jump to navigation

Tentang Shamsiah Fakeh – Dari Blog Orang Kertas October 20, 2008

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Parti Keadilan Rakyat.
trackback

saya agak terkilan kerana gagal berbuat apa2 untuk sedikit bercerita tentang shamsiah fakeh, semalam.

sebaik tahu mengenai wanita hebat itu

meninggal melalui blog tukar tiub, saya baru tahu pula bahawa media
perdana di bangsar belum tahu mengenainya. bukan terlalu pelik, sebenarnya. dan saya tidak juga terkejut
jika ada penghuni di ‘kilang kertas’ itu tak tahu siapa shamsiah fakeh.

saya dan rakan pernah cuba mengusulkan supaya cerita shamsiah ini diterbitkan dalam akhbar. dan – seperti dijangka – ia ditolak mentah2.

mendengar nama shamsiah mungkin tidak memberi kesan apa2, tapi reaksi orang2 berkuasa mendengar “dia adalah bekas anggota parti komunis” adalah seperti melihat wajah seseorang dikunjungi malaikat maut ketika sedang berjudi.

dikhabarkan, shamsiah pernah teringin berjumpa dengan anggota polis wanita yang menangkapnya ketika aktif sebagai anggota pkm dulu. khabarnya polis wanita itu masih hidup ketika seorang rakan cuba mempertemukan mereka. jika jadi kenyataan, ia adalah laporan eksklusif yang sangat memuaskan hati.

tapi itulah, mereka seperti dikunjungi malaikat maut ketika sedang berjudi.

saya sempat menonton berita rtm dan bernama tv semalam. ada juga – rupanya – dimuatkan tentang kematian shamsiah.

cuma, nama shamsiah lebih dikaitkan dengan pkm. mengapa tidak diuar-uarkan dengan angkatan waita sedar (awas) yang menjadikan beliau sebagai ketuanya? juga peranan pertubuhan kebangsaan melayu malaya (pkmm)?

sama ada semakin ramai tak tahu tentang awas dan pkmm, atau sengaja menyembunyikan fakta bahawa kedua-dua pertubuhan itulah yang lebih gigih dan tulin memperjuangkan kemerdekaan?malah, lebih cerdik dan berani berbanding pihak yang megah dengan slogan hidup melayu.
bahawa sejarah ditulis oleh pihak yang menang menjadikan pejuang sebenar selalu tenggelam dalam riuh pikuk penyemak dan oportunis.
memetik kata2 rakan saya, begitulah “resam pejuang tulen… senjatanya di depan, namanya terkebelakang”. mudah2-an rohnya dirahmati Allah. amin.

Comments»

1. KS Tan - December 1, 2008

I wanted to seek some community service from the Batu Constituency but does not seem to find any information on location of the service centre/office and contact number despite vast amount of information in the URL.
This is the utmost important piece of information if the party wanted to serve the rakyat and vice versa where the rakyat wanted to seek assistance.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: