jump to navigation

Tanah rizab Melayu mesti dipertahankan – Tian May 26, 2008

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aktiviti Ahli Parlimen, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Pakatan Rakyat, Parlimen Batu, Parti Keadilan Rakyat.
trackback

Wakil Rakyat Parlimen Batu – Tian Chua telah mengadakan Majlis Dialog Bersama Penduduk Padang Balang pada 25 Mei lalu bertempat di TASKI Pdg. Balang. Beliau menyeru penduduk mempertahankan tradisi kampung serta kedaulatan tanah rizab Melayu dengan mewujudkan satu mekanisme dengan tujuan agar segala keputusan berkenaan hak mereka membuahkan bersetujuan bersama.

Beliau juga mengingatkan penduduk Padang Balang agar menyemak Draf Pembangunan KL 2020, yang mana Kampung Padang Balang bakal terlibat dalam pembinaan Transit Aliran Ringan (LRT). Draf ini dibuka sekarang untuk sebarang bantahan sehingga akhir Ogos ini.

Bercakap dalam satu majlis dialog bersama penduduk di situ, beliau menasihatkan penduduk mempertahankan tanah rizab Melayu dan tradisi serta budaya kampung supaya tidak mudah diambil kesempatan pihak berkuasa untuk kepentingan mereka.

Penduduk juga mengadukan masalah setempat melibatkan sampah yang tidak terurus, masalah denggi, banjir yang semakin kerap melanda, pendatang asing yang semakin bertambah, penyalahgunaan dadah dan kadar sejanayah semakin meningkat.

Majlis dialog ini turut disertai Haji Muhammad Besar selaku Imam Masjid Kampung Padang Balang, Ketua PAS Cawangan Padang Balang, Wakil Peribadi Ahli Parlimen Batu, Pegawai Hal Ehwal Parlimen Batu, Timbalan Ketua Bahagian PKR Batu, Ketua AMK Batu.

Comments»

1. Md Shah - May 26, 2008

saya sokong saranan tian chua, pertahan tanah rizab melayu

2. Amir Hamzah Amha - June 3, 2008

oi! mana abang mc hensem tu?!! semua ada kecuali aku!

3. keadilanbatu - June 3, 2008

cameraman pun satu hal. mcmana mc sebelah pengerusi boleh ter’crop’ gambar. kes naya betul.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: