07/07-Kampung Jalan Hentian Mangsa Kebakaran July 7, 2009
Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Pakatan Rakyat.add a comment
Selasa 07 July. Jam 2.30 subuh, Kawasan Parlimen Batu sekali lagi ditimpa kemalangan yang tidak diundang. Ini melibatkan 4 keluarga dan 4 buah rumah Kampung yang terletak di pinggir Kota Kuala Lumpur bersebelahan dengan Kondo Tamarin Jalan Sentul.
Kampung terletak di Jalan Kovil Utara yangmana dahulu sebelum pembinaan kondo ada sebuah perkampungan. Atas nama Pembangunan Kampung Hentian semakin mengecil yang tinggal hanya 18 buah rumah.
Dengan tindakan cepat pasukan Bomba telah menyelamatkan beberapa buah rumah yang berhampiran subuh pagi tadi.
Semua keluarga telah ditempatkan di Dewan Komuniti DBKL Bandar Baru Sentul.
Kepada masyarakat yang Prihatin yang sudi membantu keluarga ini amatlah dialu-alukan bagi meringankan kesempitan dan kesusahan yang dihadapi. Terdapat 2 keluarga Ibu Tunggal dikenali Pn Shanti & Puan Minache yang mempunyai anak yang masih kecil dan bersekolah perlukan bantuan dan 2 lagi keluarga dikenaliEn Arumugam (seorang isteri/3 orang anak) dan En Kaniapathy (isteri dan 2 orang anak). Kebanyakan pakaian dan peralatan rumah keluarga mangsa yang terlibat hangus terbakar. Mereka tinggal sehelai sepinggang.
Kepada yang ingin bantu boleh hubungi Pejabat Parlimen Batu 03-40440063.












