akan mula beroperasi di Kompleks ini pada September 2009.

cheong cheemun - January 4, 2010

sent a reminder to d minister; was it supposed 2b 2010!?

3. Kariah Surau - October 22, 2009

Kami, penduduk di Taman Seri Murni amat berterima kasih kepada Pusat Khidmat Tuan dan DBKL kerana menunaikan permintaan penduduk agar bonggol disediakan di sekitar taman kami.

Alhamdulillah! setelah wujudnya bonggol tersebut, kebimbangan terhadap kemalangan terutama kepada kanak-kanak di taman Seri Murni dan warga tua yang hendak ke surau setakat ini telah lenyap 100%.

Syabas sekali lagi kepada Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Batu dan DBKL.

4. Hassan Karim - October 28, 2009

Pasar malam setiap jumaat di bandar baru sentul benar-benar menyusahkan penduduk di pangsapuri mawar dan melur.

Harap Pejabat Ahli Parlimen Batu dapat panjangkan perkara ini kepada DBKL untuk selesaikan.

Aduan saya melalui e-aduan seolah-olah mencurah air di daun keladi.

Penduduk Sentul percaya kebanyakan mereka tidak salah semasa memangkah kertas undi pada pilihanraya umum lalu.

5. Zainal Yasin - October 28, 2009

Bagaimana cara nak hantar gambar-gambar berkaitan aduan?

6. kawan-era - January 4, 2010

Apa dah jadik dengan blog nie? Hangat-hangat tahi ayam. Masa mula2 bukan main asyik keluar cerita makan, lawat org mati, kebakaran.

Kenapa tak pernah ada satu soalan/pertanyaan YB Tian diParlimen? Apakah jawapan diberikan di Parlimen? Bila pergi pejabat atau telefon, jawapan popular adalah ‘YB ADA DI PARLIMEN’. Malangnya sejak hari pertama memang di Batu hingga saat ini, tak pernah nampak walau satu soalan di Parlimen.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: