jump to navigation

KeADILan Kecam Keganasan Terhadap Petugas Media August 5, 2008

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Datin Seri Dr Wan Azizah, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat, Parlimen Batu, Parti Keadilan Rakyat, PKR Bahagian Batu, Rakyat.
trackback

Kenyataan Media
5 Ogos 2008

Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) mengesali keganasan membabitkan seorang petugas media dan orang awam di ceramah Ketua Umum KeADILAn Anwar Ibrahim di Seberang Jaya, Pulau Pinang pada 3 Ogos 2008.

Dalam kejadian tersebut, seorang jurugambar wanita, Loh Hooi Hoon, dari akhbar Guang Ming Daily, dipukul oleh seorang lelaki yang tidak dikenali sedang beliau membuat liputan di ceramah berkenaan.

KeADILan mengecam keganasan tersebut, yang berlaku di saat-saat Anwar Ibrahim menggerakkan kempen Pakatan Rakyat Menuju Ke Putrajaya menjelang pilihanraya kecil Permatang Pauh.

KeADILan telah menjalankan siasatan keatas hal ini dan mendapati bahawa lelaki yang mengasari Loh bukan anggota Skuad Keselamatan. Ketua Skuad Keselamatan KeADILan di Permatang Pauh, Mazlan Mohd Zaid, mengesahkan perkara tersebut.

Mazlan adalah saksi kejadian tersebut, dan membantu menyelamatkan Loh Hooi Hoon dari serangan lelaki misteri itu.

Kamu mengutuk keras serangan tersebut, yang mungkin dirancang oleh pihak tertentu bagi menimbulkan kekecohan dalam perhimpunan yang dihadiri lebih 30 ribu orang malam itu. KeADILan dan Skuad Keselamatan bersedia bekerjasama dengan pihak polis dalam siasatan berkenaan peristiwa ini.

Kami percaya kejadian seperti ini tidak dilakukan oleh petugas KeADILan, yang sentiasa mengalu-alukan kehadiran wakil media. Sesungguhnya kami berterima kasih kepada pihak media yang memberi liputan yang setimpal kepada KeADILan selama ini.

KeADILan tetap komited kepada kempen yang aman, dan menggerakkan segala sumber parti bagi memastikan keselamatan orang awam, dan wakil media khususnya, supaya kejadian yang sama tidak berulang-lagi. KeADILan juga mengalu-alukan cadangan dan teguran agar segala kelemahan dapat diatasi.

Pagi tadi (5 Ogos), Presiden KeADILan Dr Wan Azizah Wan Ismail telah membuat panggilan kepada Loh bagi merakamkan kekesalan atas apa yang berlaku. Beliau berjanji perkara ini tidak akan berulangan.

Exco Kerajaan Pulau Pinang Law Choo Kiang (Timbalan Pengerusi KeADILan Pulau Pinang), Abdul Malik Abul Kassim (Setiausaha KeADIKan Pulau Pinang) bersama dengan Mazlan bin Mohd Zain juga telah melawat ke Guang Ming Daily tengahari tadi (5 Ogos).

TIAN CHUA
Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat
Ahli Parlimen Batu, Wilayah Persekutuan

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: