jump to navigation

Tabung Pemberhentian Pekerja December 24, 2008

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aduan Rakyat, Aktiviti Ahli Parlimen, Cawangan PKR, ekonomi, Isu Nasional, Krisis, Pakatan Rakyat, Parlimen Batu, Parti Keadilan Rakyat, PKR Bahagian Batu, Protes, Rakyat, Rally.
trackback

yb-batu-bersama-kaum-pekerjaKERAJAAN digesa menyegerakan inisiatif bagi menubuhkan Tabung Pemberhentian Pekerja dalam masa terdekat memandangkan ‘trend’ pemberhentian pekerja diramal serius.

Menurut Ketua Penerangan KeADILan Tian Chua berkata parti itu akan mengadakan dialog dengan kesatuan pekerja dan ahli akademik dalam tempoh terdekat bagi mencari jalan untuk mengatasi isu kehilangan kerja yang dijangka makin serius. Pertemuan ini akan dikelolakan oleh Biro Pekerja KeADILan.

Kata Tian menurut laporan Persekutuan Majikan-majikan Malaysia, 4,749 pekerja akan diberhentikan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun depan, dan sekurang-kurangnya 200,000 pekerja akan hilang kerja pada akhir tahun nanti dan angka ini tidak termasuk lagi 300,000 pekerja daripada jumlah 500,000 pekerja Malaysia bekerja di Singapura yang akan diberhentikan kerja.

“Berbanding dengan krisis ekonomi tahun 1998, di mana seramai 284,000 pekerja hilang kerja dengan kadar pengangguran 3.2%, kemelesetan ekonomi tahun ini jelas jauh lebih serius dan pasti mendatangkan kesan yang lebih teruk.

“Namun apa yang dikesali adalah sehingga ke hari ini kerajaan masih belum mewujudkan apa-apa langkah konkrit untuk menangani cabaran ini,” kata Tian dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Malah katanya usaha sekadar memantau melalui Jawatankuasa Pemantauan Pemberhentian Pekerja dan Jawatankuasa Membantu Pekerja-pekerja yang Diberhentikan adalah tidak mencukupi. Kementerian Sumber Manusia juga harus mempastikan majikan tidak membuang pekerja-pekerja hanya untuk mengurangkan kos pembelanjaan.

“Di saat-saat kritikal ini, kerajaan harus memainkan peranan menjaga kebajian pekerja, dan tiba waktunya untuk mewujudkan jaringan keselamatan sosial yang menjamin kebajikan pekerja sebelum isu pengangguran terjebak ke dalam masalah sosial yang lebih besar impaknya,” katanya yang juga Ahli Parlimen Batu. – Harakahdaily

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: