jump to navigation

SEBARAN RASMI: Kongres Nasional Tahunan KeADILan November 19, 2008

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aktiviti Ahli Parlimen, AMK Batu, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat, Parti Keadilan Rakyat, Rakyat.
trackback

bendera-pkr-kecilKONGRES Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) akan diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam pada 29-30 November 2008.

Kongres KeADILan yang pertama selepas pilihanraya umum 8 Mac lalu ini akan menyaksikan kehadiran wakil-wakil rakyat yang paling ramai sejak penubuhan parti 10 tahun yang lalu.

Kongres Nasional tahun ini telah diberikan tema “Harapan Baru” atas kesedaran ada perlunya untuk mentransformasikan kuasa rakyat yang disaksikan dalam pilihanraya umum lepas kepada kuasa perubahan yang jitu ke arah Malaysia yang adil dan demokrasi.

Kongres yang juga pertama kali diadakan sejak Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Ketua Pembangkang ini bertujuan untuk membuka ruang kepada para perwakilan untuk membahaskan dasar perjuangan parti secara umum, dan polisi pentadbiran negeri Pakatan Rakyat secara khususnya.

Kedua-dua sayap penting parti yakni Angkatan Muda dan Wanita pula akan mengadakan kongres masing-masing secara berasingan pada 28 November.

Kongres Nasional kedua-dua sayap ini akan dirasmikan bersama oleh Timbalan Presiden KeADILan Dr Syed Husin Ali di Stadium Malawati. Selepas perasmian, Angkatan Muda akan terus bersidang di Stadium Malawati, manakala Wanita akan bersidang di Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor.

Dijangka 10,000 perwakilan, pemerhati, pimpinan komponen parti Pakatan Rakyat, wakil kedutaan dan NGO dari seluruh negara akan hadir ke Kongres Nasional tahun ini yang akan dimeriahkan lagi dengan “Karnival Rakyat”.

Orang awam dijemput untuk mengunjungi “Karnival Rakyat” yang terbuka sepanjang kongres bersidang dan mendengar pidato umum pimpinan parti khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim pada malam 29 November di Stadium Melawati.

Comments»

1. Wan Ishak - November 24, 2008

I would like to attend the congress as an observer. Can you please arrange to send me an official invitation. Thank you.

2. AJK Reply - November 26, 2008

Terimakasih kesudian tuan/puan berminat untuk menghadiri Kongress Parti pada 29 Nov Sabtu. Surat jemputan telah tampal di Notis Board pejabat. Jika pihak tuan/puan masih pertukan surat jemputan. Pihak kami boleh fax kan pada Tuan/Puan. Sila berikan Fax no. Sekian.

Terimakasih Membuka Blog Keadilan Batu.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: