jump to navigation

Selangor Beri Dua Syarat Jika Mahu Ambil Alih Konsesi Air February 24, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aduan Rakyat, ekonomi, Isu Nasional, Krisis, Pakatan Rakyat, Parti Keadilan Rakyat, Penyelewengan, Rakyat, Rasuah.
trackback

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata dua syarat ditetapkan kerajaan negeri Selangor sekiranya Kerajaan Persekutuan ingin mengambil alih pengurusan konsesi air di negeri ini.

Menurutnya, dua syarat itu ialah Kerajaan Persekutuan tidak boleh menaikkan harga air pada 31 Mac ini serta  mengekalkan  pemberian percuma 20 meter padu kepada pengguna meter individu di negeri ini.

Abdul Khalid berkata pihak kerajaan negeri  sedia mengadakan  rundingan semula dengan Suruhanjaya Perkhidmatan  Air Negara (Span) bagi menyelesaikan  proses pembelian itu.

Namun katanya, kerajaan negeri tidak akan mengubah harga tawaran  yang telah ditetapkan  sebelum ini iaitu sebanyak RM5.9 bilion  untuk mengambil alih syarikat konsesi itu.

“Walau apa pun yang berlaku kerajaan Selangor masih dengan harga tawaran sebelum ini dan jika tawaran itu diterima pihak  kerajaan negeri sedia membayar RM5.9 bilion untuk mengambil alih harta konsesi itu.

“Dan jika konsesi itu diambil alih kerajaan Pusat, kerajaan negeri juga akan pastikan tiada kenaikan air dan akan terus memberikan air percuma sebanyak 20 meter padu kepada rakyat Selangor,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri Selangor di Dataran Dewan  Undangan  Negeri Selangor di sini pagi tadi.

Perhimpunan bulanan kali ini dihoskan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ramli Mahmud dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Abdul Khalid dalam ucapannya pagi tadi turut meminta pegawai kerajaan memahami usaha-usaha yang dibuat kerajaan Selangor dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Selain itu beliau juga turut menerangkan kapada penjawat awam mengenai bagaimana kerajaan negeri membuat keputusan mengenai rundingan air dengan pemegang konsesi air serta hubungan antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat.

“Saya mahu mereka faham bagaimana pemikiran kerajaan negeri  untuk menentukan pembelian dari konsesi itu walaupun munasabah harganya tetapi tidak membebankan rakyat Selangor dari segi kenaikan harga air dan menentukan pemberian air percuma 20 meter padu diteruskan kepada pengguna meter individu,” katanya yang turut mengingatkan pegawai kerajaan tentang kemelesetan ekonomi yang melanda dunia  hari ini.

Beliau juga berharap krisis ekonomi global itu juga akan  menjadi peringatan kepada penjawat awam di negeri ini supaya bekerja dengan lebih cekap, berhemah dan berjimat cermat dalam apa jua keadaan supaya dapat memberikan sumbangan serta khidmat kepada rakyat Selangor.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: