jump to navigation

Suara KeADILan perolehi kelulusan permit April 21, 2008

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aktiviti Ahli Parlimen.
Tags:
trackback

21 April – Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) melihat keputusan Menteri Dalam Negeri (KDN) Dato’ Seri Syed Hamid Albar untuk meluluskan permohonan permit akhbar Suara Keadilan, adalah satu kejayaan kepada perjuangan KeADILan selama tiga tahun menuntut permit diluluskan.
KeADILan mengalu-alukan pengumuman Menteri Dalam Negeri meluluskan akhbar ini serta mengkaji semula Akta Mesin Cetak dan Penerbitan hari ini, kata Ketua Peneranganya, Tian Chua.
Baginya tindakan melulus permit selain mengkaji akta itu wajar kerana ia sejajar dengan tuntutan KeADILan dan pertubuhan masyarakat sivil dalam menuntut hak untuk bersuara dan hak setiap parti memiliki dan menerbitkan surat khabar sendiri.
Maka, keputusan KDN ini akan dapat membuka lebih banyak ruang untuk kritikan serta menyebarkan idea-idea reformasi KeADILan dengan lebih meluas dan berkesan, katanya.
“Bagaimanapun, tindakan KDN meluluskan permit Suara KeADILan dalam tempoh 50 hari selepas pilihan raya adalah sekelumit dari permasalahan yang jauh lebih besar, iaitu dasar kerajaan BN yang masih mengongkong kebebasan media dengan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Akta Hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri,” katanya.
Sekiranya kerajaan BN bersungguh-sungguh ingin memulihkan demokrasi dalam negara, akta-akta yang menyekat harus dimansuhkan, katanya.

Petikan Sumber HARAKAHDAILY

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: