jump to navigation

Perutusan Presiden Parti Keadilan Rakyat May 5, 2008

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aktiviti Ahli Parlimen.
Tags:
trackback

Tanggal 1 Mei adalah tarikh penting dan bermakna buat kita mengenang jasa, bakti serta sumbangan golongan pekerja yang sememangnya diakui sebagai tulang belakang kepada sesebuah negara.

Di Malaysia, kaum pekerja baik sektor awam mahupun swasta telah memberi sumbangan besar dalam ekonomi negara sehingga pertumbuhan ekonomi pada tahun 2007 mencapai 6.3% sebagaimana yang diunjur Bank Negara. Sekadar mengisytiharkan 1 Mei sebagai cuti umum pastinya tidak memadai untuk menghargai sumbangan mereka tersebut.

Apa yang lebih utama ialah dasar-dasar kerajaan seharusnya dapat menjamin hak dan kebajikan pekerja agar mereka dapat terus memberi sumbangan yang lebih besar dalam pembangunan negara.

Maka tuntutan dua pertubuhan utama para pekerja iaitu Kongres Sekerja Malaysia (MTUC) dan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) wajar diberi perhatian serius oleh kerajaan sebagai landasan pembentukan dasar-dasar ekonomi.

KeADILan tetap komited dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara dan pada masa yang sama memperjuangkan golongan pekerja menerusi konsep “KeADILan Mesra Pekerja” sebagaimana yang digariskan dalam Kongres Tahunan 2007. Begitu juga di dalam agenda “Ekonomi Maju untuk Semua” dalam Manifesto Pilihanraya ke 12 yang lalu.

Antara tuntutan dan sasaran utama kita ialah meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia pada paras 8%, melaksanakan gaji minimum pada kadar RM1500 dan menggantikan Dasar Ekonomi Baru dengan dasar afirmatif yang berasaskan keperluan.

KeADILan juga menyeru kerajaan meneliti tuntutan Cuepacs agar saguhati sebanyak RM2,000 dibayar kepada setiap kakitangan kerajaan bagi menggantikan pemberian bonus sejajar dengan kos sara hidup yang tinggi di samping mempertimbangkan tuntutan lain.

KeADILan juga mendesak kerajaan menggunakan kekuatan politik dalam membenteras seluruh rangkaian korupsi dan monopoli yang merugikan rakyat agar sumbangan kaum pekerja dapat dinilai semaksima mungkin. Hanya dengan pentadbiran yang bebas rasuah, telus dan penuh pertanggungjawaban akan dapat merancakkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara.

Akhirnya, saya dan seluruh warga keADILan mengambil kesempatan ini merakamkan tahniah dan penghargaan buat setiap pekerja di negara ini yang sanggup berkorban membangunkan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

DATIN SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Ahli Parlimen Permatang Pauh merangkap Ketua Pembangkang
Presiden Parti Keadilan Rakyat

Comments»

1. Joyce - May 5, 2008

Hi Tian,

I was googling some PKR stuff in Penang, then I came along the new web of Yusmadi which is:

http://www.yusmadi.com/

So, I think you need to replace the old ONEwhich is listed among the PKR MPs webs. Thanks.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: