jump to navigation

Penguasaan PKR di Bukit Selambau meningkat April 7, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Dato' Seri Anwar Ibrahim, Isu Nasional, Krisis, Pakatan Rakyat, Parti Keadilan Rakyat.
trackback

azmin-ali-dan-calon-pkr-bukit-selambau-rai-kemenanganPARTI Keadilan Rakyat (PKR) mengekalkan pengusaan mereka di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau apabila calonya, S. Manikumar memenangi pilihan raya kecil kawasan itu dengan memperoleh 12,632 undi.

Beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk S. Ganesan yang memperoleh 10,229 undi dan 13 calon Bebas yang lain dengan majoriti 2,403 undi.

Keputusan tersebut diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil DUN Bukit Selambau, Datuk Abdullah Mat Akhir di Dewan Sekolah Menengah Teknik 1 kira-kira pukul 10.50 malam ini.

Kerusi itu pernah dimenangi oleh calon Bebas V. Arumugam setelah mengalahkan calon BN S.Krishnan dengan majoriti 2,362 pada pilihan raya lepas, sebelum beliau menyertai PKR.

Kawasan DUN Bukit Selambau mempunyai 35,140 pengundi berdaftar termasuk 15 pengundi pos dan 70 peratus daripada jumlah itu mengundi hari ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan setelah Arumugam melepaskan jawatannya pada 8 Februari lepas.

Beliau turut mengumumkan bahawa kesemua 13 calon Bebas yang bertanding hilang wang pertaruhan.

Berikut jumlah undi yang diperolehi oleh 13 calon Bebas di DUN Bukit Selambau:

1. R Loganathan (kelapa sawit) – 31

2. Tan Hock Huat (kunci) – 78

3. Radzi Md Lazim (kerusi) – 25

4. Mohd Fazil Wahab (kepala harimau – 83

5. Abdul Rahim Abu (jam loceng) – 60

6. L Sarala (basikal) – 49

7. A Jayagopal (payung) – 35

8. S Moganakumar (buku) – 46

9. Khamis Awang (ayam jantan) – 29

10. Husaini Yaacob (bas) – 257

11.M Vaneson (ikan) – 32

12. Mej (B) Anuar Abd Hamid (telefon) – 528

13. T Chandrarajan (kapal terbang) – 73

Sementara itu, Manikumar ketika ditemui selepas diumumkan kemenangannya mengucapkan terima kasih kepada pengundi di Bukit Selambau yang mengundinya serta jentera Pakatan Rakyat.

“Saya berterima kasih kerana pengundi memilih saya untuk memimpin mereka di masa hadapan dan saya berterima kasih kepada pemimpin-pemimpin Pakatan yang memutuskan kita perlu menang dalam pilihan raya ini bagi mempertahankan kerusi ini.

“Hari ini ia telah menjadi realiti dan kita akan berjuang dengan lebih tinggi selepas ini untuk menuju ke satu tahap yang teratas,” katanya.

Dalam pada itu Naib Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan pilihan raya di Bukit Selambau dan Bukit Gantang adalah referandum rakyat terhadap peralihan kuasa yang berlaku dalam kerajaan baru-baru ini.

“Walaupun Datuk Seri Najib memperkecilkan isu referandum rakyat di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, tetapi hari ini terbukti bahawa rakyat Kedah dan Perak memberikan mesej yang jelas bahawa mereka tidak langsung yakin dengan kepimpinan baru Umno, BN dan kerajaan.

“Perdana Menteri baru mempunyai tugas yang besar untuk terus meyakinkan rakyat bahawa beliau benar-benar akan melakukan tranformasi dalam kerajaan,” katanya.

pkr-kekalkan-kuasai-bukit-selambau

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: