jump to navigation

Taktik Kotor Jatuhkan Negeri-Negeri Pakatan Rakyat March 13, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aduan Rakyat, Badan Kehakiman, Isu Nasional, Kezaliman, Krisis, Pakatan Rakyat, Penyelewengan, Protes.
trackback

pakatan-rakyat-eratDEWAN Undangan Negeri Selangor pada hari ini didedahkan dengan satu usul tergempar yang telah dibentangkan berhubung usaha dan tindakan Kerajaan Persekutuan cuba menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor.

Usul tergempar berkenaan dibentangkan oleh Adun Kg Tunku, Lau Weng San yang mendakwa beliau mempunyai dokumen berhubung satu mesyuarat yang diadakan oleh Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (PPNS) yang memperincikan program- program membabitkan agensi kerajaan.

Pakatan slams BN’s efforts to subvert Selangor administration

Menurutnya, dokumen yang bertajuk ‘Pelaksanaan Program People Centric di Negeri Selangor’ satu mesyuarat telah diadakan 26 februari lalu dan membabitkan Agensi Keselamatan Negara serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Lau memberitahu dewan, program berkenaan dilaksanakan bagi menjatuhkan Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan Barisan Nasional menguasai negeri Selangor dan juga meraih kemenangan majoriti dua pertiga di Parlimen bagi pilihanraya akan datang.

Tan Sri Khalid berkata program tersebut juga menjadi tanda tanya tentang kebebasan pegawai kerajaan yang bertindak menyebelahi Kerajaan BN.

Ketua Setiausaha Negeri (KSN)diminta memberi penjelasan mengapa pegawai kerajaan dibenarkan bersubahat dengan Kerajaan Pusat untuk cuba menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat.

“Mereka sepatutnya bersikap bebas dan professional dalam menjalankan tugas… lebih teruk lagi program ini juga cuba memberi kredibiliti kepada Jawatankuasa Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) sedangkan DYMM Sultan Selangor telahpun bertitah tidak mengkitiraf JKKP di Selangor,” kata Khalid lagi.

Beliau juga tertanya adakah program tersebut antara sebabnya Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor seringkali diserang dengan pelbagai tuduhan serta tohmahan.

Beliau merujuk kepada isu derma lembu korban, penggunaan kereta peribadi Menteri Besar dan juga yang terbaru dakwaan Adun Kuala Kubu Baru, Wong Koon Mun kononya saudara beliau (Khalid) terlibat dalam aktiviti mencuri pasir dan mempunyai pejabat khas di tingkat 5, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

“Ingin saya nyatakan, tuduhan isu lembu dan kereta serta tuduhan Adun Kuala Kubu Baru adalah tidak benar sama sekali… Tidak ada sebarang aktiviti di Tingkat 5, Bangunan SUK seperti yang digembar gemburkan,” tambahnya lagi.

Di samping itu, katanya, arahan juga telah diberikan kepada semua Pihak Berkuasa tempatan (PBT), Pejabat Daerah dan semua anak syarikat Kerajaan Negeri supaya tidak melayan (jika ada) sebarang permintaan ahli keluarga atau rakan serta pihak tertentu untuk mendapatkan sesuatu keistimewaan.

Ramai pemimpin Pakatan Rakyat percaya bahawa usaha menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat bukan sahaja terhadap di negeri Selangor malah di kesemua negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.

Sebagai bukti ialah bagaimana gelagat Ketua Setiausaha Negeri Perak bertindak sewaktu kerajaan pimpinan Dato Seri Nizar Jamaluddin dipaksa keluar dari bangunan Perak Darul-Ridwan malah, KSU juga telah bertindak menghubungi polis untuk mengawal dan mengepung bangunan tersebut terutama di hari dimana sidang tergempar DUN Perak dijadual berlansung di bangunan tersebut pada bulan Februari lalu.

Tindakan KSU tersebut telah menyebabkan sidang tergempar terpaksa diadakan di bawah pokok di luar bangunan Perak Darul Ridwan.

Comments»

1. Hamba - March 15, 2009

WHAT DO WE EXPECT FROM SAMPAH ( GARBAGE). YOU HAVE DIRTY THING FROM GARBAGE. UMNO, DULU SAMPAH, KINI SAMPAH DAN SELAMANYA SAMPAH!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: