jump to navigation

Kita akan teruskan walaupun tanpa permit – Tian March 24, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aktiviti Ahli Parlimen, Anti-ISA, Badan Kehakiman, Dato' Seri Anwar Ibrahim, ISA, Kezaliman, Krisis, Pakatan Rakyat, Parlimen Batu, Parti Keadilan Rakyat, Penyelewengan, PKR Bahagian Batu, Polis DiRaja Malaysia, Protes, Rakyat.
trackback

PKR dan PAS akan menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) jam 2 petang esok.

Selain Tian, ketua penerangan PAS Mahfuz Omar bersama ketua pemuda masing-masing akan menyertai perhimpunan di kaki bangunan suruhanjaya itu di Menara Tun Razak, Kuala Lumpur.

tian-chua-bantah-kdn gantung permit suara keadilan“Kita tidak nampak tindakan yang lebih keras daripada menggantung kita.” “Kita akan teruskan walaupun tanpa permit,” kata Ketua Penerangan PKR, Tian Chua.

Suara Keadilan akan terus menemui pembaca walaupun Kementerian Dalam Negeri menggantung permitnya serta-merta semalam selama tiga bulan.

Ditanya sebab KDN bertindak sedemikian terhadap akhbar parti itu dan organ PAS Harakah serentak dan secara mengejut, beliau berkata:

“Saya tidak boleh pastikan alasan  yang munasabah.

“Tetapi dalam konteks sekarang, ada pemilihan Umno, pilihanraya kecil, peralihan kuasa (perdana menteri kepada Datuk Seri Najib Razak), pihak berkuasa cuba menutup ruang penyebaran maklumat.”

Tian berkata tindakan kerajaan terhadap dua akhbar pembangkang berpengaruh ini “hanya permulaan” untuk kawalan yang ketat terhadap media.

Misalnya, katanya lagi, beberapa pengguna Internet dihadapkan ke mahkamah baru-baru ini atas dakwaan menghina Sultan Perak.

Tambahnya, tindakan PKR seterusnya akan diputuskan selepas ini.

Sementara itu PAS belum lagi memutuskan tindakan lanjut berhubung penggantungan tersebut.

Ahli lembaga pengarah Harakah dijangka mengadakan satu mesyuarat pada Khamis ini bagi membincangkan isu tersebut, kata pengerusi akhbar itu Datuk Mustafa Ali.

Diminta mengulas senario politik yang mendorong penggantungan tersebut, beliau tidak dapat menjelaskan sebab-sebab tindakan mendadak KDN itu.

“Saya harap kawan-kawan ahli parlimen (PAS) jumpa menteri (dalam negeri), bertanyakan apa sebenarnya yang berlaku,” katanya kepada Malaysiakini.

Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini dilaporkan berkata KDN tidak senang dengan laporan yang dimainkan oleh kedua-dua akhbar itu yang didakwa “salah, sensasi dan sensitif.”

Tambahnya, kementerian bertegas dengan berita-berita yang mengelirukan dan menyemarakkan kemarahan orang ramai.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a comment