jump to navigation

Suasana PRK Parlimen Bukit Gantang March 29, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Dato' Seri Anwar Ibrahim, Isu Nasional, Krisis, Pakatan Rakyat, Parti Keadilan Rakyat, Protes, Rakyat, Rally.
trackback

11.25 PAGI : SPR sahkan Nizar Jamaluddin (PAS), Ismail Saffian (BN) dan Kamarul Ramizu (Bebas) calon kerusi Parlimen Bukit Gantang.

11.05 PAGI : Sesi bantahan penamaan calon berakhir, status calon dijangka akan diumum dalam masa setengah jam.

10.50 PAGI : Sekumpulan penyokong di percayai daripada BN membaling botol kearah kereta Pengerusi DAP, Karpal Singh ketika tiba Dewan Majlis Perbandaran Taiping.

10.05 PAGI : Pegawai pengurus pilihan raya umumkan sesi penamaan calon ditutup pada pukul 10 pagi, kini dibuka untuk sesi bantahan.

9.45 PAGI : Polis dan pemimpin Pakatan Rakyat terpaksa menenangkan penyokong-penyokong Pakatan yang bersorak dan berteriak. Kumpulan ini berada berhampiran dengan pondok khas tetamu BN yang berada dalam kawasan dewan penamaan calon, wujud sedikit ketegangan.

9.43 PAGI : Ketua Pemuda Umno yang baru, Khairy Jamaluddin bersalam dengan penyokong PAS disambut dengan sorakan.

9.35 PAGI : Calon bebas, Kamarul Ramizu masuk ke dalam dewan bagi menyerahkan borang penamaan calon.

9.30 PAGI : Jumlah orang ramai yang berhimpun di sekitar pusat penamaan calon hampir 20,000.

9.20 PAGI : Seorang calon bebas, Kamarul Ramizu Idris tiba di kawasan dewan penamaan calon.

9.15 PAGI : Bekas MB Perak Nizar Jamaluddin dan calon BN Ismail Safian sudah serah borang penamaan calon.

9.10 PAGI : Calon BN, Ismail Safian tiba dengan diiringi oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

9.05 PAGI : Datuk Seri Mohamad Nizar masuk menyerahkan borang penamaan calon.

9 PAGI : Proses penamaan calon bermula.

8.45 PAGI : Calon PAS, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin tiba.

8.30 PAGI : Hampir 12,000 orang sudah mula berhimpun melibatkan kedua-dua BN dan Pakatan Rakyat.

Kelihatan lebih ramai penyokong Pakatan.

8 PAGI : Pemimpin kanan BN dan Pakatan mula berhimpun termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dipilih Timbalan Presiden Umno Khamis lalu.

7.50 PAGI : Pasukan FRU dikerah untuk mengelak suasana tegang dan kumpulan penyokong Pakatan Rakyat diarah beralih sejauh 100 meter dari kawasan himpunan BN.

7.40 PAGI : Suasana tegang mulai dirasai dengan penyokong-penyokong mula ‘bersemuka’ dalam jarak tidak sampai 10 meter.

7.30 PAGI : Ribuan penyokong mula berkumpul di kawasan sekitar Wisma Perbandaran Taiping.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: