16/7-Tian Chua Kg Chubadak Jalan Sentul July 22, 2009
Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Pakatan Rakyat.add a comment
Khamis 17 July jam 930 malam bertempat Kampung Chubadak Jalan Sentul. Satu sessi perjumpaan dan dailog bersama Ahli Parlimen Batu YB Tian Chua telah diadakan di salah sebuah rumah di kawasan Kampung tersebut. Ini adalah perjumpaan yang Istimewa kepada YB Tian Chua kerana ini Perjumpaan dan Dailog Rakyat yang melibat semua golongan tanpa mengira FAHAMAN POLITIK DEMI MEMPERTAHANAN KAMPUNG mereka yang cintai. Syabas penduduk Kampung.
Dalam sessi ucapan Pengerusi telah menerangkan bahawa Kampung Chubadak diterokai oleh nenek moyang mereka sebelum tertubuhnya Bandaraya K.L. Keluhan mereka ini juga susulan tindakan isu yang dibangkitkan oleh Jawatankuasa Bertindak Penduduk Kampung Padang Balang pada ‘Post’ yang lalu. Atas kapasiti Wakil Rakyat Parlimen Batu yang dimenangi oleh Yb. Tian Chua pada pilihanraya ke 12. Penduduk Kampung telah meluahkan perasaan Bantahan Draft 2020 kepada ahli Parlimen Batu untuk membawa perkara ini kepada peringkat Parlimen yang diwakili beliau dan menjemput mempertahanan Kampung
Mereka jika sesuatu perkara berlaku keatas Kampung mereka.
Dalam sessi penerangan oleh Yb. Tian Chua, memaklumkan bahwa beliau telah membangkitkan beberapa soalan di sidang Dewan Rakyat di Parlimen mengenai status Tanah bagi Rezab Melayu di kawasan Wilayah Perseketuan khususnya Parlimen Batu. Selepas majlis penerangan sessi dailog diadakan sebelum majlis ditutup. Dalam jawapan Yang Berhomat Parlimen Batu, beliau akan memberi Kerjasama dan Komited Membantu bersama penduduk Kampung bukan sahaja di Kg Chubadak namum di Kg
Berembang yang berlaku pada tahun 2007 semasa beliau belum menjadi Wakil rakyat. Diakhir sessi Dailog Rakyat beberapa perkara masaalah setempat di bangkitkan dan diambil perhatiaan oleh Yb. Tian seperti Sampah dan lain-lain perkara.
Bagi pihak Pejabat Ahli Parlimen dan Yb. Tian Chua mengucapkan ribuan terimakasih kepada penduduk Kampung yang sudi meluangkan masa untuk hadir dimalam hari yang tamat sekitar juam 11.30 mlm.
15/7-Sumbangan MUE OKU July 22, 2009
Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Pakatan Rakyat.add a comment
Rabu 15 July, Pejabat Ahli Parlimen diwakili En Kamil Samad dan En Hassan Haroon telah berkunjung ke rumah Allayarham En Rusman Bin Harun yang kelahiran Anak Selangor telah menghembus nafas terakhir dua minggu yang lalu dalam usia yang muda umur 41 tahun. Beliau meninggal seorang balu dan seorang anak yang berusia 5 tahun. Allahyarham En Rusman lumpuh sebelah badan hampir 3 tahun dan beliau berstatus OKU (Orang Kurang
Upaya) pemegang KAD dikeluarkan oleh JKM. Allahyarham Rusman Bin Harun adalah penerima pertama berstatus Orang Kurang Upaya untuk sumbangan Mesra Usia Emas di kawasan Parlimen Batu.
Semasa sumbangan diserahkan bersama wakil JDM wanita Kg. Padang Balang. Balu Allahyarham Saleha berterimakasih kepada Kerajaan Negeri Selangor atas pemberian sumbangan ‘Khairat Kematian’ walaupun suami beliau telah menetap di Kuala Lumpur hampir 30 tahun tapi kebajikan sebagai anak Selangor dapat dirasai. Dengan sumbangan ini serba sedikit dapat mengurangkan bebanan beliau untuk menjelaskan beberapa bil-bil tertunggak dan baki beliau berhasrat untuk menempah Batu Nisan untuk Suaminya Allahyarham Rusman Bin Harun.
Kepada pembaca Blog Keadilan Batu. Sama-sama kita sedekah Al-Fatiha kepada Allahyarham Rusman Bin Harun semoga rohnya ditempat di golongan orang-orang yang Soleh dan Beriman. Amin.









