jump to navigation

Bantuan Keluarga Daif June 12, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Pakatan Rakyat.
trackback

P4300011Pejabat Parlimen Batu telah dimaklumkan sebuah rumah dihuni sekeluarga Cina yang tinggal lebih 20 tahun perlukan bantuan segera. Dengan maklumat tersebut Skuad Tinjau Parlimen Batu diketuai Ahli Jawatan Kuasa Bahagian Syeikh Ahmad dan beberapa sukarelawan  bersama dalam lawatan ini.

Kediaman ini terletak di Lot 288B-B Jalan Sentul 51000 KL dihuni oleh wanita usia emas berusia 60 tahun Low Kim Hong (kurang sihat) bersama anak saudara lelaki berusia 43 tahun Low Chin Chui (mengidap Asma/lelah) yang berkerja secara gaji hari dan tidak tetap pendapatan bersama anak lelaki beliau berumur 17 tahun dan seorang anak perempuan 15 tahun. Kedua-dua anak kepada bapa tunggal ini tidak bersekolah kerana faktor kewangan dan kesihatan.

Dari tinjauan kediaman, rumah tersebut dalam keadaan uzur dimana terdapat kayu-kayu siling rumah tersebut telah dimakai anai-anai dan atap zink juga agak telah reput/karat. Jika hujan turun dengan lebatnya, air hujan akan memasuki rumah. Bekas-bekas baldi akan di letak dikawasan yang bocor.

Atas usaha seorang aktivis masyarakat sdr Hassan telah mendapat sumbangan zink dari kontraktor.Namun tidak mencukupi. Kepada sesiapa atau dermawan (perseorangan/koporat) yang ini menghulurkan bantuan kepada keluarga ini amat dialu-alukan.

Sebarang maklumat boleh hubungi Sdr Nagu 016-618 0122,Sdr Hassan Haroonn 014-330 8383,Sdr Danny 013-2096 862 atau Pejabat Parlimen Batu.

P4300003 P4300004 P4300007

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: