jump to navigation

Kenyataan Akhbar Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat February 6, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aktiviti Ahli Parlimen, Badan Kehakiman, Datin Seri Dr Wan Azizah, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Isu Nasional, Kezaliman, Krisis, Pakatan Rakyat, Parti Keadilan Rakyat, Penyelewengan, Perutusan, Polis DiRaja Malaysia, Protes, Rakyat, Rally, Rasuah.
trackback

–KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA–
6 Februari 2009

Pimpinan Pakatan Rakyat menyatakan rasa kesal terhadap tindakan biadap rampasan kuasa di Perak termasuk layanan terhadap YAB Dato’ Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak di mana semua barangan telah dirampas dari pejabat beliau. Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut.

Kami akan memfailkan satu saman bagi mencabar keabsahan perlantikan Menteri Besar yang baru dari Barisan Nasional. Panel peguam sedang mengkaji tindakan ini. Kami masih berpendirian bahawa YAB Dato’ Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi Menteri Besar Perak yang sah.

Pada ketika ini pelbagai reaksi sedang ditunjukkan oleh rakyat sebagai reaksi spontan kepada krisis di Perak ini. Reaksi tersebut adalah untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap penyalahgunaan kuasa oleh Barisan Nasional. Kami menggesa kepada semua agar bertindak secara aman dan tertib. Kami merayu agar pihak polis bertugas secara profesional dan tidak menimbulkan sebarang provokasi atau huru hara.

YB DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang / Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR)

YB LIM KIT SIANG
Ketua Ahli Parlimen Democratic Action Party (DAP)

YB USTAZ NASHARUDDIN MAT ISA
Timbalan Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

Comments»

1. nuwa [ ipoh ] - February 7, 2009

Assalamualaikum..
saya sokong 100% tindakkn YAB Dato’ Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin. Mengekalkan dirinya sebagai Menteri Besar PERAK. Tindakkan BN tidak masuk akal..
Merampas kuasa pemerintahan dengan mudah.
Perlantikan MB memang Sultan yang Lantik. Tapi yang memilih dan mengundi ialah Rakyat.

Kami mahukan Pembubaran parlimen.
Pilihan Raya semula.
baru adil.
BN takut kalah kali kedua.

KEADILAN RAKYAT.
-suara rakyat

2. faisal - February 9, 2009

tapu satu aje yang menjadi kepelikkan..
nape nizar kemaruk sgt samapi tak mahu serahkan rumah dan kenderaan rasmi untuk exco tu,tak tahu malu ke?
lg 1 ingat skit,memang rakyat yg memilih tapi kekuatan BA hanya lah gabungan dari parti yg bercanggah pendapat dan mempunyai agenda masing2 tp kemenangan BN adalah solid (27 kerusi).
kenapa hanya pas aje yg beria2 lakukan demontrasi jalanan di kuala kangsar ari tu? mana peginya parti kr dan dap yg konon nya hebat sgt nak perjuangkan nasib nizar? bukankah ahli2 exco di belakang izar ramai? tapi mn pegi semuanya? yang jd bodoh org melayu sendiri la asyik nak bertelagah sesama sendiri.yng pasti ada yang sedang bertepuk tangan di atas kebodohan org melayu sendiri yg dah berani mempertikaikan titah sultan,menahan kenderaan rasmi raja nazrin.sape yg buat semua tu, org melayu la.. hebatkan susun atur strategi yg terancang pihak2 tertentu…
tentang karpal singh tu die tak serik lg tu.. dulu dalam tahun 80 an nyaris2 makan penampor.. tahun ni rasa2nya makan sesuatu yang lebih dasyat dari penampar kot… he3 nasib ko lah karpal..
kononnya die hebat sebab pandai undang2 tapi sedarkah die sape yang memperkenankan undang2 sebuah negara?
agak2 nye lah, sampai ms rotation untuk sultan azlan jd agong,ape agaknye nasib babi karpal singh ni?
tapi sultan azlan seorang yg terpelajar..
melakukan sesuatu dengan berfikir bukan mcm karpal melakukan sesuatu dengan tujuan tertentu dan penuh provokasi..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: