Al-Fatiha kepada Allyarham Abd Hamid October 8, 2009
Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Pakatan Rakyat.trackback
Isnin 5 Oct 2009 bersamaan 16 Syawal 1430. Parti Keadilan Rakyat Cabang Batu serta JDM/UPU Taman Batu Muda KL kehilangan seorang Petugas/Pejuang Penegak ‘KEADILAN’ yang telah kembali ke Ramahtullah pada Isnin dalam 4 petang. Allahyarham menderita kesakitan kerana menghadapi penyakit Kanser Usus.
Allahyarham adalah seorang aktivis sejati dimana beliau terlibat dalam kempen beberapa pilihanraya terutama kawasan beliau duduki Parlimen Batu. Beliau juga bekas Ahli Bina Badan anak Selangor dan pernah menjuarai kejohanan yang disertainya.
Allahyarham meninggalkan seorang balu beberapa orang anak dan cucu. Beliau juga seorang Pejuang ‘MASA PERUBAHAN’ tanpa mengenal penat dan waktu apabila membuat persiapan jentera P/raya, Allahyarham seorang pencinta ‘Kebenaran dan Keadilan’
Allahyarham juga bergerak Aktif membantu menyelesaikan beberapa masaalah setempat dan mengemukkan kepada Yb. Tian. Yb. Tian Chua juga terharu pemergiannya dan teramat sedih kerana tidak dapat menziarah Jenazah dan mengiringi Jenazah ke Tanah Perkuburan TKP-2 kerana berada diluar negara nanum Yb. Tian sempat menziarahi Allahyarham dan mendoakan beliau cepat sembuh sebelum sambutan Hari Raya.
Timbalan Cabang Batu Sdr. Kamil Samad, amat merasai kehilangan ‘Pejuang’ dimana Sdr Kamil kerap berhubung dengan Allahyarham bertanya khabar. Kali terakhir berjumpa Allahyarham semasa melawat Allahyarham jam 1 tengahari sebelum beliau menghembus nafas terakhir jam 4 petang











Comments»
No comments yet — be the first.