jump to navigation

MB S’gor sedia disiasat BPR December 3, 2008

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aduan Rakyat, Badan Kehakiman, Kongress, Pakatan Rakyat, Parti Keadilan Rakyat, Polis DiRaja Malaysia, Protes, Rakyat.
trackback

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sedia disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung tohmahan salah guna kuasa terhadapnya berhubung penganjuran serentak Karnival Mesra Rakyat dan Kongres Nasional PKR di Stadium Malawati hujung minggu lalu.

Menurut Khalid, karnival tersebut anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di kawasan perkarangan stadium tersebut untuk mendekatkan rakyat dengan pihak-pihak berkuasa tempatan (PBT)
dan anak-anak syarikat kerajaan negeri.

Untuk menarik orang ramai, jelasnya, pihak PBT juga mengadakan persembahan kebudayaan dan muzik serta menyediakan makanan kepada semua pengunjung.

khalid ibrahim interview 160608“Kongres Nasional PKR telah diadakan di dalam Stadium Malawati di mana lebih kurang 5,000 perwakilan dan pemerhati disediakan makanan yang dibiayai oleh pihak parti,” katanya dalam satu kenyataan.

“Seperti yang dinyatakan sebelum ini, pintu pejabat Menteri Besar Selangor sentiasa terbuka kepada BPR.

“Bahkan pertemuan dengan pengarah BPR Selangor Khamis ini, telahpun diatur semenjak tiga minggu lalu,” katanya.

Kelmarin, sekumpulan penyokong parti itu yang bergelar Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) membuat aduan polis terhadap Abdul Khalid atas dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan berhubung penganjuran kongres dan karnival itu.

Presiden Reformis, Ramlan Abu Bakar yang membuat aduan itu di ibu pejabat polis daerah Shah Alam berkata pihaknya akan membuat aduan yang sama kepada BPR.

Sementara itu, Abdul Khalid mengucap takziah secara peribadi kepada mangsa kejadian tanah runtuh di Hulu Selangor hujung minggu lepas, Roslan Mohd Jali yang telah kehilangan dua orang anak dalam kejadian tanah runtuh yang meranapkan rumahnya di Ulu Yam Perdana.

Abdul Khalid berkata beliau akan mendapatkan penjelasan secara terus tentang kejadian tersebut.

Menerusi pertemuan dengan Roslan, menteri besar berjanji akan memberi bantuan sepatutnya dalam tempoh sebulan setelah mendapat maklum balas daripada semua pihak serta agensi terlibat.

“Kerajaan negeri menegaskan nasib golongan yang betul-betul memerlukan bantuan akan terbela tanpa perlu dipolitikkan oleh sesetengah pihak.

“Kerajaan Selangor juga berharap dan berdoa agar senantiasa mendapat kepercayaan daripada seluruh rakyat Selangor bagi meneruskan pentadbiran kerajaan negeri dengan telus dan profesional,” katanya.

Comments»

1. muiz - December 17, 2008

Komitmen yang ditunjukkan oleh Y.A.B Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor di dalam memerangi rasuah amat dihargai. Kenyataan Pakatan Rakyat yang mengatakan mereka adalah pelopor keadilan dan kebenaran di samping penentang kerakusan dan ketidakadilan adalah benar belaka. Kami di negeri Selangor akan tetap menyokong kepimpinan Pakatan Rakyat dan kami bertekad untuk mengekalkan pemerintahan Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 kelak.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: