jump to navigation

Isu Parking, Pelan KL2020 ‘hangatkan’ dewan July 12, 2008

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aduan Rakyat, Aktiviti Ahli Parlimen, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Isu Tempatan, Kezaliman, Krisis, Pakatan Rakyat, Parlimen Batu, Parti Keadilan Rakyat, PKR Bahagian Batu, Protes, Rakyat, Rally, Sidang Dewan Rakyat.
trackback

Dewan dihangatkan dengan soalan yang bertalu-talu berhubung isu tempat letak kerata dan perlaksanaan Pelan KL2020 yang dibangkitkan Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan dalam sesi penggulungan Kementerian Wilayah Persekutuan.

Antara MP Pakatan Rakyat yang bangkit berhujah termasuklah Chua Tian Chang (Batu), Wee Choo Keong (Wangsa Maju), Dr. Tan Seng Giaw (Kepong), Teresa Kok Suh Sim (Seputeh), Lim Lip Eng (Segambut), Dr. Lo’Lo’ Ghazali (Titiwangsa), Fong Kui Lun (Bukit Bintang).

Sementara itu, N. Gobalakrishnan (Padang Serai) dan Mohd Yusmadi Mohd Yusoff (Balik Pulau) turut mengambil bahagian dalam sesi tersebut.

Perkara yang dibangkitkan mereka itu membabitkan permasalahan perlaksanaan sistem bayaran tempat letak kereta termasuklah tempoh masa bayaran yang didakwa tidak dipatuhi, kesukaran penghuni di tempat perlaksanan sistem itu, dan seumpamanya.

Isu sistem pengangkutan awam juga turut dibangkit sehingga mengakibatkan kesesakan jalan raya kerana rakyat terpaksa menggunakan kenderaan peribadi yang menyebabkan juga masalah tempat letak kereta dan saman.

Dalam masa yang sama MP Pakatan Rakyat juga membangkitkan persoalan pelaksanaan Pelan KL2020 yang digubal tanpa mengambil kira pandangan Ahli Parlimen dan rakyat di Wilayah Persekutuan di samping mempertikai tindakan kementerian yang tidak menerbitkan untuk tatapan umum jilid ketiga pelan tersebut yang menjelaskan secara terperinci pelan itu. – [ Suara Keadilan ]

Penduduk Kampung Baru tolak ‘Draf Plan Bandar Raya KL’

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: