jump to navigation

BERITA DARI TAIWAN September 13, 2008

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aktiviti Ahli Parlimen, Antarabangsa, Anti-ISA, Badan Kehakiman, Dato' Seri Anwar Ibrahim, global, ISA, Kezaliman, Krisis, Pakatan Rakyat, Parti Keadilan Rakyat, Penyelewengan, Protes, Rakyat, Tahanan.
trackback

KETUA Penerangan KeADILan, Tian Chua pagi ini memberitahu, rombongan pimpinan KeADILan berjaya berkomunikasi bersama beberapa orang Ahli Parlimen Barisan Nasional hari ini.

“Kita dapat berkomunikasi dengan beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional yang berada disini,” katanya melalui SMS yang dihantar pagi ini.

Tian Chua turut memberitahu kebanyakan Ahli Parlimen yang mengikuti rombongan BNBBC mengutuk tindakan kerajaan yang menahan Blogger Raja Petra, Exco Kerajaan Negeri Selangor Teresa Kok dan Wartawan Sin Chew, Tan Hoon Cheng ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

“Ramai Ahli Parlimen Barisan Nasional memberitahu kami, mereka tidak berpuas hati dengan tangkapan ketiga-tiga mereka di bawah ISA,” tambahnya lagi.

Semalam, lima pemimpin KeADILan Antaranya Tian Chua, Pengarah Strategi Saifuddin Nasution; Timbalan Pengarah Pilihanraya Fuziah Salleh, Ketua Penerangan Wanita Elizabeth Wong dan ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi PKR, Low Chee Cheong berlepas ke Taiwan.

Tian Chua turut menambah bahawa hari ini, rombongan BNBBC akan terbang ke Hong Kong.

Pada 8 September lalu, sejumlah 49 ahli  Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) telah bertolak ke Taiwan.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: