22/7-Rumah PPR Batu Muda Terbakar July 24, 2009
Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Pakatan Rakyat.add a comment
Rabu 22 Julai, Masa kejadian 10.30 malam bertempat Tingkat-3 Perumahan Awam (PPR) Batu Muda Off Jalan Ipoh Kuala Lumpur. Satu kebakaran telah berlaku di kawasan perumahan tersebut. Rumah tersebut dimiliki oleh seorang buta. Semasa kejadian dimaklumkan 2 orang anak tidur di ruang tamu dan tuan rumah berada di kedia Urutnya yang berada di tingkat bawah dan isteri
berkerja. Syukur kepada Tuhan kerana atas kepekaan jiran-jiran sekeliling telah mengambil tindakan cepat dengan menjerit Meminta Tolong untuk memadamkan api yang berlaku di Bilik hadapan. Tindakan cepat telah memecah mangga besi tempat pemadam api (fire Hose) dan menarik getah. Sementara anak-anak dapat dikeluarkan kebetulan Ibu yang baru pulang dari kerja. Kebakaran melibat sebuah bilik tidur, ia tidak merebak kerana pintu bilik tersebut tertutup. Oleh kerana pintu bilik tertutup api tidak merebak ke ruang dapur dan tamu.
22/7-Dari Makamah ke Sumbangan MUE July 24, 2009
Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Pakatan Rakyat.add a comment
Rabu 22 Julai jam 5 petang. Sekembalinya dari Mahkamah Jalan Duta. Ahli Parlimen Batu Yb. Tian Chua memenuhi jadualnya dengan hadir sendiri ke rumah Allahyarham Abd. Manap Bin Muktar(67 tahun) yang telah kembali ke Rahmatullah pada hari Selasa 21 Julai petang. Yb. Tian Chua mengucapkan Takziah kepada Ahli Keluarga terutamanya Isteri Allahyarham iaitu Pn Mahanom Bt. Md. Yunus.
Kedatangan Yb Batu bukan kali pertama ke rumah Allahyarham En Manap tapi pada tahun 2008 sewaktu Ribut dan hadir bersama Badan NGO ‘Habitat’ dan beberapa Artis Hollywood yang membuat pertunjukkan di Pusat Peranginan Genting Highland.
Tapi pada kali ini Yb hadir atas kapasiti wakil Kerajaan Negeri Selangor kerana Allahyarham telah mendaftar menjadi Ahli Mesra Usia Emas(MUE) pada awal tahun ini.Allayahyarham merupakan Anak Selangor yang membesar di Kampung Padang Balang. Beliau juga seorang OKU yang mana beliau lumpuh sekian lama.
Semasa sumbangan dibuat turut hadir anak dan adik beliau. Semasa sumbangan dibuat balu beliau mengucapkan Ribuan Terimakasih keapda Kerajaan Negeri Selangor atas sumbang yang diberikan.
Kepada pembaca Blog Keadilan Batu harap sama-sama kita sedekahkan Al-Fatiha kepada Allahyarham Abd Manap Bin Muktar semoga Rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang Mukmin dan Solh. Amin
Yb. Tian Chua Di Panggil Bela Diri Kes 2007 July 24, 2009
Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Pakatan Rakyat.add a comment
20 July-22 July, Ahli Parlimen Batu Yb. Tian Chua berada di Mahkamah Majistret Tingkat 4 untuk pendengaran ‘Bela Diri’ di kadang saksi. Tetapi pada hari Isnin 20 July, ahli Parlimen Batu telah meminta kes di tangguhkan kepada hari Selasa kerana ada upacara penghormatan terakhir kepada Pembantu Peribadi Exco Selangor iaitu mendiang Teoh Beng Hock.
Pada 21 dan 22 July kes didengar kembali. Peguam Yb. Tian telah menyoal Yb. Tian yang duduk di kerusi saksi setelah meyaksikan tayangan Video pada hari kejadian yangmana bermulalah ‘Babak Kes’ sebelum menjadi Sebagai Yang Berhormat. Sepanjang hari itu Peguam yb. Tian telah mengemukkan beberapa pertaanyaan sebelum deserahkan kepada Pendawaraya.
Pertanyaan timbas balik oleh bahagian Pendakwaraya dibuat pada hari Rabu 22 July. Kes yang bermula pagi sampai ke petang akhirnya di tangguhkan pada jam sekitar 4.30 kepada 30 July hari Khamis bermula 2 petang dan di sambung semula pada 31 July hari Jumaat bermula 9.30 pagi.
Kepada sesiapa yang mempunyai masa lapang dijemput ke Makamah Jalan Duta tingkat 4 kamar Makamah Majistret jenayah 2 bagi memberi sokongan Moral pada Ahli Parlimen Batu.


















