jump to navigation

PPP harus ikut jejak Zaid Ibrahim menentang ISA December 2, 2008

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aduan Rakyat, Aktiviti Ahli Parlimen, Anti-ISA, Badan Kehakiman, global, ISA, Isu Nasional, Kezaliman, Krisis, Pakatan Rakyat, Parti Keadilan Rakyat, Polis DiRaja Malaysia, Protes, Rakyat, Rasuah.
trackback

anti-isa-logoKami mengalu-alukan pendirian Parti Progresif Rakyat (PPP) bahawa mereka memilih untuk keluar dari Barisan Nasional (BN) jika Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak dipinda sebelum pilihanraya umum akan datang.

Namun pengumuman ini langsung tidak membawa apa-apa makna, sekiranya berlaku lagi penahanan ISA sebelum pilihanraya umum. PPP akan kelihatan menghalalkan penahanan ISA dalam tempoh masa tersebut jika tidak keluar dari BN sekarang. Ini adalah sikap parti komponen dalam BN yang sentiasa menyuarakan bahawa mereka tidak setuju tetapi tidak berani untuk menentang.

Presiden parti Dato’ M Kayveas telah dilaporkan bahawa pendirian tersebut diambil setelah bahagian-bahagian Wanita dan Pemuda mengemukakan permintaan bagi mansuhkan ISA kepada PPP.

Kini, menurut Gerakan Mansuhkan ISA, seramai 64 orang masih di bawah tahanan ISA, malah kerajaan BN tetap menggunakan ISA untuk menahan rakyat baru-baru ini, suatu realiti yang tidak harus diketepikan oleh PPP ketika membuat pendirian keluar BN.

Bagaimanapun bantahan PPP terhadap akta kejam tersebut tidak cukup tegas apabila Kayveas hanya ingin akta tersebut dipinda, bukannya dimansuhkan, supaya “ia tidak menjadi undang-undang kejam ke atas warganegara yang tidak bersalah”.

Pengumuman Presiden PPP tersebut jelas bukan berdasarkan prinsip keadilan sosial, tetapi kepentingan politik parti yang tidak membawa apa-apa perubahan ke atas ruang demokrasi negara.

Saya menyeru PPP seandainya serius dalam mempertahankan nilai demokrasi, maka seluruh kepimpinan PPP harus mengikut jejak bekas Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohd Zaid Ibrahim yang berani mengambil langkah keluar dari BN untuk menentang kezaliman ISA tanpa ragu-ragu. (tamat)

TIAN CHUA
Ahli Parlimen Batu, WP
Ketua Penerangan
Parti Keadilan Rakyat

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: