jump to navigation

Ahli Parlimen PR bersedia bekerjasama dengan Datuk Bandar KL ~ Malaysiakini January 22, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Pakatan Rakyat, Parlimen Batu, Parti Keadilan Rakyat, PKR Bahagian Batu.
trackback

klcc-nice-viewAhli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat sedia bekerjasama dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Ahmad Fuad Ismail  bagi mempertingkatkan prestasi bandaraya Kuala Lumpur.

Menurut Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat berharap agar Ahmad Fuad menjalankan tugas beliau dengan baik dan dedikasi.

“Kami bersedia untuk berkerjasama dengan Datuk Bandar bagi mempertikatkan prestasi bandaraya demi rakyat serta kami berharap beliau dapat memberi kerjasama yang baik dengan kami,” katanya ketika ditemui selepas perjumpaan Ahli-ahli Parlimen Wilayah Persekutuan bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur disini semalam.

Dalam pertemuan yang diadakan kira-kira dua jam itu, Tian Chua menyambut baik sikap yang ditunjukan oleh Ahmad Fuad, yang ingit mengeratkan hubungan yang baik dengan ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat.

“Saya menyambut baik pertemuan ini. Datuk Bandar inginkan perhubungan yang baik sesama kita. Ini permulaan yang baik bagi beliau. Walaubagaimanapun kami mengharapkan beliau komited dengan komitmen beliau,” katanya lagi.

Menurut Tian, Datuk Bandar tidak lagi menunjukan komitmen beliau dalam tiga permintaan Pakatan Rakyat. Tiga tuntutat berkenaan ialah;

1. Meminta agar Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan menyertai Lembaga Penasihat

2. Membenarkan Ahli Parlimen menyertai Jawatankuasa Pengurusan

3. Membenarkan agar bekerjasama dalam pusat khidmat DBKL.

“Datuk Bandar belum lagi menunjukan apa-apa komitmen beliau dalam hal ini, namun kami meminta agar mereka membenarkan permohonan kami,” katanya lagi.

Sementara itu,ketika ditemui, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong turut menyambut baik pertemuan berkenaan.

“Ini satu gambaran yang baik yang cuba ditunjukan oleh Datuk Bandar, beliau nampak lebih mesra, kami berharap beliau boleh melakukan kerja dengan baik bersama kami,” katanya ketika ditemui.

Comments»

1. amin shah - January 22, 2009

harap PKR BATU akan membela rakyat dan bersatu padu memperkuatkan Parti..

UMNO BATU dah kucar kacir..kita perlu gunakan peluang ini untuk menyampaikan agenda Parti kita untuk pembangunan Rakyat di Parlimen BATU..

2. Abu - January 30, 2009

Ahli Parlimen PR bersedia bekerjasama dengan Datuk Bandar KL ~ Malaysiakini”

“Kami bersedia untuk berkerjasama dengan Datuk Bandar bagi mempertikatkan prestasi bandaraya demi rakyat “petikan dari artikel diatas.

Apa sudah jadi…? .jadi PAKATAN DBKL pula…… RAKYAT buang . Patut la.. tidak hirau pun apa yang berlaku pada golongan miskin bandar penghuni PPR yang telah di Gempur oleh DBKL. ..
Hentam saja lah LABU… baru selesai set nk buat program serah borang secara beramai ramai masuk PKR nk keluar umno dah jadi cerita lain pula… pakat dengan orang yang dah lama pun kami ber pakat..tikam belakang juga.

Nk buat berita kejutan tamparan hukuman … dh tk ada hati dh…semua y ng berpakat berubah fikiran


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: