jump to navigation

Ucapan Takziah YB Tian Kepada Keluarga Yang Telah Pergi September 14, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Pakatan Rakyat.
trackback

27082009(005)Khamis 27 Ogos bersamaan 6 Ramadhan 1430, Ketika umat Islam berpuasa hari ke  6. Pejabat Parlimen Batu menerima panggilan mengenai kseorang warga emas dan juga anak kelahiran Selangor telah kembali Ramatullah lewat malam Rabu di Sentul Utama. Jesteru 27082009(007)dimaklumkan kepada pejabat Parlimen Batu mengenai Allahyarham telah mendaftar menjadi ahli MUE. Yb. Tian telah sanggup turun padang bergegas ke Tanah Perkeburan Tmn Batu Muda untuk membuat bayaran pertama kepada pewaris untuk mengurangkan bebanan keluarga bagi pengurusan jenazah emak kepada pewaris.

P8290080Sabtu 29 Ogos bersamaan 8 Ramadhan. Dalam kesibukan jadual menziarah dan memberi sumbangan barangan keperluan dapur sempena bulan Ramadhan kepada Masjid dan Surau kawasan Parlimen Batu. Yb. Tian Chua menerima panggilan mengenai seorang anak muda telah meninggal dunia kerana kemalangan jalanraya di L/raya Seremban-KL berhampiran Plaza tol Bangi dalam perjalanan pulang ke Tmn Koperasi Polis Fasa 2 untuk bersama keluarga berbuka puasa.

Ketika berada Masjid Pdg. Balang, Yb Tian telah bergegas ke Tanah Perkuburan bagi mengucapkan Takziah kepada Ibu bapa . Ramai rakan-rakan sekolah&Kolej Allayarham menziarah mengakibatkan kesesakan di kawasan tanah perkuburan tersebut.Sejerus berjumpa keluarga dan bersalaman. Ahli Parlimen Batu meneruskan misi sumbangan dan lawatan Masjid/Surau kawasan Parlimen Batu.

P8300170Ahad 30 Ogos 2009 bersamaan 9 Ramadhan. Program Ahli Parlimen Batu telah bermula seawal pagi dengan agenda yang padat bermula mengagihkan Bendera Malaysia kepada  pengunjung Pasar Sentul.Ketika agihan dibuat sekali lagi Talipon Yang Berhormat menerima panggilan dari  Ahli yang tinggal di Kg. Padang Balang dimana seorang penduduk telah kembali Keramahtullah awal subuh. Allahyarham yang berumur dalam 40an meninggal dunia disebabkan penyakit ketumbuhan yang dihadapinya hampir 3 tahun dan menghembus nafas terakhir disisi Isteri dan 3 orang anak lelaki. Yang sulung baru berusia 11 tahun dan yang bongsu berumur 5 tahun. Yb Tian Chua meluangkan masa hampir setengah jam bersama-sama penduduk dan sanak saudara Allahyarham di Masjid Kg. Padang P8300169Balang. Sebelum berangkat meneruskan agenda, beliau telah menemui  Isteri Allayarham serta anak-anak bagi mengucapkan Takziah keatas pemergian Allahyarham.

Kepada Pengunjung Blok Keadilan Batu, mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatiha kepada Allahyarham dan Allahyarhamah yang telah Kembali Ke Rahmatullah didalam Bulan Ramadhan Al Mubarak 1430 hijrah supaya mereka ini tempatkan dalam golongan orang Mukmin dan Soleh dan diampunkan dosa-dosanya. Amin

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: