jump to navigation

Perutusan Tahun Baru 2009 Oleh YB Tian Chua December 31, 2008

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aktiviti Ahli Parlimen, Cawangan PKR, ekonomi, global, Isu Nasional, Isu Tempatan, Pakatan Rakyat, Parlimen Batu, Parti Keadilan Rakyat, Perutusan, PKR Bahagian Batu, Rakyat, Video.
trackback

Tekad Mengatasi Cabaran Dalam Perjalanan Melahirkan Demokrasi Tulen

Tahun 2008 merupakan tahun di mana rakyat mula menuai hasil dari apa yang selama ini mereka tanam sejak penubuhan negara, iaitu ke arah sebuah negara demokrasi yang merdeka lagi berdaulat berasaskan kebebasan dan keadilan, sepertimana termaktub dalam Pemashhoran Malaysia 1963.

Keberanian rakyat untuk berubah sebelum keadaan bertambah parah dalam pilihanraya umum 8 Mac telah memberi pengajaran kuat kepada Barisan Nasional, lalu membuka jalan baru ke arah politik baru Malaysia dan meninggalkan politik lama perkauman BN.

Dengan itu rakyat pelbagai kaum dan agama yang makin bersatu-padu menuntut keadilan sosial adalah paling ditakuti oleh mereka yang melakukan penyelewengan, maka cuba dihalang dengan sentimen perkauman dan tahan tanpa bicara berulang kali bagi melambatkan proses demokrasi negara.

Bagaimanapun pilihanraya umum 8 Mac adalah batu loncatan besar dalam tonggak sejarah kita. Barisan pembangkang menyusun semula langkah di bawah Pakatan Rakyat, 16 September disuntikkan semangat Malaysia baru, ruang media makin terbuka, semuanya adalah perkembangan baru yang tidak dapat berlaku tanpa kemahuan rakyat sendiri untuk berubah.

KeADILan, atas kesedaran rakyat adalah asas kekuatan nusa dan bangsa, akan terus mengamalkan sikap kepedulian rakyat agar seluruh rakyat hidup dengan sihat dan selesa, dengan ini pasti dapat menyumbang ide dan tenaga kepada pembangunan negara dalam semua aspek.

Marilah kita membulatkan tekad dan azam untuk mengatasi cabaran-cabaran dalam perjalanan kita melahirkan demokrasi tulen, menjayakan konsep pengagihan kekayaan negara untuk rakyat, mengembalikan martabat dan maruah setiap insan, membela dan memelihara keadilan untuk semua.

Bersama kita jadikan tahun 2009 sebagai pencetus bagi mengangkat semula Malaysia di mata dunia. Selamat Menyambut Tahun 2009.

TIAN CHUA
Ahli Parlimen Batu, WP
Ketua Penerangan
Parti Keadilan Rakyat

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: