jump to navigation

Semangat Rakyat Takkan Dapat Digugat! – Anwaribrahimblog March 23, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Parti Keadilan Rakyat.
add a comment

banner-anwaribralimblogKetua staf pejabat saya, saudara Ibrahim Yaacob, Senator Zamri Yusof dan saudara Ismadi (Pegawai Khas Menteri Besar Kedah) di antara yang ditahan polis dalam insiden kekacauan sabentar tadi.

Ternyata tindakan rakus sademikian olih pasukan polis sejurus satelah Suara Keadilan dan Harakah diharamkan merupakan petanda betapa sistem pemerintahan di bawah Najib bakal menjerumuskan negara ke kancah ketidakstabilan dan pentadbiran kuku besi. Bicara beliau mengenai perubahan hanya omongan kosong untuk mengalih perhatian rakyat dari skandal yang terpalit.

Tanpa sebarang amaran, polis membedil gas pemedih mata beserta pancutan air. Hadirin lari bertempiaran menyelamatkan diri. Namun ia tidak menghentikan pembedilan bertubi-tubi tanpa sebarang belas kasihan terhadap wanita dan kanak-kanak.

Saya diseludup ke bilik gerakan pilihan raya dan berlindung bersama beberapa orang pimpinan Pakatan Rakyat. Difahamkan hampir 50 das gas pemedih mata dibedil oleh pihak polis sabentar tadi.

Jelas, UMNO-BN sememangnya dalam keadaan yang sangat terdesak ketika ini. Gelombang kebangkitan rakyat di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai cukup meresahkan mereka.

Saya menyeru agar kita semua bertenang dan tidak mudah dibakar dengan provokasi jahat yang dicetuskan oleh mereka. Walau apa yang terjadi, semangat rakyat yang mahukan perubahan pastinya tidak akan dapat digugat!

ANWAR IBRAHIM

Polis tembak gas pemedih mata lerai ceramah Anwar March 23, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Badan Kehakiman, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Kezaliman, Pakatan Rakyat, Parti Keadilan Rakyat, Polis DiRaja Malaysia, Protes, Rally.
add a comment

Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah orang ramai yang berhimpun untuk mendengar ceramah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini.

Menurut laporan Harakahdaily, polis juga menggunakan meriam air untuk menyurai orang ramai yang berkumpul sejak awal lagi untuk mendengar amanat Anwar bersempena pilihanraya kecil Bukit Selambau pada 7 April depan.

Kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira 10 minit selepas Anwar memperkenalkan calon Keadilan Bukit Selambau kepada hadirin.

Berikutan itu, lapor Harakahdaily, keadaan menjadi kelam-kabut dan ceramah beliau yang diadakan di padang awam Cinta Sayang Sungai Petani, terpaksa dibatalkan.

Difahamkan empat orang ditangkap dan terdapat pelbagai sekatan jalan raya menju ke tempat ceramah.

KDN gantung permit Suara Keadilan, Harakah 3 bulan March 23, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Badan Kehakiman, Kezaliman, Pakatan Rakyat, Parti Keadilan Rakyat, Protes.
add a comment

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) hari ini menggantung permit akhbar pembangkang berpengaruh Harakah dan Suara Keadilan masing-masing selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta.

suara keadilan perak cabar spr ke mahkamah perak state challenge ec in court 110209Tindakan mengejut ini menghalang keberkesanan kempen kedua-dua parti bagi menghadapi tiga pilihanraya kecil kawasan parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak antara 29 Mac hingga 7 April ini.

Malaysiakini difahamkan surat KDN kepada kedua-dua organisasi itu dikirim melalui faksimili selang beberapa minit menjelang jam 5 petang tadi.

Surat penggantungan Harakah ditujukan kepada Setiausaha Agung PAS Datuk Kamaruddin Jaffar, manakala surat untuk Suara Keadilan dialamatkan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. (more…)