jump to navigation

PENTING – Penafian dari PKR September 15, 2008

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aduan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim, ISA, Isu Tempatan, Kezaliman, Krisis, Pakatan Rakyat, Parti Keadilan Rakyat, Penyelewengan, Polis DiRaja Malaysia, Rakyat, Rally.
trackback

Alert dari ADIL NEWS – Parti Keadilan Rakyat tidak terlibat dalam penganjuran Perarakan Ke Istana Negara Esok (16hb September 2008).

Orang ramai dinasihatkan agar jangan terpedaya dengan maklumat palsu yang cuba disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan menggunakan nama Parti Keadilan Rakyat.

Poster palsu Anwar ke Istana Negara

PKR menafikan menganjurkan perhimpunan di Istana Negara esok sempena menyambut Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai “perdana menteri keenam” seperti poster-poster yang disebarkan di beberapa tempat di ibu kota.

false fake poster of anwar next pm sept 16 circulation 150908 04“PKR dengan ini ingin memaklumkan bahawa ia tidak sama sekali terlibat dalam penganjuran mana-mana perhimpunan mahupun perarakan ke Istana Negara pada 16 September 2008 seperti yang diuar-uarkan,” kata setiausaha agungnya Datuk Salehuddin Hashim hari ini.

“Penyebaran maklumat palsu yang melibatkan PKR ini dilihat sebagai suatu usaha terdesak pihak tertentu yang mahu menimbulkan kekacauan dan mencetuskan ketidaktenteraman awam dan akan seterusnya menimbulkan kebimbangan kepada warga penduduk Kuala Lumpur.”

Poster itu menyebut, antaranya, perhimpunan menyambut Anwar akan diadakan jam 10 pagi di situ.

Tambahnya, PKR juga menasihatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan sebarang maklumat palsu yang “bertujuan untuk memburukkan pertalian yang baik antara PKR dan Raja-raja Melayu. [ sumber M’kini ]

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: