jump to navigation

Berbuka Puasa Dan Ramah Mesra Parlimen Batu September 24, 2008

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aktiviti Ahli Parlimen, Isu Tempatan, Pakatan Rakyat, Parlimen Batu, Parti Keadilan Rakyat, PKR Bahagian Batu, Polis DiRaja Malaysia, Rakyat.
trackback

YB Tian Chua telah bersetuju mengadakan Majlis Bersama Berbuka Puasa & Ramah Mesra bersama IPD Sentul, Balai Bomba Dan Penyelamat Sentul, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Cawangan Batu, PAS Batu dan UMNO Bahagian Batu.

Majlis berlangsung di Hotel Dynasty bermula jam 7.00 malam dimulai ucapan aluan daripada Pengerusi Majlis – Sdr Azli Husin. Sebaik waktu berbuka, bacaan doa dibacakan oleh Sdr. Sheikh Omar.  Ahli Parlimen Batu  dalam ucapan beliau melahirkan rasa bangga atas kerjasama yang cukup baik terutama dari DBKL Cawangan Batu, Polis Sentul serta Bomba Dan Penyelamat Sentul dalam usaha memberi perkhidmatan kepada warga Batu.

PAS Bahagian Batu serta UMNO Bahagian Batu turut dijemput bagi mengeratkan lagi jalinan kerjasama menangani segala permasalahan rakyat tanpa mengira fahaman politik.

Diakhir majlis, penyampaian sumbangan berupa wang tunai diberikan kepada 20 orang anak-anak yatim yang dijemput atas permintaan Ahli Parlimen sendiri.

Comments»

1. Wan Ishak - September 25, 2008

alamak apa cite ni. bagi tahu saya majlis selepas majlis di adakan. melepas lah saya. kalau tidak seronokkan dapat buka puasa dengan YB yang bukan Muslim pulak tu

2. Kamal Ahmad - September 25, 2008

Setahu saya majlis ini bertujuan merapatkan Ahli Parlimen bersama penguatkuasa Parlimen Batu disamping untuk mengucapkan terima kasih dan penghargaan YB kepada mereka semua.

Anak-anak yatim dijemput atas kehendak YB sendiri.

Dengar kata mungkin kalo ada rezeki akan ada sambutan hari raya untuk warga batu.

Kalo ada aku mesti nak datang, kalo takda nak wat camana. Aku paham gak parti kita mana berduit. Harap semangat kekawan aje.

3. Amir Hamzah bin Amha - September 25, 2008

Alhamdulillah, YB Tian masih mengekalkan sifat peramah dan rendah dirinya walaupun kini beliau bergelar YB. Prestasinya kini sebagai wakil rakyat melampaui YB-YB Gerakan sebelum ini. Jika tindak-tanduk proaktif YB Tian diteruskan, Parlimen Batu akan kekal bersama beliau untuk masa yang lama.

4. Nikson Abdillah - October 6, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI kepada semua AJK Bahagian Batu.
Teruskan perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan keadilan.
Semoga Sarawak dan Sabah adalah negeri yang seterusnya akan kita tawan dalam Pilihanraya Negeri pada 2010.

REFORMASI !!!!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: