jump to navigation

3/6/2009 – Pasar Bt 5 Jalan Ipoh June 4, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aduan Rakyat, Aktiviti Ahli Parlimen, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Isu Tempatan, Pakatan Rakyat, Parlimen Batu, PKR Bahagian Batu.
trackback

pasar-batu-lima-jalan-ipoh-3Kunjungan Ahli Parlimen Batu bagi mendengar sendiri masalah penduduk dan peniaga. Dalam Lawatan tersebut orang ramai menyambut baik kehadiran Tian kerana sebelum ini jarang Ahli Parlimen membuat kunjungan ke Pasar Jalan Ipoh.

Seperti kebiasaan apabila Ahli Parlimen membuat kunjungan terdapat keluhan dan rungutan yang dibangkitkan di kawasan persekitaran. Ada beberapa Isu setempat yang diutarakan antaranya:

  • 1) Kesukaran kawasan meletak kereta dan Tian menerangkan oleh kerana kawasan Pasar Jalan Ipoh wujud telah lama dan semasa pembangunan dijalankan Pihak Berkuasa Tempatan tiada merancangan khususnya apabila Pasar kini dikelilingi oleh pembangunan.
  • 2) Ini termasuk sistem Perancagan Saliran Peparitan/Longkang yang lemah. Bahkan perancangan seperti mengambil tindakan ‘Janji Ada’. Longkang dibesarkan/di upgrade besar dari hulu (menuruni lurah) sampai ke pintu pasar dan selepas itu ia mengalir ke saluran longkang yang kecil. Ini menyebabkan apabila hujan lebat arus air yang menuruni dengan banyak akan tersekat/melimpah keluar ke jalanraya berhadapan pasar. Ini kadang kala menyebabkan banjir kilat kerana air memasuki ke dalam kedai-kedai berhampiran. Para peniaga juga terasa takut tiap kali hujan kerana mereka akan mengemas barangan perniagaan mereka bagi mengelak terkena air disebabkan banjir kilat.
  • 3) Rungutan juga diterima masaalah lalu lintas untuk menyeberangi jalan. Oleh kerana ini berhampiran dengan kawasan perumahan awam (PPR) Pekan Batu Jalan Ipoh. Kadang kala kesukaran dihadapi melintas kerana kenderaan yang banyak waktu pagi.

pasar-batu-lima-jalan-ipoh-1 pasar-batu-lima-jalan-ipoh-2 pasar-batu-lima-jalan-ipoh-4 pasar-batu-lima-jalan-ipoh-5

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: