jump to navigation

Budaya UMNO menafikan khabar benar! March 16, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Badan Kehakiman, Krisis, Penyelewengan, Rasuah, Sidang Dewan Rakyat.
trackback

calon-timbalan-presiden-umno-ali-rustamSAH! UMNO masih kolot. Tatkala segala maklumat  mudah diperolehi melalui broadband di hujung jari – 24 jam sehari – 7 hari seminggu – 360 hari setahun, ahli UMNO masih ditahap 1515. Contohnya, lihat artikel petikan dari Malaysiakini.

MESYUARAT Lembaga Disiplin Umno esok menjadi tumpuan ekoran tersebarnya khabar angin sejak seminggu lalu yang menyatakan seorang pemimpin kanan Umno akan digantung daripada bertanding dalam pemilihan Umno berhubung kesalahan politik wang.

Malah sebuah akhbar berbahasa Cina telah menghantar ‘SMS alert‘ hari ini yang mengatakan bahawa Lembaga Disiplin akan mencadangkan  penggantungan keahlian seorang calon jawatan timbalan presiden Umno.

Menurut SMS tersebut, lembaga itu dijangka mencadangkan pemimpin tersebut digantung keahlian selama tiga tahun.

Tiga orang calon bagi jawatan tersebut ialah Naib Presiden Umno – Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam – dan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Muhyiddin merupakan menteri perdagangan antarabangsa dan industri, manakala Muhd Taib adalah menteri kemajuan luar bandar dan wilayah. Mohd Ali adalah ketua menteri Melaka.

Khabar angin yang sama juga heboh diperkatakan di kalangan petugas media di Dewan Rakyat sejak beberapa hari lalu.

Di kalangan Umno sendiri, ianya sedang panas diperkatakan. Malah mereka secara terbuka menyebut nama calon yang akan dikenakan tindakan tersebut.

Pengerusi Lembaga Disiplin Umno itu, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail akan mengadakan sidang akhbar khas petang esok selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Dalam sidang akhbar tersebut, beliau dijangka mengumumkan hasil siasatannya yang melibatkan pemimpin terbabit.

Pegawai calon-calon timbalan presiden yang dihubungi hari ini berkata mereka tidak tahu menahu mengenai khabar angin tersebut.

“Kami meneruskan kempen seperti biasa,” kata pegawai seorang calon timbalan presiden yang dihubungi hari ini.

Menurutnya, dalam masa 10 hari terakhir ini, pihaknya akan meningkatkan kempen di Johor, Negeri Sembilan, Perak dan Selangor.

“Malam ini, majlis memperkenal calon-calon di sebuah hotel di Shah Alam,” katanya.

Comments»

1. Mazri - March 16, 2009

UMNO tak boleh berubah dah. Janji nak berubah selepas PRU 12 tetapi nampak makin teruk jadinya. Sampai hampir 1000 laporan rasuah.

2. kayrolldin - March 16, 2009

dah la lembab, ketinggalan zaman plak tu. mmg terus mundur la..

sy nak tanye, apakah pegangan PKR mengenai PPSMI? adakah PKR setuju secara keseluruhan?

3. kotakata - March 17, 2009

kesian orang melaka

kah kah kah kah kah


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: