jump to navigation

Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Masjid Syadina Ali – Nota Bantahan Pembabitan UMNO May 31, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aduan Rakyat, Aktiviti Ahli Parlimen, Aktiviti UPU, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Isu Tempatan, Pakatan Rakyat, Parlimen Batu, Parti Keadilan Rakyat, PKR Bahagian Batu, Protes, Rakyat.
trackback

Ahli PAS dan penyokong Pakatan Rakyat di kawasan Batu diminta tidak memberikan kerjasama kepada Penganjur Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Masjid Syadina Ali, Kg. Padang Balang selagi Ketua Umno Bahagian Batu, Dato’ Yahya Mat Ghani masih diizinkan mengambil bahagian berucap pada hari perasmian sambutan.

Sepucuk nota bantahan telah diserahkan kepada pengerusi masjid berkenaan, Haji Zainal Abidin Maas selepas solat Maghrib, 28 Mei lalu oleh Setiausaha PAS Kawasan Batu, Haji Ismail Yahya.

Menurut beliau ketika ditemui, PAS memandang serius ucapan Ketua Umno Bahagian Batu pada acara perasmian Jubli Perak, 7 Jun depan sebelum perasmian dilakukan oleh YB Dato’ Raja Nong Chik Raja Zainal, Menteri Wilayah Persekutuan.

Tegasnya, PAS menyifatkan slot tersebut sengaja diwujudkan dengan niat Umno mahu mengambil keuntungan politik mencari publisiti murahan dan mempolitikkan masjid pada program tersebut.

“Ada cadangan nak pakai baju Umno. Nak kerah kaum ibu Umno. Tetapi yang jelas, ucapan Ketua Umno Bahagian Batu itu sudah dicetak pada tentatif. Kenapa dia nak berucap? Ini program masjid,” tegas beliau.

Secara objektifnya, ujar Ismail, masjid mesti bebas dari sebarang acara politik kepartian dan ini sudah diterima oleh seluruh ahli kariyah dan PAS akur dengan pernyataan itu dan tidak mahu ada kumpulan parti politik mengambil kesempatan atas apa jua alasan untuk berbuat demikian.

Pada nota bantahan itu, PAS memohon budi bicara pihak penganjur untuk membuang slot Ucapan Ketua Umno Bahagian Batu itu pada acara tersebut. Ini kerana ucapan itu semata-mata mewakili Umno Bahagian Batu dan bukan atas sebarang kapasiti lain yang mewakili rakyat teramai.

Bagaimanapun, tegasnya, PAS boleh menerima perasmian dilakukan oleh menteri sekalipun beliau adalah Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan kerana kehadirannya atas kapasiti menteri kabinet, sama seperti ucapan Ahli Parlimen Batu, YB Tian Chua yang bukan bertindak sebagai Ketua KeADILan Bahagian tetapi atas kapasiti sebagai wakil rakyat Parlimen Batu.

“Mengapa Ucapan Ketua Umno Bahagian itu diselitkan di tengah-tengah acara yang tiada kaitan langsung dengan politik kepartaian Umno apatah program ini merayakan Jubli Perak 25 Tahun Masjid Syaidna Ali K.W yang sepatutnya penganjur prihatin dengan sensitiviti ahli kariyah,” katanya.

PAS katanya, cukup faham dengan permainan licik pemimpin Umno itu.

Justeru, kiranya pihak penganjur gagal membatalkan slot Ucapan Ketua Umno Bahagian Batu itu, maka PAS Kawasan secara automatik mengarahkan seluruh ahli dan penyokong PAS yang menjadi AJK Masjid, petugas dan ahli kariyah agar tidak memberikan komitmen kepada majlis tersebut sebagai protes terbuka terhadap pembabitan Ketua Umno Bahagian Batu yang secara jelas menjadikan masjid sebagai gelanggang politik.

Yang Dipertuanya, Haji Ishak Surin ketika dihubungi menjelaskan, PAS tidak menentang program tersebut tetapi mahu pembabitan Ketua Umno Bahagian Batu itu ditiadakan. Malah, ujarnya, PAS menyokong penuh usaha yang dijalan oleh pihak masjid berkenaan dan akan mengerahkan seluruh ahlinya merayakan sambutan itu.

Bagi Naib Yang Dipertuanya pula, Tarmizi Mohd Jam, pihak pengajur sepatutnya bertegas dengan taktik pemimpin Umno untuk menyerap masuk ke institusi masyarakat setelah parti itu ditolak oleh rakyat. Mereka cuba mencari publisiti semula.

Katanya, mereka akan mencari jalan untuk menjadi “hero” dalam isu-isu rakyat. Sebab itu, slot ucapan yang hanya 10 minit disediakan itu, cukup bermakna kepada Dato’ Yahya Mat Ghani kerana kemunculannya akan meletakkan Umno seolah-olah pejuang kepada nasib rakyat.

Walaupun sambutan Jubli Perak masjid itu hanya diumpamakan sebagai kulit pisang dan isinya ialah bantahan Draf KL 2020 tetapi, pengajur seharusnya faham bahawa dalang kepada Draf KL 2020 itu ialah Umno yang mahu mengambil kesempatan dari ursuniaga tanah-tanah rezab Melayu di sekitar Sentul termasuk Kg. Padang Balang untuk membukitkan kekayaan mereka.

“PAS Batu tidak menentang usaha murni Jubli Perak dan bantahan Draf KL 2020. Cuma yang kita minta, jangan babitkan Umno secara kepartian. Tapi kalau Dato Yahya itu bercakap atas nama mana-mana Pengerusi NGO, kita tidak bantah. Tapi kalau berucap atas nama Ketua Umno Bahagian Batu, itu salah bagi kami dan ia mesti disanggah,” tegasnya ketika dihubungi.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: