November 1, 2009
Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Pakatan Rakyat.2 comments
The judgment was not fair as the judge and prosecution had relied on the evidence of the constable and based it on circumstantial evidence. Join this movement to show your support to Tian Chua NOW.
October 21, 2009
Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aduan Rakyat.9 comments
Penduduk di Parlimen Batu boleh menyalurkan aduan berkaitan masalah di tempat masing-masing ke Dewan Bandaraya Kuala Lumpur:
Pusat Khidmat ini akan cuba memanjangkannya ke pihak DBKL untuk diteliti.
Sila kemukankan senarai berikut dengan lengkap:
1). Nama Penuh
2). Nomber telefon untuk dihubungi ataupun e-mail
3). Lokasi aduan
4). Gambar-gambar berkaitan aduan (amat digalakkan)
Anda juga boleh terus ke lamanweb DBKL di sini.
April 4, 2011
Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Pakatan Rakyat.2 comments
Jelas, perut pelakon yang lebih besar berbanding perut sebenar Anwar Ibrahim!
Lihat pula wajah dari sisi kamera, sah itu BUKAN ANWAR!!
Lihat pula perut Anwar Ibrahim semasa sidang media di Merchant Square, Petaling Jaya, 21 Mac lalu!
dari blog niknazmi
Sewaktu ‘Dato’ T’ mula-mula menayangkan video skandal seks yang kononnya melibatkan pemimpin pembangkang di Carcosa Seri Negara dan saya tegaskan bahawa video tersebut palsu, tukang sorak-tukang sorak UMNO bertanya bagaimana saya yakin bahawa video tersebut bukan melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila saya belum menontonnya. Hari ini saya terpaksa menonton sedutan video tersebut. Selepas menonton video tersebut, kenyataan awal saya terbukti benar memandangkan sosok dan lenggok badan watak utama termasuk perut yang menonjol jelas sekali bukan sosok badan Anwar. Hakikat ini mungkin tidak jelas bagi mereka yang tidak mengenali Anwar secara dekat, tetapi sebagai bekas Setiausaha Sulit beliau selama dua tahun saya tahu bahawa itu bukan Anwar. Apatah lagi saya mengenali keperibadiannya sebagai seorang Muslim dan pemimpin keluarga yang baik. Jelas sekali video ini dibuat untuk tujuan politik. Tarikh video ini ditayangkan kepada wartawan dan seterusnya kini didedahkan sedutannya kepada umum dibuat untuk tujuan strategik sempena Pilihan Raya Negeri Sarawak. Enam persoalan asas masih belum terjawab:
1. Mengapa Rahim Tamby Chik, Shazril Eskay dan Shuib Lazim tidak berani mendedahkan diri mereka ketika mula-mula menayangkan video kepada editor-editor kanan milik Barisan Nasional di Carcosa?
2. Siapakah individu ketiga dalam video tersebut? Kehadiran lelaki ketiga yang bertindak seperti pengarah video menggambarkan ini bukan rakaman CCTV rahsia sebagaimana didakwa Dato’ T.
3. Adakah mereka tidak yakin dengan kewibawaan moral mereka sendiri ataupun khuatir bahawa rakyat akan menyimpulkan video ini satu lagi usaha UMNO-Barisan Nasional untuk menyerang Anwar memandangkan ketiga-tiga mereka mempunyai hubungan dengan UMNO khususnya Tun Dr. Mahathir Mohammad dan Datuk Seri Najib Tun Razak?
4. Dato’ T mendakwa video ini dirakam di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Namun tulisan di dalam video tersebut (di dalam bahasa Thai) apabila diterjemah menyebut “Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011”. Adakah video ini sebenarnya video lucah Thai yang tiada kaitan dengan Malaysia?
5. Mengapa UMNO diam membisu tentang pandangan tiga mufti: Dr Juanda Jaya (Perlis), Datuk Tamyes Abd Wahid (Selangor) dan Datuk Mohammad Shukri Mohammad (Kelantan) yang meminta umat Islam mengesahkan dulu sebarang maklumat yang datang daripada pihak yang fasik? Malah, Tan Sri Harussani Zakaria (Perak) juga mengeluarkan pandangan serupa tetapi menurutnya tidak dilaporkan Utusan Malaysia.
6. Mengapa pihak polis yang tegas memberi amaran kepada orang ramai jangan mengedar video Chua Soi Lek dahulu (yang diakui Soi Lek sendiri benar) tidak mengambil pendekatan sama kali ini?
Sudah sampai masanya kita menghentikan politik fitnah kotor dan keji yang merendahkan wibawa politik negara kita. Pada awal tahun ini rakyat menaruh harapan terbitnya Buku Jingga Pakatan Rakyat akan memulakan budaya baru politik mengenai idea dan polisi yang menandakan kematangan masyarakat negara kita. Malangnya bukan sahaja Najib menolak berbahas mengenai Buku Jingga, tetapi dalam keadaan beliau terdesak kini nampaknya membiarkan budaya politik busuk terus bermaharajalela. Ketika arus demokrasi berkembang pesat di seluruh dunia, politik Malaysia nampaknya masih lagi pada takat yang lama.
Majlis Pelancaran Gerak Kerja PRU13 Parlimen Batu & Hi-Tea Bersama Pimpinan PR March 6, 2011
Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Pakatan Rakyat.1 comment so far
Tarikh : 13 Mac 2011
Masa : 4.00 petang – 8.00 malam.
Tempat : Dewan Mutiara, Tingkat 4, Kompleks Mutiara, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
Jemputan khas :
1. YB Tian Chua
2. YB William Leong
3. YB Khalid Samad
4. YB Saifuddin Nasution
5. Pimpinan PKR Negeri
6. Pimpinan PAS Batu
7. Pimpinan DAP Segambut
Untuk maklumat lanjut hubungi :
012-6752885 - Sdri Hartini 010-5451030 - Sdr. Kamil
Tian Chua vows to soldier on October 22, 2009
Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Badan Kehakiman, ISA, Kezaliman, Pakatan Rakyat, Parti Keadilan Rakyat, Polis DiRaja Malaysia, Protes, Video.add a comment
Batu PKR MP Tian Chua has promised to continue serving as a Parliament representative despite the looming threat of losing his seat.
October 22, 2009
Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Anti-ISA, Badan Kehakiman, Isu Nasional, Isu Tempatan, Kezaliman, Pakatan Rakyat, PKR Bahagian Batu, Polis DiRaja Malaysia, Protes, Rakyat, Rally, Video.add a comment
This video by Chitoo shows the entire sequence of event, where was the bite?
Al-Fatiha kepada Allyarham Abd Hamid October 8, 2009
Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Pakatan Rakyat.add a comment
Isnin 5 Oct 2009 bersamaan 16 Syawal 1430. Parti Keadilan Rakyat Cabang Batu serta JDM/UPU Taman Batu Muda KL kehilangan seorang Petugas/Pejuang Penegak ‘KEADILAN’ yang telah kembali ke Ramahtullah pada Isnin dalam 4 petang. Allahyarham menderita kesakitan kerana menghadapi penyakit Kanser Usus.
Allahyarham adalah seorang aktivis sejati dimana beliau terlibat dalam kempen beberapa pilihanraya terutama kawasan beliau duduki Parlimen Batu. Beliau juga bekas Ahli Bina Badan anak Selangor dan pernah menjuarai kejohanan yang disertainya.
Allahyarham meninggalkan seorang balu beberapa orang anak dan cucu. Beliau juga seorang Pejuang ‘MASA PERUBAHAN’ tanpa mengenal penat dan waktu apabila membuat persiapan jentera P/raya, Allahyarham seorang pencinta ‘Kebenaran dan Keadilan’
Allahyarham juga bergerak Aktif membantu menyelesaikan beberapa masaalah setempat dan mengemukkan kepada Yb. Tian. Yb. Tian Chua juga terharu pemergiannya dan teramat sedih kerana tidak dapat menziarah Jenazah dan mengiringi Jenazah ke Tanah Perkuburan TKP-2 kerana berada diluar negara nanum Yb. Tian sempat menziarahi Allahyarham dan mendoakan beliau cepat sembuh sebelum sambutan Hari Raya.
Timbalan Cabang Batu Sdr. Kamil Samad, amat merasai kehilangan ‘Pejuang’ dimana Sdr Kamil kerap berhubung dengan Allahyarham bertanya khabar. Kali terakhir berjumpa Allahyarham semasa melawat Allahyarham jam 1 tengahari sebelum beliau menghembus nafas terakhir jam 4 petang
Jemputan Rumah Terbuka October 8, 2009
Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Pakatan Rakyat.add a comment
Sabtu 3-Oct 2009. Pejabat Perlimen Batu yang diwakili Petugas pejabat mewakili telah mengadiri jemputan Rumah Terbuka Eudil Fitri anjuran JIM (Jemaah Islam Malaysia).Dengan Ahli Jawatan Kuasa JIM yang berpakaian Baju Melayu nampak segak dan sajian yang disediakan wanita amat enak sekali. Bergabai lapisan masyarakat turut meraikan majlis tersebut. Pejabat Parlimen Batu mengucapkan Ribuan Terimakasih layanan yang mesra diberikan
Sejurus lepas bersama rumah terbuka bersama JIM, rombongan pejabat Parlimen Batu memenuhi jemputan salah seorang Ahli Jawatan Kuasa Cabang Batu di Taman Kepong. Terimakaish kepada tuan rumah yang menajikan makanan pelbagai rasa dan suasana yang meriah kehadiran sanak saudara majlis tersebut. Terimakasih.
Ahad 4-Oct 2009. Parlimen Batu mewakili Yb Tian Chua hadir ke rumah Terbuka Aidil Fitri Sentul Utama anjuran Surau At-Taqwa. Majlis yang meriah dengan sajian makanan yang enak.
Pejabat Parlimen Mengucapkan terimakasih dan Taniah kepada Ahli Jawatan Kuasa program kerana mengaturkan program dengan baik dan mendapat sambutan dari penduduk tempatan.
Pada sebelah malam, Pas Kawasan Batu telah mengadakan rumah terbuka bagi Kawasan Batu. Program yang bermula jam 8.45mlm dihadiri dari berbagai lapisan masyarakat dan golongan.
Parlimen Batu diwakili Timbalan Ketua Cabang serta beberapa ahli jawatan kuasa turut menjayakan majlis rumah terbuka Pas Kawasan Batu. Dalam majlis tersebut ada disampaikan sumbangan keapda peserta Tadarus untuk kanak-kanak .
30/9-Ucapan Takziah Kepada Exco Wanita Rozaini September 30, 2009
Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Pakatan Rakyat.add a comment
Rabu 30 September 2009. Ahli Parlimen Batu inging mengucapkan Salam Takziah kepada Ahli keluarga Rozaini yangmana beliau kehilangan Bapa Saudara tersayang yang kembali ke Rahmatullah pada 29/9 dalam 4 petang.Allahyarham Hj Abdullah Bin Hussein yang berumur 88 tahun menghembus nafas terakhir di rumah beliau ketika sedang duduk berehat.Apa yang dimaklumkan.Apabila salah seorang anak beliau cuba membangunkanbeliau untuk solat Asar. Pada ketika itu baru keluarga sedari yang Allahyarham Hj Abdullah Bin Hussein
sudah tidak bernafas lagi. Balu Allahyarham Hajjah Khadijah (Gambar Kanan duduk berkerusi roda) reda permergian suami beliau.
Kepada semua pembaca Blok Keadilan Batu sama-sama kita sedekahkan Al-Fatiha kepada Allahyarham Hj Abdullah Bin Hussein semoga Rohnya ditempatkan bersama-sama orang Soleh Beriman.Amin
28/9-Yb. Batu Bersama Masyarakat India (Northern) Sambutan Perayaan Agama September 30, 2009
Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Pakatan Rakyat.add a comment
Isnin 28 Spetember 2009. Ahli Parlimen Batu hadir menyambut Perayaan Agama bagi kaum Masyarakat India Utara. Kehadiran yb. disambut oleh Presiden kuil tersebut. Kuil Lakasmai yang terletak di Jalan Kasapilai Jalan Ipoh adalah salah satu Kuil bagi Masyarakat india yang datang dari India Utara atau senang dikenali golongan Hindi (Filem Bollywood)
Ramai yang hadir di upacara sembahyang di kuil tersebut dimana bagi Kalender Mayarakat tersebut adalah bulan terakhir.
26/9-Kebakaran Tingkat 13 PPR Intan Baiduri September 30, 2009
Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Pakatan Rakyat.add a comment
Sabtu 26 September 2009. Satu keluarga yang tinggal di PPR intan Baiduri tinggal sehelai sepinggang kerana terlibat Kebakaran ti tingkat 13. Mengikut cerita En Bala Semasa kejadian kebakaran berlaku sekilip mata dimana disyaki berpunca dari Peti Ais yang terletak di ruang tengah tetamu. En Bala tidak dapat berbuat apa-apa melainkan menyelamatkan anak mereka yang berumur 5 dan 6 tahun. Beliau bershukur kerana atas Keprihatinan jiran-jiran yang datang menolong membantu telah bertindak pantas mengeluarkan tong gas dari rumah bagi mengelakkan kejadian yang buruk berlaku di Flat PPR intan Baiduri dimana kadar risiko jika letupan berlaku di Flat tersebut akan menjadi teruk lagi.
Jesturu mendapat maklumat kejadian dari Yb Tian Chua yang ketika itu berada di Serawak, skuad Parlimen Batu telah membuat kunjungan ke rumah dan melawat keluarga yang terlibat bersama-sama beberapa AJK,Wanita,AMK Cabang Batu.
Dalam kunjungan yang diketuai Sdr Kamil Samad (Timb. Ketua Cabang Batu) telah menyumbangkan kewangan dan Hamper makanan dari Parlimen Batu bagi mengurangkan bebanan keluarga yang terlibat dalam kebakaran tersebut.
25/9-Hari Pergulungan Hujah Tuduhan Ahli Parlimen Batu September 30, 2009
Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Pakatan Rakyat.add a comment
Jumaat 25 Sep. 2009. Ahli Parlimen Batu Hadir ke Makamah Majistret Jalan Duta bagi mendengar hari Hujah Pergulungan oleh Pendakwa dan Peguam Bela Yb Tian Chua dan juga hari Tarikh keputusan Makamah bagi tuduhan Cuba Mendatangkan Kecederaan Kepada anggota Polis pada tahun 2007.
Hakim Majistret Tingkat 4 Bilik Jenayah 2 telah menentukan hari jatuh hukuman pada 22 October 2009 jam 10 pagi.
Semua Penyokong ‘KEBENARAN’ diminta hadir bagi mendengar keputusan yang akan menentukan nasib Ahli Parlimen Batu Yb. Chua Tian Chang.
20/9-SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI September 21, 2009
Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Pakatan Rakyat.add a comment
Ahad 20 Sept. 2009- Ahli Parlimen Batu Ingin Mengucapkan ‘SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN’.
Hari raya pertama Yb Tian telah mengunjungi beberapa buah rumah dengan berpakaian Baju Melayu menyusuaikan musim perayaan dan memberi tanda hormat sebagai Rakyat Malaysia dan Juga Ahli Parlimen Batu.
Sejerus membuat kunjungan kebeberapa rumah kawasan batu, Yb Tian Chua berangkat ke Shah Alam untuk menghadiri Rumah Terbuka Menteri Besar Shah Alam yang diadakan di Dewan SACC section 1.
Beginilah suasana rumah terbuka Menteri Besar Selangor yang dibanjiri berbagai Bangsa dan Agama.
Menteri Besar Selangor menyambut Bersalaman masyarakat yang hadir rumah terbuka menteri Besar Selangor.
16/9-Berbuka Puasa Bersama Ranting Sri Murni September 18, 2009
Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Pakatan Rakyat.add a comment
Rabu 16 Sep 2009. Yb. Tian Chua telah dijemput untuk berbuka puasa bersama-sama dengan ahli jawatankuasa ranting Taman Sri Murni.
Majlis tersebut telah diadakan di sebuah kedai makan yang teletak dikawasan perumahan tersebut. Selesai berbuka puasa, ahli Parlimen Batu mengambil peluang untuk bersalaman mengucapkan ‘Selamat Hari Raya’ dengan penduduk yang berbuka puasa di sekitar kedai makan tersebut.
Selesai acara berbuka puasa, Ahli Parlimen telah menghadiri satu majlis penyampai sumbangan kepada peserta tadarus Al-Quran di sebuah Surau Sentul Utama. Dalam majlis tersebut sumbangan telah diagihkan kepada ibu tunggal, anak yatim dan warga miskin. Selesai acara sumbangan, Yb bersama kariah surau menjamah makanan yang disediakan. Terimakasih dan Taniah Yb. kepada Jawatan Kuasa Surau serta Penduduk yang menggendalikan program tersebut dengan teratur dan kemas.
15/9-Berbuka Puasa Bersama Jemaah Masjid September 18, 2009
Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Pakatan Rakyat.add a comment
Selasa 15 Sep 2009. Dalam kesibukan jadual di pagi hari. Ahli Parlimen Batu telah dijemput untuk bersama-sama jamaah Masjid Lorong Haji Salleh untuk berbuka puasa. Majlis yang dihadiribersama-sama beberapa ahli cabang batu disambut mesra oleh jemaah. Ucapan Ribuan Terimakasih dari Pejbat ahli Parlimen kepada Jawatan Kuasa Masjid atas jemputan majlis tersebut.