26/9-Kebakaran Tingkat 13 PPR Intan Baiduri September 30, 2009
Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Pakatan Rakyat.trackback
Sabtu 26 September 2009. Satu keluarga yang tinggal di PPR intan Baiduri tinggal sehelai sepinggang kerana terlibat Kebakaran ti tingkat 13. Mengikut cerita En Bala Semasa kejadian kebakaran berlaku sekilip mata dimana disyaki berpunca dari Peti Ais yang terletak di ruang tengah tetamu. En Bala tidak dapat berbuat apa-apa melainkan menyelamatkan anak mereka yang berumur 5 dan 6 tahun. Beliau bershukur kerana atas Keprihatinan jiran-jiran yang datang menolong membantu telah bertindak pantas mengeluarkan tong gas dari rumah bagi mengelakkan kejadian yang buruk berlaku di Flat PPR intan Baiduri dimana kadar risiko jika letupan berlaku di Flat tersebut akan menjadi teruk lagi.
Jesturu mendapat maklumat kejadian dari Yb Tian Chua yang ketika itu berada di Serawak, skuad Parlimen Batu telah membuat kunjungan ke rumah dan melawat keluarga yang terlibat bersama-sama beberapa AJK,Wanita,AMK Cabang Batu.
Dalam kunjungan yang diketuai Sdr Kamil Samad (Timb. Ketua Cabang Batu) telah menyumbangkan kewangan dan Hamper makanan dari Parlimen Batu bagi mengurangkan bebanan keluarga yang terlibat dalam kebakaran tersebut.














Comments»
No comments yet — be the first.