jump to navigation

2 Ahli Parlimen PKR Berganding Bahu Bantu Selesai Masalah Rakyat! May 20, 2008

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aktiviti Ahli Parlimen, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Pakatan Rakyat, Parlimen Batu, Parti Keadilan Rakyat, Sidang Dewan Rakyat.
trackback

PENDUDUK Kampung Puah yang terletak bersempadanan dengan Kawasan Parlimen Wangsa Maju telah mengadakan perhimpunan aman bagi membantah pembinaan sebuah sejantas yang merentangi lebuhraya baru Duta-Ulu Kelang

Penduduk mendakwa pembinaan jejantas yang dibina hanya untuk pejalan kaki sahaja tanpa laluan basikal dan motosikal. Bagi penunggang

basikal dan motosikal, mereka terpaksa melalui jalan yang begitu jauh untuk sampai ke Kampung Puah. Oleh yang demikian, masalah terpaksa dihadapi oleh ibu bapa yang menghantar anak-anak untuk pergi mengaji al-Quran selain ke kelas-kelas tuisyen. Untuk pengetahuan umum, Taman Dato’ Senu terletak di Kawasan Parlimen Batu manakala Kampung Puah terletak di Kawasan Parlimen Wangsa Maju.

YB Tian Chua (Ahli Parlimen Batu) dan YB Wee Choo Keong (Ahli Parlimen Wangsa Maju) telah hadir pada perhimpunan tersebut bagi meninjau sendiri bantahan rakyat. Kedua-dua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat itu bersetuju untuk membantu menyelesaikan rintihan rakyat dengan membawa perkara tersebut pihak yang bertanggungjawab seperti pemaju lebuhraya dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur selain telah membangkitkan perkara itu beberapa kali di Parlimen.

Perhimpunan aman yang bermula sekitar jam 10.30 pagi disertai kira-kira seramai 150 orang selain Ahli-Ahli Rukun Tetangga, wakil Persatuan Penduduk Flet Sentul Utama, aktivis-aktivis masyarakat serta penduduk berhampiran.

Rata-rata mereka semua sangat-sangat berharap agar kedua-dua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat itu mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: