jump to navigation

Pemuda PAS Selangor Harus Dilihat Berhikmah Dalam Tindakan June 18, 2008

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Pakatan Rakyat, Sidang Dewan Rakyat.
trackback

Bukan saya bersetuju dengan persembahan dangdut Mas Idayu dan Rock Ella, namun apa yang lebih penting sekarang kita harus dilihat bertindak sebagai sebahagian daripada Kerajaan atau pemerintah. Bukankah kita sudah memerintah Selangor? Bukankah kita sudah ada kuasa? Banyak cara dan jalan keluar berada ditangan kita, kita punya Menteri besar kita juga ada Exco dikalangan Pas. Untuk membangkang kosert Mas Idayu dan Ella. sedangkan yang punya kuasa memberi permit dan pengajurnya bukankah anak Syarikat Selangor. sepatutnya ada cara yang lebih mudah kerana penganjurnya adalah anak syarikat kerajaan negeri. sepatutnya Pas menggunakan kaedah yang lebih berhikmah, jangan tindakan kita memakan diri. [ dipetik sebahagian dari laman Marhean ]

[ Sultan akan temui Pemuda PAS ]

Comments»

1. kalamutiara - June 18, 2008

inilah masalahnya. kadang2 kita terlalu cepat melatah. mungkin tindakan pemuda pas itu adalah langkah yang sudah diperkirakan (calculated move). jika begitu, ia adalah satu tindakan yang baik. tapi yang lebih penting, semua ahli pakatan rakyat mesti mengubah set minda (mind set) menjadi anggota kerajaan, bukan lagi (ulang: bukan lagi) pembangkang.

2. AnakMudaParlimenBatu - June 19, 2008

Kita harus faham, PAS memperjuangkan politik Islam jadi konsep perjuangan mereka mesti berteraskan agama Islam. Tentang hal konsert ini, kita perlu memandang ke arah dua penyanyi yang di undang. Aspek pemakaian mereka, irama muzik yang mereka bawa. Rock dan dangdut, satu unsur yang boleh membawa kepada benda yang negatif. Kalau susah sangat anjurkan nasyid. Bagi aku senang sahaja batalkan konsert, main bola sahaja. Apa susah. Banyak lagi benda nak dibuat, buang masa sahaja isu ini.

Ayuh rakan2 sertai setiap perhimpunan 5 Julai ini untuk protes harga minyak kerana kita sudah GERAMM. Kita berjuang hingga ke titisan minyak yang terakhir. Silalah ke http://www.GERAMM.org untuk tandatangan tanda protes kenaikan harga minyak.

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

3. budak_batu - June 19, 2008

Rasanya Pemuda PAS tak puas hati aspek persembahan dan pakaian. Tapi kotak fikiran kita asal sebut PAS, PKR dan DAP mesti ingat bantah semua. Tuanku mungkin tak terkecuali. Atau Pemuda PAS tak perincikan bantah. Tak mengapa jika kesan mana-mana ruang kesilapan dengan kenyataan maaf secara terbuka. Pakatan Rakyat sekarang dilihat dah berjalan elok. Sikit-sikit kesilapan tu biasa ler. Keseluruhannya aku puas hati dengan PAKATAN RAKYAT.

4. Orang_tua_batu - June 19, 2008

Bantahan pemuda PAS selangor adalah merupakan mengejutkan orang dari tidur. Kerajaan PR Selangor dah mulai tidur, sepatutnya kerjaan RP Selangor kena ambil berat soal konsert, sebab memang jelas konsert yang melampau boleh meruntuhkan akhlak anak muda. So tak salah jika pemuda PAS selangor nak bantah. Sebaiknya bila ada bantahan, kerajaan kena panggil semua pihak termasuk penganjur untuk melihat dimana silapnya dan cuba perbetulkan. Pemuada PAS cuma bantah penyanyi Ella dan Mas sahaja, Eleycat tak dibantah.
Apakah kita mahu terus dihanyutkan oleh budaya melampau, konsert tak salah aalkan tidak melampau.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: