jump to navigation

Siasat penyelewengan pembelian peralatan tentera – MP Permatang Pauh May 6, 2008

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aktiviti Ahli Parlimen, Datin Seri Dr Wan Azizah, Pakatan Rakyat, Parti Keadilan Rakyat, Sidang Dewan Rakyat.
Tags:
trackback

Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendesak kerajaan menubuhkan segera Suruhanjaya Bebas menyiasat skandal penyelewengan dalam pembelian peralatan ketenteraan.

Semasa berucap dalam Perbahasan Menjunjung Titah Ucapan Yang DiPertuan Agong di Dewan Raykat hari ini beliau menegaskan, siasatan perlu dilakukan segera memandangkan ianya adalah wang rakyat yang diselewengkan.

Wan Azizah mempertikaikan komisen-komisen yang diberikan kepada beberapa ‘proksi’ dalam pembelian Jet Pejuang dan Kapal Selam yang dikaitkan dengan penasihat kepada Timbalan Perdana Menteri, Abdul Razak Baginda dan Tan Sri Adip Adam yang menjadi tanda tanya hingga kini.

Menurutnya pemberian komisen yang melampau mencecah antara 450 juta hingga 500 juta kepada kedua-dua individu tersebut sangat disangsikan, dan ianya perlu kepada satu siatan terbuka.

Beliau berkata, rakyat tidak mahu wang awam digunakan hanya untuk mengkayakan kroni-kroni tatkala rakyat kini semakin terhimpit dengan kesengsaraan berhubung kenaikan kos hidup.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: