jump to navigation

26/06 Jumaat, ‘TIADA ISTILAH PENEROKA BANDAR’Untuk Kg Padang Balang Sentul Kuala Lumpur. June 30, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Pakatan Rakyat.
trackback

P6260049 P6260055 P6260064

Jam 2 Petang Selesai solat Jumaat di Masjid Saidina Ali Kampung Padang Balang. Ahli Parlimen Batu Yb. Tian mendapat pelawaan dari Pengerusi Masjid untuk bersama-sama dalam sidang Akbar. Sidang akbar tersebut adalah menyambut kenyataan balas yang dibuat oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur yang disiarkan di keratan akhbar tempatan bertarikh 11 Jun 2009 semasa pelancaran pembukaan sebuah pusat di kawasan Lembah Klang.Di dalam kenyataan akhbar tersebut Datuk Bandar telah menyatakan ‘Tiada Istilah Peneroka’ diwartakan oleh Kerajaan kepada penduduk Kampung Padang Balang.

Perkara ini mendapat perhatian khususnya penduduk Asal Generasi ke Empat(4) yang mewarisi dari nenek-moyang mereka. Dalam sidang akhbar tersebut,Pengerusi Masjid Kg. dan juga ahli badan bertindak telah bertindak balas dengan kenyataan Datuk Bandar Kuala Lumpur dengan menyatakan ‘JIKA TIADA PENEROKA TIADA KAMPUNG PADANG BALANG MAHUPUN NAMANYA’. Kampung Padang Balang telah wujud sebelum adanya Kerajaan Perseketuan Wilayah Perseketuan yang ditubuhkan pada  1 Feb 1974 mahupun Merdeka 1957.P6240021

Mengikut pewaris Generasi keEmpat penduduk Kampung. Kampung tesebut telah wujud pada tahun 1840 oleh nenek moyang yang MENEROKA hutan belantara untuk dijadikan penempatan kediaman. Masih terdapat peninggalan ‘WARISAN’ yang masih kekal seperti tiang Seri Masjid Jamek (Masjid Lama) yang terletak 1.5 Km dari Masjid Saidina Ali dan juga sebuah rumah kediaman ‘Warisan’ yang mengekal KeMalayuan  diKg Padang Balang. Oleh itu,pewaris penduduk Kg Padang Balang memohon Datuk Bandar Kuala Lumpur menarik balik kenyataan beliau.

Ahli Parlimen Batu Yb. Tian Chua memandang serius hal ini kerana Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur  telah menidakkan HAK penduduk Kampung Melayu Padang Balang yang diteroka sebelum adanya Kuala Lumpur. Yb. Tian Chua akan membawa perkara ini kepada Parlimen dan juga bila pertemuan dengan Datuk Bandar dan Menteri Wilayah pada sessi yang akan datang.

P6260063 P6260038 P6260061

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: