jump to navigation

Najib bakal berdepan undi tidak percaya April 3, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Anti-ISA, Badan Kehakiman, Kezaliman, Krisis, Pakatan Rakyat, Penyelewengan, Polis DiRaja Malaysia, Protes.
trackback

pakatan-rakyatnajib1-pm-malaysia-ke-6

DATO’ Seri Najib Razak yang diwarwarkan bakal dinobatkan sebagai Perdana Menteri ke 6 hari Jumaat ini berkemungkinan akan berdepan dengan undi tidak percaya di Dewan Rakyat ekoran dakwaan beliau mempunyai kaitan dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu – yang menjadi bahan berita media asing akhir-akhir ini.

Beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat telah menyuarakan hal tersebut jika usaha untuk menangguhkan pelantikan Datuk Seri Najib Abdul Razak sebagai perdana menteri tidak berjaya. Walau bagaimanapun kesemua 81 ahli parlimen Pakatan Rakyat telah menyerahkan satu petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong, memohon perkenan baginda agar menangguhkan perlantikan Najib. Petisyen itu, yang diserahkan kepada Istana Negara semalam, ditandatangani oleh penasihat PKR Datuk Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ketua parlimen DAP Lim Kit Siang.

Ahli-ahli pembangkang menyatakan pelantikan tersebut – yang dijadual 10 pagi esok – haruslah ditunda sehingga satu suruhanjaya bebas dibentuk untuk membersihkan Najib daripada segala tuduhan salah laku. Mereka juga berkata Najib wajarlah disiasat berhubung dakwaan beliau mempunyai kaitan dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu – yang menjadi bahan berita media asing akhir-akhir ini.

Isu komisyen pembelian kapal selam pertama negara Scorpene yang dikaitkan dengan Najib, waktu itu menteri pertahanan, dan wanita Mongolia berkenaan. Bakal perdana menteri sering menafikan pembabitannya, malah menyatakan beliau tidak pernah mengenai wanita itu. Najib dilihat tidak layak untuk memegang jawatan Perdana Menteri ekoran terlalu banyak perkara yang menimbulkan kesangsian rakyat seperti isu Altantuya, isu krisis politik Perak dimana beliau menjadi dalang terhadap rampasan kuasa kerajaan Pakatan Rakyat dan isu kelulusan lesen judi yang dilakukannya sewaktu mengambil-alih jawatan menteri kewangan.

Usul undi tidak percaya akan dikemukakan sepanjang tempoh dewan bersidang sehinggalah speaker akur terhadap tuntutan tersebut, jika tidak dengan speaker sendiri akan menerima usul tidak percaya dari ahli-ahli dewan rakyat,” kata seorang ahli parlimen Pakatan Rakyat. “Kita tidak akan membiarkan negara menjadi bahan cemuhan pemimpin luarnegara kerana berperdana menterikan seseorang yang begitu bermasalah seperti Najib,” tambahnya.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: