jump to navigation

25/8-Pagi Di Prmtng Pasir Berbuka Puasa Di Kg. Pdng Balang September 12, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Pakatan Rakyat.
add a comment

P8250066Selasa 25 Ogos, Ahli Parlimen Batu penuhi jemputan penduduk Kampung Padang Balang untuk bersama-sama masyarakat Islam untuk majlis berbuka Puasa dimana umat Islam berpuasa hari yang ketiga (3). Sebagai Ahli Parlimen yang berkhidmat dan dipilih oleh rakyat penduduk kawasan Parlimen Batu. Walaupun di jemput di saat akhir kerana penduduk memahami tugas Yb. yang sedang berkempen di Pilihanraya Permatang Pasir Pulau Pinang.

P8250067Yb. Tian Chua tidak menghampakan penduduk untuk hadir bersama berbuka puasa bersama. Semasa jemputan diterima di dalam jam 1 tengahari. Waktu itu beliau sibuk bertugas dikawasan pengundi Cina di Prmtng Pasir. Dalam kesibukan sebagai memikul tugasan penting dalam Parti. Namun atas jemputan beliau terpaksa meninggalkan Prmtng Pasir dan kembali ke Kuala Lumpur dalam jam 330 pm untuk bersama pengundi beliau. Di dalam perjalan pulang beliau dan Timbalan Ketua cabang berkomunikasi untuk mengetahui kedudukan beliau berada dimana.

P8250070Dalam jam 720 petang, Kereta yang di pandu oleh en Khairul(panjang) selamat tiba di perkarangan Masjid Kg. Pdng Balang dan disambut mesra oleh masyarakat yang terkejut kehadiran beliau. Ada sesetengah penduduk berjumpa dan bertanya terus keadaan apa yang berlaku di kawasan pilihanraya kecil Adun Permatang Pasir. Dengan senyum berkata Kemenangan berada di ‘Pakatan Rakyat’. Selesai majlis berbuka dan hadirin tetamu menunaikan solat Maghrib. Ahli Parlimen beredar untuk ke majlis di Bandar Baru Sentul.

23/8-Program Keagamaan Di Kepong Dan Hadir Pembakaran Mayat Mangsa Mati Tahanan Lokap September 12, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Pakatan Rakyat.
add a comment

P8230052 P8230063 P8230085

P8230078Sabtu 23/8- Yb Tian Chua Ahli Parlimen Batu menghadiri upacara keagamaan di sebuah Tokong Cina yang terletak Jinjang bersempadanan Kepong& Segambut yang berada Kawasan Parlimen Batu. Sambutan yang meriah meraikan Ahli Parlimen Batu disambut dengan Tarian Naga disamping diringi Pengerusi Program tersebut. Walaupun Yb. Batu baru sahaja pulang dari Prmtng Pasir berkempen, namum keletihan tidak dirasai dengan sambutan orang ramai yang hadir,P8230079

Di akhir majlis, satu acara melepaskan belon keudara berlansung sebagai penutup majlis dan penghormatan kepada semua tetamu yang hadir.  Sebelum meninggalkan majlis tersebut Ahli Parlimen Batu dan bersama-sama tetamu jemputan menjamu selera

P8230098 Selesai acara di Kepong, Yb menghadiri majlis pembakaran mayat seorang tahanan yang mati di sebuah balai Polis sekitar Kuala Lumpur. Yb. Tian Chua ditemani beberapa AJK Cabang Batu dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) bersama-sama memberi penghormatan terakhir dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa mendiang.

Sejerus selesai pembakaran,Ahli Parlimen berangkat mengadakan beberapa perjumpaan di Ibu Pejabat Parti sebelum meneruskan program jemputan di kawasan Parlimen Batu di sebelah petang dan menghadiri Ceramah di Tanjung Malim. Selesai Ceramah/Perjumpaan di Tanjung Malim, beliau akan kembali semula ke Prmtng Pasir untuk meneruskan Kempen dan Ceramah P/raya kecil buat hari terakhir sebelum jam 12 malam 24/8 supaya Kerusi Adun dapat di pertahankan oleh Pas.