jump to navigation

Selamat Menyambut Eidul Adha December 7, 2008

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Dato' Seri Anwar Ibrahim, ISA, Isu Nasional, Isu Tempatan, Kezaliman, Pakatan Rakyat, Parti Keadilan Rakyat, Perutusan, PKR Bahagian Batu, Rakyat.
Tags:
trackback

kaabahPengorbanan memerlukan keteguhan dan ketulusan hati. Puncak kepada keikhlasan dan makna dari ketakwaan itu terdapat di dalam kisah Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s:

“Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?”. Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar”. Surah As-Saaffaat ayat 102

Kedua-duanya tanpa ragu menjalankan perintah Allah S.W.T:

Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim – dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami).- Surah As- Saaffaat ayat 103

Saya pernah berkongsi dengan para pembaca betapa penting untuk kita menyingkap makna dan pengajaran dari peristiwa qurban yang melibatkan Nabi Ibrahim a.s. dan putera baginda Nabi Ismail a.s. Yang terserlah adalah nilai taqwa, hasrat mempertahankan hak dan menolak kebatilan.Pada masa sama jangan kita alpa untuk terus berjuang mengangkat martabat umat dan membela nasib rakyat.

Kesungguhan tanpa kenal erti penat dan lelah merupakan ciri para pejuang penegak Keadilan. Perjuangan untuk memastikan Perubahan di negara ini menuntut kesungguhan dari pendokong kebenaran. Moga kemenangan tiba jua akhirnya:

Dan Kami menolong mereka sehingga menjadilah mereka orang-orang yang berjaya mengalahkan (lawannya)- Surah As-Saaffaat 116

Saya mengucapkan Salam Eidul Adha minal adin walfaizin walmaqbulin kepada seluruh umat Islam.

Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar. Walillahil hamd.

ANWAR IBRAHIM

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: