jump to navigation

Penyelewengan Dan Kronisme Dalam Kementerian Pertahanan March 20, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aktiviti Ahli Parlimen, Badan Kehakiman, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Isu Nasional, Krisis, Pakatan Rakyat, Parlimen Batu, Parti Keadilan Rakyat, PKR Bahagian Batu, Protes, Rakyat, Sidang Dewan Rakyat.
trackback

ahli-parlimen-batu-tian-chuaEKORAN daripada pendedahan oleh Ketua Pembangkang Dewan Rakyat mengenai isu pembelian Eurocopter dengan harga begitu tinggi dan memberi keuntungan kepada pihak-pihak tertentu. Akhirnya, Perdana Menteri mengumumkan keputusan kerajaan menangguhkan pembelian tersebut.

Hari ini, sekali lagi pendedahan isu penyelewengan dalam Kementerian Pertahanan mengenai proses perolehan dan mempunyai unsur kronisme bagi pemimpin negara. Orang yang bernama Syed Abu Hussin Bin Hafiz Syed Abdul Fasal tidak asing lagi bagi kakitangan dan kontraktor-kontraktor Kementerian Pertahanan. Pada masa yang sama, beliau juga merupakan ahli UMNO (No ahli: 00924477) dari Bahagian Bukit Gantang, Perak.

Beliau mempunyai lebih 30 syarikat di mana beliau merupakan ahli lembaga pengarah ataupun pemegang syer. Melalui syarikat-syarikat ini, beliau berjaya menguasai hampir 90% projek-projek pembekalan pelbagai rangsum bagi Kementerian Pertahanan yang mencecah ratusan juta ringgit. Contoh syarikat yang dimiliki oleh beliau seperti berikut:-

  • Komantra Sajian Sdn Bhd memperolehi secara rundingan terus projek penswataan perkhidmatan katering Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi Zon Utara dan Timur Semenanjung Malaysia yang mencecah lebih daripada RM 600 juta.
  • GPB Coporation Sdn Bhd memperoleh projek perkhidmatan pengangkutan bas untuk kem-kem Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang mencecah lebih daripada RM 300 juta.

Bukan sahaja memperolehi projek-projek begitu senang sekali, beliau turut tidak melaksanakan tugas dengan beramanah. Antaranya, menghantar bekalan yang tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan dalam tender. Mengurangkan kuantiti bekalan yang sepatutnya dihantarkan atau tidak menghantar bekalan langsung tetapi invoice tetap dihantarkan kepada Kementerian Pertahanan untuk proses pembayaran.

Ini telah membuktikan sekali lagi keraguan dan ketelusan yang melibatkan pemimpin negara untuk memberi keuntungan kepada pihak-pihak tertentu dalam Kementerian Pertahanan.

YB TIAN CHUA
AHLI PARLIMEN BATU

Comments»

1. oRanG kAmPonG - March 31, 2009

aloo apek lu selalu ini macam selalu tipu olang.apa guna lu tulis dlm blog leport sprmlah klu ala bukti klu ala butuk.klu report ada takut ka apek olang saman lu.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: