jump to navigation

Wendy Wong peluk Islam bulan lalu December 5, 2008

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Isu Tempatan, Rakyat, Wawancara.
Tags: ,
trackback

KUALA LUMPUR – Pelakon dan penerbit berjaya, Wendy Wong (gambar) mengakui dirinya sudah memeluk agama Islam sejak 28 November lalu dan hadir ke pejabat Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini semalam untuk mendaftarkan pengislamannya.

Di pejabat berkenaan, Wendy yang ditemani penerbit, Habsah hassan diberi kad pengakuan keislaman dan surat sumpah oleh pihak Jawi bagi membolehkannya membuat kad pengenalan baru.

Menurut Wendy, dia telah melafazkan kalimah syahadah di rumah kediaman Habsah di Taman Tun Dr. Ismail, Damansara dengan disaksikan beberapa rakan dan sebahagian ahli keluarganya.

Bagaimanapun ketika dihubungi, Wendy memberitahu, dia belum bersedia untuk berkongsi banyak perkara mengenai pengislamannya.

Ia termasuklah merahsiakan nama barunya selepas memeluk agama berkenaan.

“Sudah ada nama yang saya pilih, tetapi biarlah jadi rahsia dulu. Saya masih lagi membiasakan diri dengan keadaan sekarang dan saya tahu banyak lagi benda yang saya kena belajar untuk mendalami Islam. – Kosmo

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: