jump to navigation

Persiapan Kongres KeADILan berjalan lancar – SU Agung November 25, 2008

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Dato' Seri Anwar Ibrahim, Isu Nasional, Kongress, Pakatan Rakyat, Parlimen Batu, Parti Keadilan Rakyat, PKR Bahagian Batu, Polis DiRaja Malaysia, Rakyat.
trackback

sallehuddin-hashimtema-kongressKONGRES ke5 KeADIlan bakal menyaksikan perwakilan daripada 110 Bahagian dari seluruh pelusuk negara dan secara tidak langsung ia akan menjadi perhimpunan kongres terbesar pernah dianjurkan.

Setiausaha Agung KeADILan, Sallehudin Hashim berkata dianggarkan lebih 2000 perwakilan dari Bahagian akan berkumpul di Stadium Malawati, di Shah Alam, tempat Kongres berkenaan akan diadakan dari 28 hingga 30 November ini.

Menurut Sallehuddin, semua perancangan dan persediaan sudah dimulakan sejak 10 hari lalu dan persediaan yang dilakukan adalh untuk memastikan Kongres kali ini lebih tersusun dan juga meriah.

Beliau menambah kakitangam parti di sekreteriat untuk kerja-kerja biasa sudah mencukupi tetapi bila ada projek seperti kongres dan sebagainya maka khidmat kakitangan parti di peringkat negeri-negeri juga akan digunakan

Menurutnya terdapa 13 orang setiausaha kerja yang bergaji iaitu wakil pusat di pejabat negeri dan mereka akan ke Kuala Lumpur mulai 24 November ini untuk membantu kerja-kerja yang berkaitan.

Beliau berkata demikian kepada Suara Keadilan pada 19 November lalu.

“Tahun ini persediaan lebih ketara berbanding sebelum ini, dan ia dibuat secara lebih meriah. Tidak semestinya perhmpunan kali ini terlalu besar tetapi lebih meriah kerana kita telah dipesan oleh Kerajaan Negeri Selangor supaya menyewa Stadium Melawati.

Dulu tidak boleh, bukan sahaja untuk anjurkannya dewan kerajaan, malah dewan bukan kerajaan pun orang tidak berani nak sewakan. Jadi kita bakal buat di Satdium Melawati yang boleh memuatkan seramai 12,000 orang,” tambah beliau lagi.

Beliau berkata Kerajaan Negeri Selangor juga akan menganjurkan satu Karnival Rakyat Selangor di tapak berasingan tetapi berdekatan stadium tertutup berkenaan.

Sehubungan itu, katanya rakyat dan khususnya warga negeri Selangor akan turut memeriahkan karnival dan juga kongres yang bakal diadakan.

“Di samping itu program kita ni tahun ini kita mahu tekankan dan menerangkan  apa yang telah dan akan kita buat memandangkan kita sudah jadi kerajaan negeri.

Kalau dulu kita tidak habis-habis merungut sebab kita pembangkang tetapi sekarang ini kita mahu tekankan apa yang bakal kita buat sebagai kerajaan,”katanya lagi.

Sallehudin juga berkata bahawa persiapan logistik kali ini juga membabitkan pengangkutan serta penginapan peserta dan perwakilan.

Menurut nya, pada kebiasaannya adalah perkara biasa perwakilan datang menghadiri Kongres dengan cara pengangkutan mereka sendiri.

Bagaimanapun, katanya lagi, memandangkan tempat kongres yang bakal diadakan lebih besar, maka jemputan juga diunjurkan kepada perwakilan-perwakilan dari Bahagian parti yang jauh seperti Perlis dan Johor Bahru.

“Parti juga menyediakan 50 bilik percuma untuk perwakilan dari Sabah dan 50 bilik untuk Sarawak kerana mereka kena bayar lebih bagi kos tiket kapal terbang.

Bagi bahagian pula kami akan sediakan pengakutan melalui bas jika ada permintaan dari pihak yang mahu menghadiri kongres kali ini sebagai pemerhati terbuka.

Ini membenarkan untuk orang-orang di pedalaman, di desa-desa datang ke Shah Alam dan sekurang-kurangnya dapat diberi taklimat oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang mentadbir Selangor sekarang,” katanya lagi.

Menurutnya lagi keperluan logistik tempat tinggal dan sebagainya walaubagaimanpun mesti dibiayai oleh peserta sendiri.

Beliau menambah pihak sekretariat jawatankuasa pengelola kongres juga akan cuba mengusahakan untuk menyediakan makanan kepada perwakilan yang hadir tetapi walaubagaimanapun beliau mengakui ia mungkin rumit sikit untuk dilakukan.

“Saya juga ingin merakamkan penghargaan serta ucapan terima kasih saya kepada KeADILan perhubungan negeri Selangor yang berkerja keras dan banyak membantu melicinkan persiapan bagi kongres kali ini.

Semua persiapan logistik bagi kerja-kerja luar misalannya pemasangan lampu, sepanduk dan sebagainya serta belon helium raksaksa yang dipasang berhampiran Stadium Malawati diuruskan oleh Selangor selaku tuanrumah,”katanya lagi.

Sallehuddin juga menegaskan pihak pengelola akan mengambil berat tentangaspek keselamatan bagi memastikan kongres berjala lancar dan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini akan berlaku.

Menurutnyta, bagi kawasan di luar yang agak luas, pihak pengelola akan menggunakan perkhidmatan Unit Rela manakala keselamatan di dalam dewan pula akan didapatkan khidmat dari syarikat pengawal keselamatan awam dan juga pengawal-pengawal peribadi.

Beliau bagaimanapun merasakan bahawa soal keselamatan adalah tidak begitu runcing kecuali ada pihak yang membuat kacau.

“Tapi saya yakin kerajaan negeri Selangor sebagai yang kerajaan kita kuasai ini, banyak memberikan kerjasama dan diyakini polis negeri juga akan memberi kerjasama. Jadi masalah keselamatan ini bukannya perkara yang rumit. Saya yakin Insya-Allah,”tambahnya lagi.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: